27 Disember, 2008

Doa Awal Dan Akhir Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Akhirilah tahun 1429H dengan baik dan mulakanlah tahun 1430H dengan azam dan semangat yang baru demi kasih dan cinta kita kepada Allah S.W.T...Alhamdulillah ku bersyukur kepadaMU..

Doa Akhir Tahun dibawah ini, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Dan Doa Awal Tahun di bawah ini, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


InsyaAllah..sama-samalah kita beramal..

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua

Nurhuda_cahayapetunjuk

29 Zulhijjah 1429 / 27 Disember 2008

10 ulasan:

kakchik berkata...

salam nurhuda. terima kasih ya kongsikan doa ni terutama gambar2 doa dan maksudnya tu.
kakchik nak copy ya sebab tercari-cari dalam buku yang ada tak jumpa pulak.

Mohd Halim berkata...

Salam Maal Hijrah dari kami untuk Huda sekeluarga. Semoga tercapai azam dan cita-cita.

Ibnurashidi berkata...

alhamdulillah..jangan lupa berdoa utk kesejahteraan umat Islam juga..terutama belenggu siksaan ke atas Palestin kini..

Salam Maal Hijrah..

Tie berkata...

Salam Maal Hijrah dari Kak Tie..Moga2 hidup kita terus diberkatiNya...

cikwan berkata...

Assalamualaikum salam hijriah buat huda sekeluarga. Akak pinjam doa akhir dan awal tahun paste kt blog akak yer..timakasih.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

kakchik

silakan kakchik, moga2 Allah sentiasa merahmati kita..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Encik Halim..

Salam hijrah juga buat Encik Halim sekeluarga..terima kasih mendoakan saya..mudah-mudahan dimakbulkan Allah..aminn..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Ibnurashidi..

InsyaAllah..sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan dan kemenangan sahabat-sahabat kita di Palestin, semoga Allah sentiasa bersama-sama umat Islam..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Salam Maal Hijrah jua buat kak Tie..syukran atas doa itu..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kak Wan..

salam hijrah jua buat akak..
silakan kak..mudah-mudahan kita perolehi manfaatnya...insyaAllah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.