28 Mei, 2011

Tulisan Pertama 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Lamanya saya menyepi, menyepi tanpa sebarang berita hampir setengah tahun dan ini merupakan tulisan pertama saya untuk tahun 2011, maafkan saya:)...Terlalu sibuk dengan tugasan dan anak-anak didik sehingga Teratak Indah ini dibiarkan berhabuk dan bersawang. Tapi sebenarnya walaupun tiada khabar berita tapi saya masih mengikuti perkembangan sahabat-sahabat di blog masing-masing.

Sepanjang setengah tahun menyepi, banyak yang saya pelajari, daripada tugasan mendidik dan alam pekerjaan. Barulah saya tahu, bahawa menjadi pendidik, bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan pengorbanan untuk melihat kejayaan anak-anak bangsa dan saya bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang guru.

Setiap hari ada saja perkara baru yang saya pelajari terutama berhadapan dengan remaja-remaja sekarang yang hebat-hebat belaka. Saya perlu berhadapan dengan berbagai-bagai situasi terutama dalam hal pelajaran dan cuba mengubah sikap mereka supaya terus bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Ada di kalangan mereka yang masih kurang sedar betapa pentingnya pelajaran. Lebih-lebih lagi, pelajar yang menetap di asrama, maka gurulah pengganti bonda dan ayahanda. Gurulah yang memantau setiap gerak geri mereka dan memastikan kejayaan mereka. Dan pelajar yang cemerlang hendaklah seiring dengan akhlaq yang hebat.

Kadang-kadang saya juga buntu dengan sikap anak-anak remaja ini, tapi semakin banyak cabaran, semakin saya bersemangat untuk mengubah mereka dan bersemangat untuk melihat kejayaan mereka. Saya cuba yang termampu...berusaha+berdoa+ bertawakal kepada Allah, moga setiap usaha ini diberkati Allah untuk melihat anak-anak didik berjaya dengan cemerlang..

"Berusahalah.....berdoalah kepada Allah....dan bertawakal lah kepada Allah...insyaAllah kejayaan menanti anda"

Semoga mereka menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat, Aminnn (^_*)

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


~Damba CintaNYA..~
Nurhuda_cahayapetunjuk
24 Jamadilakhir 1432H / 28 Mei 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.