29 Februari, 2008

Selamat Hari Lahir & Selamat Bersara Buat Abah....





Selamat Hari Lahir buat abah tercinta...selamat hari lahir yang ke 56 pada 28hb Februari yang lalu dan selamat bersara...Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki..semoga sentiasa diberkati Allah selalu..

Apabila abah menyambut hari lahir yang ke 56 ini, bermakna abah dah pun bersara daripada jawatan seorang guru...Emm..bersara dah abah...cepat sungguh masa berlalu...saya rasakan macam baru semalam ja saya belajar di sekolah dengan abah...Abah pernah menjadi guru kelas saya sewaktu sekolah agama dulu...seronok dapat belaja dengan abah...Abah kata dia rasa seronok nak pencen walaupun dia berasa sangat sedih...lama dia mengajar di sekolah tu, hampir 20 tahun lebih...abah kata dia gembira sebab dia boleh rehat dan buat keje-keje lain...kalau tengok memang kesian sangat masa abah mengajar..adakalanya abah akan berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan adakalanya saya dan adik turut membantu abah...emm.. saya dan adik juga bakal melalui pengalaman macam abah, menjadi seorang guru....Abah pernah mengajar saya matapelajaran Faraid, Jenayat, Munakahat, bahasa Arab, dan Muamalat...

Emm..teringat saya akan satu peristiwa...abah dan saya tak tido malam sebab abah mengajar saya mengajar matapelajaran Faraid dan beberapa subjek lain sebab anak sulungnya ini nak ambil peperiksaan Darjah Khas (peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar di Johor untuk sekolah agama )..hehehe..ada kalanya hendak hilangkan mengantuk, kami berlari keliling meja hehhe..lucu sangat masa tu..Abah mengajar saya di luar rumah sampai ada jiran tanya kat abah begini.."Cikgu..tak tido ker mlm tadi"..hehehheheh....aduhai..kerana anak sulung kesayanganya ini,abah tak tido malam heheheheee....

Itu lah tugas seorang guru....Semalam mak kata abah dapat banyak dapat hadiah daripada anak-anak muridnya...terharu rasanya..mesti sayu jer di hati abah nak meninggalkan alam pekerjaannya...pekerjaan yang sangat mulia...walau dah pencen..orang tetap panggil "CIKGU"...itulah uniknya seorang guru...

Abah seorang yang paling 'cool' dalam keluarga terutama dalam adik-beradiknya...Pak Adir (adik bongsu abah) pernah berkata kepada saya...dia kata abah adalah orang paling 'cool' dan paling sabar di dunia hehehhe...Walau apapun..ketegasan tetap ada...

Emm..cepat masa berlalu..semoga abah panjang umur dan murah rezeki..jauh di sudut hati saya..semoga saya dan adik dapat mengikut jejak langkah abah..mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna dan menjadi guru yang baik, kerjaya yang sangat mulia...InsyaAllah abah...kedua-dua anakmu ini..akan menabur bakti untuk masyarakat dan menjadi penyambung kerjayamu yang mulia..insyaAllah...

Ku berdoa........

Ya Allah ...wahai Tuhan kami....
Hidupkan kami dengan iman,
Matikan kami dengan iman,serta masukkan kami ke syurga bersama-sama iman



Ya Allah..wahai Tuhan kami.. ..
Ampun dosa kesalahan kami dan


Ampunkan kesalahan ibu bapa kami serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana kedua-duanya mengasihani kami pada masa kami masih kecil...

Ya Allah..wahai Tuhan kami.....
Akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan...
Janganlah kiranya Tuhan kami akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik..

Ya Allah..berkatilah kami di dunia dan di akhirat...moga2 kami menjadi hamba yang paling disayangiMu ..Ya Allah.....

AMINN Ya Rabbalalamin..........











26 Februari, 2008

Jangan melafazkan ucapan "Kalaulah.."



Rasa rindu di blog ni..almaklumlah sibuk dengan tugasan...


Sejak-sejak ni..hobi membaca terbatas sikit..banyak kerja yang perlu diselesaikan termasuk Makroteaching...kena mengajar depan kawan-kawan dan lecturer...practice make perfect...InsyaAllah dapat buat yang terbaik..


Bercerita pasal hobi membaca..teringat pula satu ayat yang saya baca baru-baru ni dalam majalah anis (majalah yang penuh dengan ilmu)..Ayat tersebut berbunyi begini.....

"Bukan saja dengan memprotes atau mengeluh, melafazkan ucapan "kalaulah.." pun kita dilarang...Ingat pesan Nabi S.A.W, .."..jika engkau mendapat cubaan, janganlah berkata 'kalaulah aku buat begini dan begitu (tentu tidak jadi),' Tapi ucapkanlah, 'Allah maha berkuasa berbuat sekehendak-Nya,' kerana ucapan 'kalaulah' memberi peluang syaitan (menggoda/merosakkanmu). " (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)


Apabila terbaca bait-bait ayat tersebut..saya rasa cukup kerdilnya diri ini..betapa banyaknya perkataan 'kalaulah..' yang saya lafazkan sebelum ini...saya mula terfikir....Allah menciptakan kita di dunia ini..seharusnya kita bersyukur atas nikmat yang diberi..bahawa setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan pada kita ada hikmah di sebaliknya...apa yang pasti, kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa dekatkan diri dan mentaati perintah Allah...Perkataan SYUKUR dan ALHAMDULILLAH..perlulah sentiasa meniti di bibir kita...


Bila difikir kembali...

Usahlah kita mengeluh pada setiap kesusahan yang dilalui kerana orang-orang yang sabar akan sentiasa mendapat tempat di sisi Allah...setiap kesusahan jika penuh dengan kesabaran melaluinya akan mendapat kejayaan...insyaAllah..Permulaan sabar adalah pahit, tetapi insyaAllah manis akhirnya...sekadar renungan untuk diri ini, insan yang lemah..mudah2han Allah sentiasa merahmati setiap perbuatan yang kita lakukan...dan mudah2han kita mendapat keberkatan daripada Allah..insyaAllah..


Semoga yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...:)

23 Februari, 2008

Kisah Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."



Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."


Apakah kita cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharapkan sahabat-sahabat tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.InsyaAllah.....:)


Renungan untuk penulis juga..insan yang lemah...

22 Februari, 2008

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah...

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

21 Februari, 2008

Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat..

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.
"Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

20 Februari, 2008

Mari Memasak...Jom Kongsi Resepi...

Assalamualaikum...

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi..marilah kita berkongsi resepi di sini...mudah-mudahan kita dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang memasak...insyaAllah...

Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya...insyaAllah...
Semoga kita sentiasa diberkati oleh Allah..insyaAllah..


p/s sesiapa yang ingin berkongsi resepi..klik di ulasan ya..boleh post resepi anda..insyaAllah..:)

19 Februari, 2008

Jangan Tersalah lagi.....

Beberapa hari yang lalu..discussion berlangsung di library..kalau tak silap discussion ekonomi pengurusan bersama-sama sahabat-sahabat...emm...akhir discussion seorang rakan discussion lelaki..(nama dirahsiakan tapi dah minta kebenaran menulis di sini hehehe..) minta kebenaran nak pergi tandas..emm..puas juga kami tunggu dia..niatnya nak pergi kelas ber ramai2...
Jam di tangan dah pukul 10.30 pagi..kelas pukul 11 pagi..tunggu..tungguh..dan akhirnya dia muncul..

Dengan muka tersenyum dan agak kelam-kabut..dia cakap kat saya.."Akak...saya tersalah masuk tandas...."...saya dengan muka terkejut pun berkata "hahh...tersalah tandas?"..."masuk tandas perempuan ke?.."
Dia kata."Akak..saya salah masuk tandas perempuan...saya tak perasan, terus masuk ja..."...hehehe...dalam tu ada budak perempuan tapi ada dalam tandas...dia kata dia dah rasa pelik..dia kata rasa nak keluar takut bertembung dengan budak perempuan, nak duduk dalam tandas tu lagi takut..dengan muka tanpa rasa bersalah dia pun keluar..dan......bertembung dengan budak perempuan..budak perempuan tu pelik..budak tu ingat, dia yang salah tandas...dia keluar dan tengok sign kat depan...tanpa sempat budak peremuan tu cakap kat dia...dia terus keluar..hehehehe...Emm..nasib baik sahabat tu tak ditahan oleh Mak cik guard..kalau tak boleh dituduh mengendap..emm...ni gara2 tak tengok sign tandas lah ni..terus masuk ja hehehe...Sahabat tu kata..sign kat tandas tu mcm sama ja..satu pakai skirt dan satu tu tak..hehehe..dia kata keliru hehehe...mcm2 alasan dia nak tutup malu depan kami...kesian jugak kat dia..hehehe

Bila teringat cerita ni..pasti tersenyum sendiri..teringat muka sahabat yang kelam-labut dan risau ja heheh...Kami ketawa bila mendengar ceritanya hehehe..

Pengajarannya di sini..walau nak cepat masuk mcm mana sekali pun tandas..jangan lupa tengok sign kat depan pintu tu sebab bahaya..nanti tetiba je dituduh menceroboh hehehe...

Maaf kalau saya terlanjur kata..sekadar peringatan buat kita semua..:)..semoga dijadikan pedoman..

p/s:..kepada adik yang kenaan..maaf ya..lain kali jangan tersalah lagi heheeh..akak minta ampun..kalau tesilap kata..hehehe

18 Februari, 2008

Doaku Untuk Atok....

Dah seminggu berada di kampus setelah balik dari cuti midterm..teringat masa balik kampung aritu...bila ternampak wajah atok tadi tiba2 terasa sayu hati...dalam hatiku berkata.."dah tu atuk ku"..wajah atuk yang dah kurus..nampak susut pada badan atok...walau begitu atok masih sihat lagi untuk bawak motor ke pekan, ke kedai..mungkin perasaan begitu sebab dah lama tak jumpa atuk..tapi taklah lama sgt baru sebulan ja tak jumpa...

Cepat masa berlalu..teringat masa zaman sekolah menengah..atoklah yang selalu hantar dan ambil saya dan adik pergi tuition..almaklumlah sebelah petang abah mengajar...atok akan hantar dan ambil saya dan adik.Bila hari jumaat, saya akan masuk tuition pukul 3 selepas solat jumaat, atoklah orang yang paling sibuk,lepas solat jumaat ja, dia akan hantar saya...penatnya atok..bila ingat2 semula, besar pengorbanan atok untuk cucu-cucunya ini...:)

Sayu sangat hati bila terkenangkannya...

Sekarang atok semakin berusia...semakin kurus ...mak kata atok tak suka makan sangat...biasalah org tua, kurang berselera...dan sekarang cucu-cucunya ini semakin dewasa dan insyaAllah bakal alam pekerjaan tidak lama lagi...insyaAllah selagi hayat ini..akan saya dan adik jaga atok dan balas jasanya...pengorbanan yang tidak terbalas oleh wang ringgit...saya selalu berdoa agar atok sentiasa sihat selalu dan dipanjangkan umur...mudahan saya dan adik dapat membuatkan atok gembira..bahawa cucu-cucunya ini berjaya menjadi orang yang berguna dan berkhidmat untuk mendidik anak bangsa....TERIMA KASIH ATOK...Doaku selalu mengiringimu...

15 Februari, 2008

Selamat Hari Lahir Bonda Tercinta..

Hari ini..genaplah 50 tahun umur bondaku tercinta...Selamat hari lahir Bonda...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..moga Allah memberkati Bonda selalu..

Jelas terpancar ceria pada bonda apabila anak-anaknya telefon untuk mengucapkan selamat hari lahir...
InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, anak-anakmu ini tidak akan lupa untuk selau mendoakan dirimu.....

Terima kasih bonda kerana menjaga dan mendidik kami menjadi manusia berguna...anak-anakmu bakal menjadi pendidik mendidik anak bangsa..semoga cita-cita kami akan tercapai...insyallah...Doakan kami menjadi anak-anak yang solehah...menjadi penawar dan permata hati ayahanda dan bonda..

Ya Allah...wahai Tuhan kami...
Hidupkan kami dengan iman...
Matikan kami dengan iman.....
Serta masukkan kami ke syurga bersama-sama dengan iman...

Ya Allah....wahai Tuhan kami...
Ampunilah dosa kesalahan kami dan
Ampunilah dosa kesalahan ibu bapa kami serta
Kasihanilah bapa dan ibu kami itu, sebagaimana kedua-duanya mengasihani kami masa kami masih kecil......
Berikanlah kedua ibu bapa kebaikan dalam dunia dan akhirat dan peliharalah mereka daripada azab neraka....

Ya Allah...akhirlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Allah mengakhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik...

AMINN......SELAMAT HARI LAHIR BONDA KU TERCINTA....

13 Februari, 2008

Bantulah yang miskin...

Semalam..dalam kelas ekonomi Islam..
Lecturer bercerita sedikit kepada kami...
Ada seorang pegawai zakat ingin mengagihkan zakatnya pada orang-orang miskin...
Yang menyedihkan..apabila pegawai tersebut menyuruh mereka yang berkenaan mengucap dua kalimah syahadah...ada di antara mereka yang membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....tersentuh hati bila mendengar cerita lecturer tersebut..
Di mana silapnya.....bagaimana generasi akan datang..adakah mereka sama seperti itu...tepuk dada tanya iman...

Lecturer tersebut bercerita lagi..
Cuba bayangkan...seorang miskin mempunyai seorang isteri dan 7 orang anak...untuk hidangan hari itu, hanya nasi dan seekor ikan masin....bila tiba waktu makan...ayah makan kepala, si ibu makan ekor dan anak-anak makan bahagian badan...begitulah pengorbanan seorang ibu dan ayah, mereka sanggup bersusah payah asalkan anak-anak merasa senang....

Justeru itu..kita harus bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T...bantulah yang miskin...bukan hanya bantu mereka dari segi kewangan tetapi bantulah mereka dari segi pengetahuan agama jika kita mampu melakukannya....

Sekadar untuk renungan diri ini..insan yang lemah...

11 Februari, 2008

Jadilah Anak Soleh dan Solehah Penyejuk Hati Ibu Ayah...

Hari ini...seringkali terdengar perlakuan negatif-negatif remaja yang sangat menakutkan saya sebagai bakal seorang guru. Bukan mudah untuk membimbing dan membentuk seorang pelajar yang pelbagai latar belakang...Ia memerlukan kekuatan semangat yang kuat. Kadang kala bila saya ke pusat membeli belah, rasa sedih melihat anak-anak muda yang bercampur antara lelaki dan perempuan..di manakah hilangnya moral mereka..di manakah pegangan agama mereka.
"Sesungguhnya Allah itu cantik, Allah suka kepada kecantikan"...di manakah terletaknya kecantikan itu?..ia terletak pada pada hati yang suci dan akhlak yang mulia..itulah sebenarnya kecantikan hakiki...kebanyakan remaja hari ini, kurang menitik beratkan moral dan pegangan agama. Jangan kita persalahkan ibu dan ayah kerana sikap kita begini, salahkan diri kita sendiri yang sudah dewasa dan mempunyai akal fikiran yang cukup untuk berfikir baik dan buruk. Ibu dan ayah sudah puas membesarkan kita, tugas sebagai seorang anak adalah belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna..Seperti lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan raihan suatu ketika dulu "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"..Iman seorang ayah yang hebat tidak dapat diturunkan kepada anaknya jika anak itu sendiri tidak berusaha untuk mendapatkan iman yang sempurna.
Apa yang penting untuk membentuk benteng yang kukuh bagi mengelakkan anasir-anasir yang tidak baik, solat wajib dijaga. Solat adalah tiang agama yang dapat membentuk iman yang sempurna. "Sesunggunya solat itu mencegah diri kita dari perkara buruk dan mungkar" itulah janji Allah kepada mereka yang benar-benar mendirikan solat. Laksanakan perintah Allah dengan sepenuh hati, barulah ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jangan persiakan amanah yang dipertanggungjawabkan....Jangan musnahkan harapan dan kepercayaan ibu ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya. Dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T...Bacalah Al-Quran dan jadikannya teman sejati...
Jadilah anak yang soleh dan solehah yang hatinya suci dan bersih yang enjadi penyejuk hati ibu dan ayah......InsyaAllah...sekadar mengingat juga diri ini, insan yang lemah....
Jadikanlah kental itu IMAN,
Yang nipis itu LIDAH,
Yang tajam itu AKAL,
Yang lembut itu HATI,
Yang ringan itu SOLAT,
Yang halus itu SUARA,
Yang luas itu ILMU dan...
Yang manis itu SENYUMAN

Ummiku Sayang...

Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Walaupun ummi letih
Mengasuh kami ini
Namun masih tersenyum
Menyejukkan hati
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Bila pulang sekolah
Ummi sambut kami
Sembahyang sama ummi
Alhamdulillah
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Ummi ku sayang kaulah serikandi
Berkorban selalu untuk kami
Ummi ku sayang kau ibu mithali
Semoga ALLAH kan berkati
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang

Sembilan Orang SITI Yang Harus Dicontohi

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* berdasarkan portal muslimah...9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

10 Februari, 2008

Petikan Kitab La Tahzan



Petikan Kitab La Tahzan

Abu Ali bin Asy-Syibl berkata,

Dengan menjaga jasad nafsu akan ada di dalamnya,laksana bara api yang tetap dinyalakan di dalam mangkuk.Maka jangan kau padamkan dia dengan putus asa,dan jangan kau ulur dengan angan yang memanjang.Berjanjilah kepadanya bahwa dalam kesulitan itu ada kemudahan,dan ingatkan pula bahawa kesulitan berada dalam kemudahan,dihitung kebaikannya ini dan itu,dan dengan menggabungkan semuanya akan berguna sebagai ubat mujaarab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.