29 September, 2008

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah S.W.T akhirnya sampai kita ke penghujung Ramadhan dan Syawal bakal menjelma..
Sempena Syawal yang bakal kita sambut esok hari..saya memohon maaf andai terkasar bahasa selama saya di sini..maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki..:)
Semoga Syawal ini, kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita..


Saya nak berikan kad di atas kepada semua RAKAN BLOG saya di sini...

Kepada sahabat dan sahabiyah di sini..terimalah kad dan lemang dan renadang di atas sebagai tanda persahabatan..:) Kepada sahabat dan sahabiyah yang berada di perantaun..jgn sedih2..ada umur panjang boleh sambut lebaran di Malaysia..:)

Kepada lecturer saya seperti En. Halim & keluarga dan Puan Noraini & keluarga, moga berbahagia di lebaran ini..:)

Kepada lecturer saya yang berada di perantauan seperti En Khairul, Puan Wan Adibah & keluarga, Puan Balkish dan keluarga, Puan Hazianti & Keluarga, ucapan daripada saya, semoga bergembira menyambut lebaran di perantauan..jauh di mata tapi dekat di hati..:)

Kad Daripada Kak Kin

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Alhamdulillah..saya dapat kad raya, kiriman ketupat dan 2 uero daripada Kak Kin..terima kasih Kak Kin...:)
Maaf Kak Kin baru berkesempatan postkan kat sini..:)

26 September, 2008

Operasi Biskut Raya..:)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah...saya sudah berada di kg untuk menyambut hari raya..;)...seronoknya dapat bersama-sama keluarga...
Sampai di Kg, tugas saya sudah menunggu..ditempah buat biskut raya...dan semalam saya dan maksu mencari-mencari bahan untuk membuat biskut raya..insyaAllah hari ini, bermulalah operasi saya membuat biskut raya... Semoga segala-galanya berjalan lancar dengan keihklasan hati..;) InsyaAllah panjang umur, saya postkan di sini biskut raya untuk semua..;)

24 September, 2008

Ramadhan Yang Tinggal...


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah..hari ini sudah 24 Ramadhan bermakna insyaAllah 6 hari lagi kita akan menyambut hari lebaran, hari kemenangan untuk semua umat Islam..bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya kesempatan merasai kenikmatan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini...
Sayu benar hati ini bila mengenangkan Ramadhan akan berlalu...mungkinkah akan saya akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang...

Alhamdulillah subuh tadi, saya masih dapat meneruskan tilawah Al-Quran..masih tinggal beberapa juzuk saja untuk dihabiskan sebelum berakhirnya Ramadhan..mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk meneruskan amal ibadah di bulan mulia ini, bulan yang kita sama-sama mencari amal ibadah yang terbaik..

Sambil membaca Al-Quran, saya berhenti seketika pada Surah Al-Hasyr :ayat 21-yang bermaksud:

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk pecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir" (Surah Al-Hasyr: ayat 21)

Sebenarnya ayat ini pernah diberitahu oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam ceramahnya, bahawa Surah Al-Hasyr :ayat 21 ini, bagus diamalkan kepada anak-anak. Ibu bapa membaca ayat ini dan tiupkan di ubun-ubun anak-anak semasa tidur..mudah-mudahan anak-anak akan menjadi anak-anak yang baik mendengar kata ibu dan ayah...;)

Beberapa hari yang lalu, selepas bersolat tarawih, imam membaca doa membuatkan saya menitiskan air mata...doanya membuat semua jemaah tersentuh...bait-bait doa yang masih saya ingat:
" Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami, alangkah ruginya kami jika membiar ramadhan pergi tanpa kami meminta keampunan daripadaMU, Ya Allah.."

Menitis airmata sederasnya..bila difikirkan byk sungguh nikmat dan pahala yang diberikan Allah pada bulan Ramadhan ini, berat sangat nak biarkan bulan ramadhan, bulan yang sentiasa dirindui nabi ini berlalu pergi...

Masih ada beberapa hari lagi berakhir ramadhan , moga-moga kita dapat meneruskan amalan di bulan ini...
Saya berdoa mudah-mudahan Allah memberi kesempatan kepada saya untuk merasai kenikmatan bulan mulia ini pada tahun hadapan...insyaAllah..

23 September, 2008

Fathimah Az-Zahra Dan Gilingan Gandum

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Semoga kisah ini menjadi panduan yang terbaik kepada wanita-wanita yang bergelar isteri...:)..insyaAllah...

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anakandanya Fathimah Az-Zahra rha. Didapatinya anakandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anakandanya,

"Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".

Fathimah rha. berkata,

"Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis".

Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anakandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya,

"Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'Aliy (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong anakanda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".

Mendengar perkataan anakandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT.

Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut,

"Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata.

Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, Ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah Az-Zahra di dalam syurga".
Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anakandanya,

"Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?.

Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat).

"Teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

Ya Allah..begitu banyak nikmat yang diberikan olehMU kepada wanita-wanita yang gelar seorang isteri..

Kisah ini untuk peringatan diri ini jua ..insyaAllah..

20 September, 2008

Fadhilat Solat Tarawih Malam Kedua Puluh Satu

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Kedua Puluh Satu : Allah S.W.T membinakan sebuah istana
dalam syurga daripada Nur..


SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

"Tiada seorang pun berjalan dengan sombong dan menyombongkan dirinya, melainkan dia akan bertemu dengan Allah S.W.T dengan mendapat kemurkaanNya"
(HR: Tabrani)

14 September, 2008

Al-Quran Mukjizat Terbesar Rasulullah S.A.W

SURAH AL-ALAQ

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum...Artikel ini baru sahaja saya baca di akhbar Berita Harian Online..terasa ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat di sini..insyaAllah..moga-moga kita dapat manfaatnya..

Oleh Nasron Sira Rahim
bhnews@bharian.com.my
Sumber: Berita Harian, 14 September 2008 - 14 Ramadhan 1429
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20080913233931/Article/index_html

Kandungan kitab miliki rahsia mengenai kehidupan perlukan kajian mendalam
RABU ini,
sekali lagi umat Islam menyambut ulang tahun peristiwa terbesar dalam sejarah Islam iaitu turunnya al-Quran, mukjizat terbesar Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan yang turut dikenali sebagai Nuzul Quran.

Ada ulama berpendapat al-Quran diturunkan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia menerusi tiga peringkat. Peringkat pertama, al-Quran diturunkan Allah secara keseluruhannya ke suatu tempat dinamakan Lauhil Mahfudz.

Peringkat kedua, al-Quran dibawa keseluruhannya dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu suatu tempat yang terletak di langit dunia. Proses ini berlaku pada malam lailatul qadar seperti firman-Nya dalam ayat pertama surah al-Qadr: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar."
Seterusnya, al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad menerusi perantaraan malaikat Jibrail AS secara berperingkat dan turunnya ayat pertama adalah pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610.

Peristiwa penurunan ayat pertama hingga kelima dari surah al-Alaq itu juga menjadi petanda kerasulan Nabi Muhammad ketika Baginda berada di Gua Hira, di bukit Jabal Nur berhampiran Makkah.
Ayat itu adalah: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekian makhluk). Ia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan penulisan. Ia mengajarkan manusia akan apa yang tidak diketahuinya."


Ayat al-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat).
Selepas disampaikan Rasulullah, nas al-Quran dipelihara melalui tiga cara iaitu hafalan sahabat, naskhah yang ditulis untuk nabi serta naskhah yang ditulis untuk simpanan sahabat. Selain itu, Rasulullah turut mengulang ayat al-Quran di hadapan Jibrail setahun sekali dan pada akhir hayat Baginda, Rasulullah khatam al-Quran sebanyak dua kali di hadapan Jibrail.

Bagaimanapun, kebanyakan sahabat yang menghafaz al-Quran syahid dalam peperangan menegakkan agama Allah menyebabkan perlunya al-Quran dikumpul dan dijilidkan.
Sejarah penjilidan al-Quran bermula pada pemerintahan Uthman Affan dan setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Uthman menubuhkan jawatankuasa khas untuk membukukan al-Quran diketuai Zaid bin Tsabit selain Abdullah bin Zubair, Sa'id 'Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam.

Jawatankuasa itu mengumpul serta menyalin nas al-Quran hingga dibukukan selain memperoleh lembaran nas yang disalin Abu Bakar as-Siddiq daripada puterinya Hafsah. Antara lain, jawatankuasa itu menjejak penghafaz al-Quran untuk mendengar hafalan mereka dan semua hafalan itu ditulis kembali dalam dialek Quraish untuk mengelakkan perbalahan sesama kaum.

Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya menyalin serta menjilid lima al-Quran yang dinamakan al-Mushhaf dan empat daripadanya dikirimkan ke Makkah, Syria, Basrah dan Kufah untuk disalin pihak di sana. Sebuah lagi al-Quran disimpan untuk kegunaan Uthman RA dinamakan Mushhaf al-Imam dan selepas itu, semua lembaran salinan al-Quran yang ditulis sebelum pembukuan dibakar.

Ayat al-Quran turut memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam. Hal ini diakui Allah menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama).

Allah sudah menerangkan secara jelas mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui pemikiran manusia walaupun pada masa ayat al-Quran diturunkan, zaman ketika itu masih dianggap kuno dan belum terdedah kepada ilmu sains.


Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan mendapati jumlah sesetengah perkataan yang berlawanan dalam bahasa Arab adalah sama antaranya perkataan dunia dan akhirat disebut masing-masing sebanyak 115 kali.

Perkataan lain adalah malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali), lelaki dan perempuan (24 kali), ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib ditemui adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang ada di dunia ketika ini iaitu masing-masing 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah.

Sekadar renungan untuk insan ini ...

13 September, 2008

Hilali Tabah Peluk Islam

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Hilali Sibomana, 30, anak kelahiran Burundy, Afrika, tetap tekad untuk memeluk agama Islam walaupun bapanya, Yanduzo Bangirichenga mati disembelih di negara kelahirannya itu kerana merestui hasratnya untuk memeluk agama Islam.

Hilali yang fasih berbahasa Inggeris menceritakan kepada wartawan bagaimana bapanya menjadi korban pihak yang cuba menghalangnya daripada meneruskan niat murninya itu.

''Saya tidak mendapat hidayah seperti mana rakanrakan saudara baru lain yang memeluk agama Islam tetapi pintu hati saya terbuka untuk memeluk agama yang syumul ini setelah saya membuat banyak perbincangan dan perbandingan di antara al-Quran dan Kitab Injil,'' katanya pada sidang akhbar di Pusat Hidayah, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di sini, semalam.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menguaruarkan kepada orang ramai supaya tampil memberi sumbangan sama ada membeli kerusi atau meja bagi menjayakan majlis berbuka puasa untuk saudara baru pada 20 September ini.

Hilali berkata, sebelum memeluk agama Islam, beliau adalah penyebar agama Kristian di Burundy. Justeru, beliau memberitahu, setelah mengenali Islam menerusi perbandingan dan persamaan yang ada di dalam kedua-dua kitab, akhirnya Allah menggerakkan hatinya berhasrat untuk memeluk agama Islam.

Beliau berkata, sebagai anak tunggal, hasratnya itu dinyatakan kepada kedua-dua ibu bapanya dengan penjelasan bahawa Islam adalah agama yang benar dan membawa kepada kebenaran.

''Ketika saya nyatakan hasrat saya itu, ayah yang merupakan penganut agama Kristian, tidak membantah sebaliknya dia bersetuju," katanya yang datang ke Malaysia sendirian pada November 2003.

''Disebabkan dia (ayah) memberi kebenaran kepada saya untuk menjadi seorang Islam maka dia dibunuh tetapi saya tidak tahu apa pula nasib ibu,'' katanya yang bakal melanjutkan pelajaran ke New Zealand tidak lama lagi.

Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, beliau beroleh ketenangan dan gembira apabila kakitangan di Pusat Hidayah mencurahkan kasih sayang, pengganti orang tuanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 13 Septermber 2008/13 Ramadhan 1429

12 September, 2008

Manusia Berhadapan Dengan Enam Persimpangan

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sedikit renungan untuk kita bersama..insyaAllah...

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah S.W.T di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.

Dan Allah S.W.T. mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

"Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Peringatan untuk insan ini jua...

11 September, 2008

Pentingnya Solat Berjemaah

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah...sekali lagi saya masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sedikit di sini berkongsi sesuatu bersama-sama sahabat-sahabat di sini...:) Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya di bulan yang penuh barakah ini..insyaAllah...
Hari ini, saya nak berkongsi satu artikel yang dah lama saya simpan..insyaAllah..mudah-mudahan memberi sedikit pengisian pada hari ini...

PENTINGNYA SOLAT BERJEMAAH

1) Mendapat pahala 27 kali ganda daripada solat bersendirian

2) Apabila seseorang berwudhu' dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semat-mata hendak sembahyang, maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.

3)Apabila beri'tikaf di masjid (dengan wudhu') selepas selesai solat, para malaikat berdoa kehadrat Allah S.W.T memohon ampun untuknya. Dan dia terus beri'tikaf dalam menunggu waktu solat, dia terus diberi pahala seolah-olah dia sibuk bersolat.

4) Apabila imam berkata "ameen" selepas membaca surah Al-Fatihah, para malaikat juga berkata "ameen" dan segala dosa yang lampau dari seseorang yang "ameennya" serentak dengan "ameen" para malaikat, dosanya akan diampunkan oleh Allah S.W.T.

5) Akan bertemu dengan Allah S.W.T pada Hari Hisab dalam keadaan dia seorang muslim (Islam)

6) Seseorang yang bersolat berjemaah selama empat puluh hari tanpa ketinggalan takbir pertama, mendapat dua jaminan; keselamatan dari neraka dan bebas dari nifaq.

7) Orang yang selalu pergi ke masjid pada waktu malam gelap akan mendapat cahaya sempurna di Hari Hisab.

8) Lebih lama seseorang beri'tikaf di masjid, lebih banyak pahalanya.

9) Orang yang hati sanubarinya sentiasa terpaut dengan masjid akan ditempatkan di bawah naungan Allah S.W.T pada Hari Hisab.

Renungan bersama: "Satu jemaah yang besar adalah lebih disukai Allah S.W.T dari satu jemaah yang kecil"

Sekadar mengingat diri ini juga, insan yang lemah..

Fadhilat Solat Tarawih Malam Kedua Belas

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Kedua belas : Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

"Kita sering mengharapkan Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita, namun kita sendiri jarang-jarang melakukan yang terbik untuk Allah..Renung-renunglah wahai sahabat...."

09 September, 2008

Hadiah Dari Kak Ummi.:)

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..


Ucapan terima kasih tak terhingga pada Kak Ummi-Klinik Ummi atas pemberian hadiah ukhwah ini- patung strawberry pakai tudung hehehe..suka sangat-sangat...syukran kak..

Sebenarnya, ada coretan di sebalik patung strawberry yang diberikan Kak Ummi ini..di sini saya postkan cerita di sebaliknya dari blog Kak Ummi...:)

Ni dari blog Kak Ummi:-

"Bangun sahur pagi ni, tersenyum sendirian ummi melihatkan anak patung strawberry yang ditinggalkan oleh anak-anak, buah hati ummi, di bilik. Siap bertudung! Punyalah kreatifnya dia orang...Lebih mengharukan lagi bila mengingatkan dialog dari bibir si kecil Atiqah Maisarah yang berumur 4 tahun..."Ummi, comel tak anak patung strawberry ni? Dah tutup auratpun, kan ummi?" Dan disampuk pula oleh si kakak, Aisyah Farihah (6 tahun): "Memanglah...tak baik tak tutup aurat. Dosa dia nanti!"...sambil si kakak, Amirah Zahidah yang berumur 9 tahun menjeling ke arah anak patung tadi dan kemudiannya bersuara.."Hmmm...tutup aurat cam tu mana sempurna lagi tu dik! Tudung kena tutup paras dada! Haaa tu...kenapa tak pakai kain tu??? Hi,hi,hi,hi,hi..." Punyalah kuatnya si kakak Amirah tergelak...!!! Perbualan singkat yang membawa seribu pengertian...!
Teringat pula ummi gelagat si Aisyah ketika usianya baru menjangkau 5 tahun...sambil menunggu giliran mengaji al-qur'an di rumah jiran, sempat lagi dia berdakwah pada teman-teman mengajinya yang kadang pakai tudung, kadang tak pakai. Nak tahu apa katanya? "Awak nak tahu tak? Ummi saya cakap, kalau kita tak pakai tudung, sehelai je rambut yang nampak, 1000 tahun kita kena bakar kat api neraka! Awak sanggup ke kena bakar lama kat api neraka tu?"...dan natijah daripada dakwah si da'i cilik ini, anak jiran yang tak pernah bertudung masa main petang-petang tu dahpun bertudung! Alhamdulillah...hati anak-anak kecil mudah nak dibentuk, kan?"


Buat Kak Ummi:..
Indahnya mengenalimu...syukur ku pada Allah Azzawajalla...:)
Moga ukhwah ini terus kekal selamanya..
Moga Allah beri kita kesempatan untuk terus membina silaturrahim ini..insyaAllah..:)

Fadhilat Solat Tarawih Malam Kesepuluh

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Kesepuluh : Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar"
(Surah At-Taubah: Ayat 119)

08 September, 2008

Check List Ramadhan Dari Narumi

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Assalamualaikum...alhamdulillah..jalan-jalan melawat blog sahabat-sahabat, saya terbaca artikel yang ditulis sahabat NARUMI
Artikel sangat bagus..:)
Terima kasih pada narumi atas artikel yang bertajuk Check list Amalan Bulan Ramadhan.. Sahabat-sahabat bolehlah baca di link ini ..

Moga-moga kita sama-sama dapat manfaatnya..terima kasih sekali lagi pada narumi..:)

07 September, 2008

Batu-Batu Yang Aneh..

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ.

Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi berjaya rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya lagi kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka.

Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah KALIMAH SYAHADAH yang diucapkannya dahulu.

Sekadar renungan untuk insan ini, insan yang lemah..

06 September, 2008

Ya Allah...Berilah Aku Kesempatan..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum..Alhamdulillah..malam tadi solat tarawih malam keenam..cepatnya masa berlalu..hari ini dah 6 Ramadhan dah...syukur Ya Allah..masih lagi dapat berkesempatan meneruskan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..

Malam tadi, kami di sini, solat tarawih berimamkan seseorang yang alunan bacaannya sangat merdu..dan lebih tersentuh hati dan sebak, apabila doa yang dibaca pada akhir solat disertai dengan tangisan teresak-esak imam tersebut. Doanya yang menyentuh kalbu ditambah dengan imam khusyuk membacakan doa sambil menangis teresak-esak, sangat menginsafkan kami malam tadi..saya dan rakan menangis tersedu-sedu pada ketika doa dibacakan, sungguh tersentuh...

Setiap bait-bait doanya mengingatkan kita, betapa umur kita di dunia ini tidaklah panjang tetapi masih banyak lagi amalan yang belum disempurnakan...bait-bait doanya menginsafkan...Alhamdulillah..Allah memberi saya kesempatan untuk bersama-sama mengaminkan doa yang dibacanya...

Nukilan di bawah ini sekadar renungan untuk kita semua:

BISIKAN RINDU

"Ya Allah, malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-MU,
Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU,
Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan daripada-MU,
Juga Syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU"


BERILAH AKU KESEMPATAN

Ya Allah..
Berilah aku kesempatan untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh pancaroba ini,
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan dalam meneruskan sisa-sisa hidupku ini kerana ku tahu bila-bila masa saja malaikat maut akan mengambilnya..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan membahagiakan kedua ayahanda dan bondaku kerana ku tahu mereka insan yang sangat kusayangi..
Ya Allah...
Berilah aku kesempatan dalam meneruskan amal ibadah kerana ku tahu amal ibadah ku tidak mencukupi untuk ke SyurgaMU...
Ya Allah...
Berilah aku kesempatan untuk masuk ke SyurgaMU kerana ku tahu aku insan yang kerdil jika dibandingkan dengan nikmat SyurgaMU..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan dalam setiap waktu dan ketika aku sentiasa mengingatiMU..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan untuk menjadi hambaMU yang sentiasa bersyukur atas nikmatMU..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku insan yang lemah, yang penuh dengan dosa..
Ya Allah..
Ampunilah daku...

Untuk peringatan diri ini, insan yang lemah...

Hadiah Dari IKB lagi..:)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum..alhamdulillah..saya dapat hadiah dari IKB lagi..Syukran jazilan IKB..:)..sukanya saya..:) :)

"Sesiapa yang menunjukkan kebaikan akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang melakukannnya"
(Riwayat Muslim)

Kata-kata ini ditujukan untuk IKB:
"Friends are like stars- not always seen but they'are always there"
"Moga2 ada ruang Allah berikan kepada kite untuk terus bersahabat di alam maya ini"

Fadhilat Solat Tarawih (7)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Ketujuh : Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa a.s. menentang musuhnya iaitu Firaun dan Hamman.

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

"SesungguhnyaAllah membela orang yang beriman. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat"
(Surah Al-Hajj: Ayat 38)

Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata,

"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?
"Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Wahai saudara-saudara ku sekalian, cintailah Allah S.W.T..sesungguhnya cinta pada Allah Azzawajalla adalah kekal selama-lamanya..:)

Ingatan untuk diri ini juga yang serba kekurangan...

05 September, 2008

Fadhilat Solat Tarawih (6)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Keenam : Allah mengurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk fizikalnya tetapi Allah melihat kepada kalbu dan jiwanya"
(IMAN AL-GHAZALI)

Fadhlat Solat Tarawih (5)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Kelima : Allah mengurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

02 September, 2008

Fadhilat Solat Tarawih (4)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Keempat : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa di sisi Allah S.W.T :)

"Siapa memberi makan orang mukmin yang kelaparan nescaya Allah S.W.T akan memberi dia makan buah-buahan daripada Syurga."
(Hadis Riwayat Abu Naim)

Fadhilat Solat Tarawih (3)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


FADHILAT SOLAT TARAWIH

Malam Ketiga : Berseri malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Beramallah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita sentiasa di sisi Allah S.W.T. :)

"Tunjangkan resahmu kepada solat, himpunkan keperitanmu dalam genggaman doa, tutupkan kecewamu dengan taqwa & nilaikan cermin hati melalui keikhlasan dirimu sendiri.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.