24 Jun, 2010

Hikmah Yang Sangat Berharga

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat di Teratak Indah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Semoga kasih sayang Allah S.W.T sentiasa memayungi setiap perjalanan kehidupan seharian. Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Pemurah, hanya dengan amalan yang sedikit yang dilakukan dengan penuh rasa keikhlasan, khusyuk dan penuh rasa rendah diri kepada Allah S.W.T, Allah memberikan berbagai ganjaran untuk hambaNYA. Maka dengan itu, duhai sahabat, bersyukurlah atas nikmat Allah yang cukup bernilai. Marilah setiap saat kita mengingati Allah Azzawajalla, Pencipta seluruh alam.

Buat semua..marilah kita baca kisah ini..buat renungan kita bersama..:)

Tajuk: Hikmah Yang Sangat Berharga

Pada suatu hari, ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab :

"Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat.

Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang daripada menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Sejak daripada hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Tiada harapan selain ALLAH S.W.T,
Tiada idola selain NABI MUHAMMAD S.A.W,
Tiada kata seindah AL-QURAN,
Tiada jalan selurus SUNNAH,
Tiada perjuangan selain ISLAM
Menuju syurga firdausi yang kekal abadi

CINTA KU HANYA PADAMU, YA ALLAH...........


p/s: Gambar di ambil di sini

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
11 Rejab 1431H /24 Jun 2010

15 Jun, 2010

Keuntungan Menutup Aurat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah dah masuk bulan Rejab. Hari ini sudah pun 2 Rejab 1431H. Barangsiapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan Rejab ini dengan ikhlas, maka ia akan mendapat keredhaan yang besar daripada Allah S.W.T. InsyaAllah...

~Bulan Rejab kembali lagi. Bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Amalan terbaik di bulan Rejab ialah berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari akhirat"~


Cuti sekolah pun dah masuk minggu yang kedua. Seronok dan bahagia rasanya dapat bercuti dan duduk bersantai bersama keluarga. Saya berdoa semoga Allah mengizinkan saya merasai kebahagiaan ini hingga ke akhirnya..:)..aminn...

Dan aktiviti saya apabila cuti-cuti begini ialah membaca bahan-bahan bacaan yang ada dan duduk diam di rumah..:)

Sedikit mahu dikongsi di sini..artikel ini saya baca daripada majalah Anis : keluaran Julai 2009. Moga menjadi renungan kita bersama.

Tajuk :Keuntungan Menutup Aurat
Oleh: Roslan Kassim

Selain perintah menutup aurat, ayat 59 daripada Surah Al-Ahzab turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum. Iaitu untuk memelihara maruah wanita dan menjadi perisai menyelamatkan mereka daripada gangguan manusia. Sebabnya ialah dengan berpakaian menutup aurat yang sempurna, wanita akan memperolehi tiga keuntungan. Iaitu:-

1) Pertama, sebagai penghormatan kepada mereka kerana dikenal sebagai wanita yang mulia dan baik-baik. Justeru kerana itu, mereka tidak diganggu oleh manusia yang fasik.

2) Kedua, kecantikan dan keindahan tubuh mereka akan terlindung daripada mencetuskan keinginan jahat dalam hati orang yang berpenyakit hatinya. Ini menghindari perbuatan jahat daripada berlaku ke atas mereka.

3) Ketiga, dengan mentup tubuh mereka, wanita mendapat kekuatan dalaman untuk menahan diri sendiri daripada melakukan dosa dan maksiat.

Sumber: Majalah Anis: Julai 2009

Di bawah ini, saya sertakan klip video daripada youtube: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga (khusus buat muslimah; wanita adalah hiasan dunia dan seindah-indah wanita adalah wanita solehah)..Sama-sama kita hayati coretan daripada klip vidoe ini..:)



"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal.."

~Marilah sama-sama kita panjatkan doa ini;
"YA ALLAH..tunjukkanlah kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikut yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkanlah kami meninggalkannya"..aminn~

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
2 Rejab
1431H /15 Jun 2010

13 Jun, 2010

Air Mata Keinsafan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Marilah kita sama-sama hayati lagu ini..Saya sangat suka liriknya..

Tajuk: Air Mata Keinsafan
Nyanyian asal: The Zikr (dinyanyikan semula oleh Nazrey Johani (bekas vokalis kumpulan Raihan dan Salleh (kumpulan now see heart)

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
30 Jamadilaakhir 1431H /13 Jun 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.