14 Disember, 2008

Burasak (Makanan Tradisional Masyarakat Bugis)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Burasak merupakan makanan tradisional masyarakat Bugis yang sangat popular terutama pada hari perayaan sama ada hari raya aidilfitri atau hari raya aidil adhah. Bagi masyarakat Bugis di Tawau, Sabah, mereka memanggilnya dengan nama Buras...:)
Kalau hari raya, inilah makanan yang saya nanti-nantikan...:)

Di bawah ini, saya sertakan cara-cara membuatnya yang saya perolehi daripada website..
http://www.my
resipi.com/top/detail/5813

Bahan-bahan (10 orang)

  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
  • Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. 24-10-08_2148
    Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. 24-10-08_2149
    Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang-sedang saja...
  3. 24-10-08_2154
    Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. 24-10-08_2321
    Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. Kalau beraya ke rumah orang bugis yg betul2 asli , mereka akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang-tulang dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.
http://www.myresipi.com/top/detail/5813

p/s: SELAMAT MENCUBA..:)

13 ulasan:

Tie berkata...

Ooo...kak tie baru makan masa raya kat rumah mak hari tu... jiran mak bagi.. kak tie ingat bubuh beras mentah2...

Macam gitu rupanya.

Tapi kak tie suka yang bungkus macam bantal golek guna daun palas tu..memang sedap..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

ooo..ya ker..kak Tie orang johor ker..?

heheheh..memang sedap kak tie..
Yang macam bantal golek tu...orang bugis panggil lepat2..pulut kan?

MalayConfinementLady berkata...

x pernh dgr nama mknn nie.
insyaallh bleh cuba

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

miim..

Cubalah..sedap...:)

Ibnurashidi berkata...

enti ada keturunan bugis ya?
macam lepat pisang rupanya. Manis?pedas?atau rasa apa?

Whitetulip Tales berkata...

Mmm..burasak..sedap..rugi sape yg tak penah rasa. Makan ngan rendang atau kari ayam..masyallah..sedap tau..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Ibnurashidi..

Abah saya keturunan bugis..maknanya saya pun samalah tapi saya tak pandai dan tak faham cakap bugis hehehe..

ooo..lelepat tu dalamnya pulut dibungkus panjang2 dengan daun kelapa..sedap rasanya..ada berkesempatan nanti saya post gambarnya di sini..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

whitetulip..

heheheh..betul kak..memang sedap...ni lah ditunggu2 kalau raya..nyum nyum...hehehe

puspawangi berkata...

salam,

Bugis saya dah cair agaknya sebab tak perasan pula makan burasak ni. Balik beraya kat Bt Pahat pun jumpa. Bunyi cam sedap je. tima kacih bagi resepi. nanti akak cuba.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

hehehehe..takpe kak..huda pun bugis yg dah tak pandai dan tak tahu ckp bahsanya..:)

Tanpa Nama berkata...

berasnya tu pun ndak semestinya masak sepenuhnya..emak saya masak campur atas kuali jak...dgn santan...

anak bugis sabah

Tanpa Nama berkata...

yang dalam daun kelapa namanya Balunrra...
Buras ni makan dgn rendang ayam campur lengkuas...

CikguIsya berkata...

Yang mcm bntal golek tu org bugis Tawau panggil 'tumbuk'.. Xpernah dengar 'balunra'. 'Malunra' adalah yg maksudnya macam 'sedap'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.