29 Disember, 2008

Kek Gula Hangus Kukus Sempena Maal Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah sempena cuti Maal Hijrah ini, ramai ada di rumah, di kesempatan ini, saya menyediakan Kek Gula Hangus Kukus untuk santapan berbuka puasa sempena awal muharram ini..inilah hasilnya, resepi daripada Majalah Saji..kek ini memang kegemaran saya,



BAHAN-BAHAN :
500gm gula
400ml air
3 sudu besar penuh majerin
3 sudu besar susu pekat
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
6 biji telur
250 gm tepung gandum


CARA MENYEDIAKAN:

1. Gula dimasak di dalam periuk sehingga kekuningan. Kemudian masukkan air sehingga menjadi gula hangus. Kemudia ketepikan dan biarkan ia suam.

2. Satukan majerin, susu pekat, telur, soda bikarbonat dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul sehingga sebati.

3. Masukkan semua tepung dan kacau sehingga rata.

4. Tuangkan gula hangus dan kacau sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan bahan ke dalam acuan.

6. Kemudian masukkan ke dalam pengukus dengan api yang sederhana. (Sebelum acuan dimasukkan, pengukus dipanaskan dahulu)

Selamat Mencuba...

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Nurhuda_cahayapetunjuk
1 Muharram 1430H / 29 Disember 2008

5 ulasan:

Tie berkata...

Sedap tu..lama tak buat.

Suka makan tapi leceh nak buat gula hangus tu...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kak Tie...

Betul kak..buat gula hangus tu leceh sikit tapi nak suka makan jadi kenalah buatnya..hehehehe

sakinah aziz berkata...

mcm sedap je.,nnt masa cuti kinah nak try lah! =)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Sakinah..

Memang sedap..hehehehe..cubalah..senang jer buatnya..:)

Aida berkata...

hai mate.. wah.. sekarang dah jd chef pulak ye..
bagus2.. nti kite bleh tempak kat mate ye..
hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.