26 Jun, 2008

Ukhwah Bermula Di Sini..

Hari isnin lepas, saya menerima bungkusan pos laju daripada seseorang yang saya kenali Kak Ita-UMIJAH..Saya kenali Kak Ita menerusi dunia cyber ini..Terima kasih tak terhingga kepada Kak Ita atas kiriman bahan bacaan- majalah HALUAN..bagus sangat-sangat majalah tu,banyak input yang saya dapat..terharu sangat2...Alhamdulillah....menerusi dunia cyber yang tiada sempadan ini, saya mengenali ramai kenalan...tak lupa pada juga pada Kak Hasz yang pandai masak, Kak Hasz juga saya kenali menerusi dunia cyber ini...:)

Tak lupa juga pada pensyarah-pensyarah di UITM Segamat- Encik Khairul& Puan Adiba, Encik Halim, Puan Noraini dan ramai lagi..saya dapat berhubung dengan mereka di blog ini..

Jika ukhwah itu dibina dengan hati yang ikhlas, insyaAllah Allah sentiasa memberkatinya..

Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat semakin tua, biar akal semakin berusia, tetapi jangan tergadai silaturrahim kita.

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan terletak pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"(Iman Al-Ghazali)

Doa saya..moga ukhwah yang dibina akan terus terjalin..insyaAllah..:)

23 Jun, 2008

Semoga Allah Memberkati ku...

Alhamdulillah…saya memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T…Allah menghidupkan saya sehingga ke hari ini..saya bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini dan sekali lagi saya mendapat senarai dekan,alhamdulillh Ya Allah..Alhamdulillah..Allah memberkati segala usaha saya… …terima kasih kepada bonda dan ayahanda serta keluarga yang sentiasa mendoakan saya..terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya.. terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa mendoakan saya..InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu dan mengejar impian…doakan saya menjadi insan yang cemerlang, cemerlang ilmu, cemerlang akhlak dan cemerlang di dunia dan akhirat Aminn…insyaAllah…

Minyak naik...

Semalam sewaktu membasuh pinggan di dapur..tiba-tiba adik sepupu saya yang comel, Nurul Izzati yang berumur 5 tahun datang ke dapur bercakap sesuatu kepada saya..dia berkata:

“Kak Yuyu (gelaran saya di rumah)..sekarang harga beras turun”..adik sepupu saya memberitahu..
“Mana akak tahu”..balas saya sambil rasa terkejut dengar penerangan dia..(Akak-gelaran untuk adik sepupu )
”Akak tahu, akak tengok tv ,akak selalu tengok berita dengan atuk”..dia tersenyum..
”Kak Yuyu, minyak naik pulak”...dia memberitahu saya lagi...
”Mana akak tahu ni...pandainya akak..” saya ketawa....
”Akak dengar kat tv juga..”..dia tersenyum lagi
’Kak yuyu...lepas ni apa pulak naik?”...dia menyoal saya pula..
”Emm..entahlah kak..barang takde turun semua naik ja..”..saya memberi penjelasan..
”..Hai...beras turun, minyak naik lepas ni...ayam naik, udang naik....”..dia mengeluh...

Itulah adik sepupu saya, yang baru berusia 5 tahun, sudah pandai isu semasa..cara dia berkata-kata seperti budak yang sudah sekolah, seperti budak yang sudah berumur 10 tahun...sungguh cerdik...mana tidaknya, dia membesar dikelilingi orang dewasa...berkawan dengan maksu, atuk,nenek,pak long n mak long...justeru itu, perwatakan dan caranya macam orang dewasa...dengan sebab itulah..orang dewasa perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka...segala percakapan, tingkah laku dan pergerakan orang dewasa ditiru oleh mereka...insyaAllah..mudah2han dia menjadi anak yang solehah..:)
p/s gambar adik sepupu, Nurul Izzati

19 Jun, 2008

Si Comel..

Nilah adik-adik sepupu yang comel.. Nama diberi Nurul Izzati dan Nurul Najihah...kedua-duanya sangat bijak..Inilah tugas saya waktu cuti, menjaga kedua-duanya...apa saja yang hendak dilakukan dirujuk kepada saya...penghibur saya di kala cuti..kerenah budak2 sekarang yang sangat cerdik, tak larat nak layan mereka heheh


Gambar diambil selepas solat bersama-sama saya dan maksu...dan mengaji dengan maksu dan adakalanya saya yang mengajar mereka mengaji dan sekarang si comel berdua ini mengaji Al-Quran dengan ayahanda saya..Anak-anak hendaklah dididik dengan Al-Quran, sejak kecil harus didekatkan hati mereka dengan Al-Quran...

Saya berdoa moga2 kedua2 adik sepupu saya ini, menjadi insan-insan yang cemerlang, menjadi anak-anak yang solehah..Aminn...

17 Jun, 2008

Hari Indah...

Hari ini, hari ketiga saya praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, saya bersekolah di sini daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Rasa seronok sangat sebab saya dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya..Setibanya saya sampai di sekolah pukul 7 pagi..Saya berjumpa dengan beberapa orang guru yang pernah mengajar saya..Alhamdulillah guru-guru saya masih mengenali saya..Saya diperkenalkan di perhimpunan oleh Puan Pengetua, apabila cikgu-cikgu mendengar nama saya, dan saya diminta untuk berdiri memperkenalkan diri, dan nama saya disebut oleh puan pengetua ”Cikgu praktikal yang baru selama 2 minggu ialah Cik Nurhuda Md Tahir”, ada cikgu yang berkata ” Eh betul ker anak murid kita, anak ustaz Tahir, bila berdiri muka lain pulak”..emm...tetapi apabila saya berjumpa dengan mereka, rupanya betul saya...mungkin dulu zaman2 sekolah...dan sekarang mungkin ada perubahan...Alhamdulillah setakat ini tiada masalah...Cikgu-cikgu sangat baik seklai..
Cuma hari pertama, saya ditugaskan menjadi guru ganti bahasa arab, saya tidak mengajar sekadar menyuruh mereka menghafal perkataan2 bahasa arab dan tugasan yang diberikan oleh guru mereka, emm..dah banyak saya lupa perkataan arab hehehehe....

Walau apapun...memang banyak perbezaan murid-murid dulu dan sekarang..saya meninggal sekolah pada tahun 2000 iaitu 8 tahun yang lalu..zaman saya dahulu, waktu hampir2 peperiksaan semua sibuk ulang kaji pelajaran. Apabila takde cikgu, mesti ualngkaji pelajaran dan cikgu-cikgu cukup dihormati. Tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini, mereka lebih gemar bersembang dan yang lebih dahsyat cikgu-cikgu kurang dihormati...aduhai...anak-anak generasi zaman ini...

13 Jun, 2008

2 Minggu Praktikal. Di Sekolah


InsyaAllah 16hb Jun – 27 Jun ni saya praktikal di sekolah lama saya..Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, isnin ni bermulalah tugas saya selama 2 minggu…Dalam hati ni tak sabar nak pi sekolah tapi ada juga perasaan takut nak berhadapan dengan anak-anak murid…apa-apa pun saya cuba buat yang terbaik..insyaAllah…

Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan

Ajal dan maut di tangan Tuhan..bila-bila saja Allah menghendakinya maka segalanya berlaku…malam tadi semasa berbual-bual dengan bonda saya, adik saya memanggil dari biliknya…dia beritahu saya bahawa seorang pelajar UPSI meninggal dunia namanya Suhaimi Yusof..saya kenal beliau kerana allahyarham adalah salah seorang jemaah di surau di kolej saya dan allahyarham selalu menjadi imam di surau..dan suara allahyarham sangat sedap apabila mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dan tatkala mengalunkan azan…

Walaupun saya tak kenal rapat dengan allahyarham, tetapi saya cukup tersentuh kerana kehilangan seorang jemaah dan kehilangan salah seorang imam di surau…tiada lagi kedengaran suara allahyarham mengalunkan azan apabila waktu solat sudah sampai….tiada lagi suara yang mendayu-dayu yang mengimamkan kami sewaktu solat terawih…teringat saya, selalu hampir menitiskan air mata apabila mendengar allahyarham mengalunkan ayat-ayat suci sewaktu solat terawih dan solat fardhu…

Menurut adik saya, allahyarham meninggal dunia sewaktu tidur…Ya Allah…Allah permudahkan segalanya untuk allahyarham ….semua sahabat-sahabat allahyarham seakan tak percaya…namun segalanya ketentuan Allah…sudah ditetapkan Allah…

Semoga roh Allahyarham Suhaimi Yusof ditempatkan bersama anbia dan syuhada…. moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya….Aminnn….AL-FATIHAH…..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.