24 Mac, 2009

Pahlawan Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata,

"Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya,

"Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

p/s: Berpegang teguhlah pada agama Allah, agama Islam yang suci..buatlah kebaikan dan niat ikhlas hanya kerana Allah S.W.T

Ya Allah...ampunilah dosa-dosa ibu bapaku
Ampunilah dosa-dosa ku,
Ampunilah dosa-dosa ahli kelurgaku,
Ampunilah dosa-doa guru-guru ku,
Ampunilah dosa-dosa sahabat-sahabatku,
Ampunilah dosa-dosa seluruh umat Islam..
Ya Allah....terimalah taubat hambaMU ini,
Jadikan aku, hambaMU yang mengenal erti syukur atas nikmatMU yang terlalu banyak buatku..

Ya Allah...dengan kalimah syahadah..
Ya Allah..dengan kalimah syahadah..
Ya Allah..matikanlah aku dengan kemudahan yang baik...Aminn..


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
27 Rabiulawal 1430H /24 Mac 2009

20 Mac, 2009

Aspirasi Buatmu, Wahai Wanita Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ASPIRASI BUATMU, WAHAI WANITA SOLEHAH..
Yang tercari-cari Identiti Diri...


Yang melindungi diri dan hati budinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya di seiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa sentiasa cekal dan tabah hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta ke sejagat maya,
Yang cintanya kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan dan keimanan.

Yang mengosongkan kalbu daripada dendam,
Yang menyemarak kasturi di kelopak iman.

Wanita dilahirkan daripada rusuk kiri lelaki,
Wanita dilahirkan layak jadi suri,
Wanita diciptakan untuk pasangan si suami,
Wanita diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi

Wanita adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Wanita adalah sebahagian keindahan alam,
Wanita adalah ibarat asam garam,
Wanita adalah ibarat bulan bintang

Wanita dipandang daripada peribadinya
Yang tentunya diharap dapat melembutkan hati suami dan keluarga
Wanita dilihat daripada budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat sucinya
Wanita dinilai daripada kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya, serta penuh taqwa
Wanita diperhati dariapda kesetiaannya,
Yang dapat memikat serta menyukakan hati apabila memandangnya
Wanita ditinjau sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
bukannya mementingkan kecantikan diri.

Kecantikan yang diperolehi adalah milik Allah S.W.T,
Tempoh masa yang dilalui tergambar,
Sampai tika, tanpa tempoh dan tangguh,
Menyambut panggilan ILAHI....



" Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
23 Rabiulawal 1430H /20 Mac 2009

18 Mac, 2009

Buat Insan-Insan Tersayang...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur...Ya Allah...kerana masih mampu bernafas, menghirup udara dan alhamdulillah diberikan Allah kesihatan yang sihat sehingga ke hari ini...

Coretan kali ini khusus untuk insan-insan yang disayangi...siapa???..:)

Khusus buat Bonda, Ayahanda dan Si adik..:)
Sebenarnya 16 Feb , 28 Feb dan 11 Mac yang lalu adalah hari lahir bonda, ayahanda dan si adik tercinta..:) Kerana terlalu sibuk, saya terpaksa menunda coretan ini...Maka hari ini...inilah sedikit coretan buat insan-insan yang paling sayangi..tanpa mereka..siapalah saya...

Selamat Hari Lahir buat bonda dan ayahanda...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Semoga diberikan kesihatan yang sihat..
Semoga sentiasa diberkati Allah selalu...
Semoga amal-amal solehmu akan diberkati Allah dan bersama-sama ke syurga..
Pengorbananmu begitu tinggi nilainya...
Anakmu ini berjanji akan berusaha mencari yang terbaik di dunia dan akhirat buat bekalan kita bersama...
Anakmu ini selalu berdoa agar kita sekeluarga dapat menikmati syurga firdaus hingga akhirnya...

Selamat Hari Lahir buat Si adik..:)
Semoga panjang umur dan murah rezeki..
Semoga menjadi anak yang solehah yang selalu mendoakan bonda dan ayahanda...
Semoga jadi guru yang cemerlang di dunia dan akhirat..
Semoga cintamu pada ilmu semakin mendalam..
Semoga kita sama-sama mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat...


SEMOGA KITA SEKELUARGA SENTIASA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT ALLAH S.W.T...semoga kasih dan sayang kita kekal hingga ke akhir hayat..Semoga kita saling kasih mengasihi hanya kerana Allah S.W.T..

Janji-janji Allah itu benar, sesiapa yang beramal soleh maka ganjaran syurga buatnya..Semoga syurga firdaus menanti kita sekeluarga...AMINNN.....

Ya Allah...jadikan kami mencintaiMU dengan sepenuh hati kami dengan redha kepadaMU dalam segala usaha kami..
Ya Allah...Jadikanlah cinta kami kepadaMU menguasai seluruh yang kami cintai..AMINN..

Renungan buat semua :
Wasiat Saidina Umar Al-Khatab:

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung. Timbanglah amalan kamu sebelum ianya ditimbang dan bersedialah kamu menghadapi hari perhitungan (kiamat)"


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
21 Rabiulawal 1430H /18 Mac 2009

05 Mac, 2009

Junjungan Mulia, Rasulullah S.A.W..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Junjungan Mulia


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Sumbangan Koleksi Sri Arjuna
Nyanyian- Al-Mizan



Subhanaallah...lagu nyanyian kumpulan nasyid Al-Mizan di atas mengingatkan saya ketika zaman bersekolah agama, kami akan menyanyikan lagu ini di majlis sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah dan kampung..

Kedatangan 12 rabiulawal menjelma lagi...
Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W masih mendalam,
Sayangnya kepada Baginda semakin menebal,
Kerinduan kepada Baginda tiada penghujung..

Sempena Maulidur Rasul ini, saya kongsi satu artikel daripada blog saudara Wan Muhd Ali B. Wan Ahmad Affandi (WanWmaBlog) : http://wanwma.com/blog/motivasi-diri/air-mata-rasulullah.html

InsyaAllah semoga cinta kita kepada Rasulullah sentiasa segar selama-lamanya...

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.

"Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

”Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,”kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan! di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



p/s: Cintanya Rasulullah kepada ummatnya..Sesungguhnya Rasulullah adalah Kekasih Allah..perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W , banyak kelebihan dengan berselawat ke atas Baginda..kelebihan ini pernah saya coretkan di sini
Di akhir tinta...saya ucapkan:


SALAM MAULIDUR RASUL 1430H
TEMA: Wahdah Pemangkin Khaira Ummah.


Semoga yang baik itu datangnya darip
ada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk

11 Rabiulawal 1430H /8 Mac 2009

Siapakah Wanita Solehah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah saya di sini lagi...diizinkan Allah saya terus di sini..:)
Hari ini, saya ingin berkongsi satu artikel dalam simpanan saya. Menyimpan artikel-artikel lama menjadi salah satu hobi saya kerana walaupun ia hanya sehelai kertas yang bertulis tetapi pada saya ia sangat berharga untuk kita jadikan bahan bacaan pada masa lapang.

InsyaAllah sama-sama lah kita hayati..

Siapakah Wanita Solehah?

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya.
"Ayah..ceritakanlah kepadaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu..

Anakku.......

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan susuk tubuh kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.. "
(Hadis Riwayat Muslim)


Si ayah terus menyambung...

Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada bentuk tubuh badannnya yang mempersonakan, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat daripada keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejatibukan dilihat daripada keahliannnya berbahsa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibnAbbas, Ibn Omar, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:

"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya"
(As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Ass Fit Tafsir)



"Wahai-wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
(Surah Al-Ahzab : 32)




Si ayah diam sejenak sambil melihat wajah manis puteri kecilnya itu...


Lantas apa lagi ayah..? sahut puteri kecil terus ingin tahu...

Ketahuilah wahai puteriku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian 'grand' tetapi dilihat daripada sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundng orang lain jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah diliha daripada beberapa banyak dan besarnyaujian yang dia jalani tetapi dilihat daripada sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Allah..Dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Dan ingatlah anakku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat daripada sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"
(Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu, si anak kembali bertanya, siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya..? Mampukah dan layakkah saya, ayah..?

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, pelajarilah mereka!
Supaya kamu berjaya nanti. INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita solehah kelak. Malah semua wanita boleh....Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkatan berbunyi...

"ISTERI RASULULLAH S.A.W"

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklha dia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dia kehendaki."
(Riwayat Al-Bazzar)

"...Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahuinya? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah Az-Zumar:9)



P/S: Sedikit tambahan daripada pembacaan saya:

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi S.A.W, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) :

"Aku berkata: "Wahai Rasulullah ! Adakah wanita di dunia lebih baik daripada bidadari?"

Baginda menjawab; "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata: "Wahai Rasulullah!Bagaimanakah itu?"


Baginda menjawab:"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis)"
(Riwayat al-Tabrani)

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk

8 Rabiulawal 1430H / 5 Mac 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.