16 Disember, 2008

Binalah Hatimu Yang Bahagia

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Jari-jemari ini seakan ingin menekan-menekan papan kekunci ini, mahu saja dikeluarkan apa saja yang difikirkan di benak fikiran ini satu-persatu.


Menulis di sini sekadar mahu mengingatkan diri ini, insan yang masih tercari-cari diri, insan sentiasa memohon keberkatan dan keredhaan Maha Suci Allah, Yang Menjadikan Alam ini.


Sambil ditemani buku-buku yang setia menuggu meminta dibaca dan dihadam satu demi satu, jari terus menekan-nekan papan kekunci ini...


Membaca memberikan saya berfikir dan menghayati setiap tulisan dan karya yang dibaca.

Moga ilmu yang diperolehi memberi manfaat, mudah-mudahan...InsyaAllah..


Sambil mencari-cari buku di rak buku kepunyaan abah, saya terjumpa sebuah buku bertajuk ”Akhlak” karya Abdul Rahman Rukaini, Mantan Ketua Bahagian Agama dan Tamadun Islam Dewan Bahasa Dan Pustaka Perunding dan Penulis Kitab-kitab Sekolah Agama Kerajaan Johor. Tulisan beliau sangat mudah difahami ayat-ayatnya. Salah satu tulisan beliau adalah berkaitan Amal Soleh.


Menurut Abdul Rahman Rukaini (2001), pengertian Amal Soleh, ialah merupakan apa saja amal orang Islam yang meliputi gerak hati (termasuk akal) pengucapan lisan dan perlakuan anggota tubuh badan (termasuk pancaindera) mengikut syariat Islam. Amal dilakukan dengan:

  • Niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
  • Mengikut rukun, syariat dan cara yang betul
  • Tidak dicampuri oleh perkara maksiat dan perkara-perkara yang membatalkan atau merosakkannya.

Amal itu mencakupi amal yang menghubungkan antara manusia dengan Allah S.W.T, dengan diri sendiri, dengan orang lain atau dengan alam dan kehidupan seluruhnya. Ringkasnya, ruang lingkup amal soleh amat luas yang membolehkan setiap orang mengambil peluang untuk melakukan bagi mencapai keselamatan, keamanan dan kebahagian di dunia dan di akhirat. (Abdul Rahman Rukaini, 2001)


Tulisan ini, mengingatkan saya, di mana setiap manusia diberi peluang oleh Allah untuk melakukan yang terbaik. Maka terpulang pada insan tersebut untuk merebut peluang yang diberikan oleh Allah Azzawajjalla.


Cukup indah dan cantik setiap anugerah Allah kepada kita. Alam yang dihuni ini penuh dengan sumber-sumber yang diberikan Allah supaya kita melihat dan merenung kebesaran Allah. SUBHANALLAH....


Allah berfirman dalam Surah Al-A’raf, ayat 56 yang bermaksud :


" Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-NYA dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan "

(56: سورة الأعراف)


Setiap amal yang dilakukan hendaklah berlandaskan ilmu, maka insyaAllah amal dapat dilakukan dengan terbaik. Motivasikan diri dengan mendekati Allah dalam setiap waktu dan ketika, moga kita sentiasa disisi Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.


Bibit-bibit maaruf sentiasa bersemi di hati, dengan bertasbih, "Subhanallah”, bertakbir "Allahu akbar” dan bertahmid "Alhamdulillah”.


Rasulullah S.A.W bersabda :

" Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya, dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umur dan buruk amalannya "
(Riwayat Ahmad)

Mungkin ada ketika kita alpa..alpa dengan kemewahan dunia, alpa dengan keseronokkan dunia. Berdoalah semoga hati kita sentiasa mengingati Allah, mengingati Allah, mengingati Allah....


Doa yang Allah ajarkan dalam firmanNYA dalam Surah Ali Imran,ayat 8 :

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan anugerahkanlah kepada kami rahmat dari sisi-MU, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Anugerah "

( سورة ال عمران :8)


Rasulullah S.A.W bersabda:

" Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama qalbu "

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih...

Binalah hati ini dengan akhlak mulia, akhlak yang terpuji di sisi Allah....

Moga Allah menganugerahkan kepada kita, "nur” (cahaya-cahaya) iman, keyakinan dan zikir sehingga hidup kita diterangi cahaya Ilahi, cahaya petunjuk dan cahaya hidayah yang membawa kebahagian dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Aminn..


Surah Al-An’am, ayat 162 dan ayat 163 yang bermaksud :

”Katakanlah (Muhammad)’ ”Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam,”

( سورة الانعام : 162 )


" tidak ada sekutu bagiNYA; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim).”

( سورة الانعام : 163 )


Coretan ini adalah ingatan untuk diri ini jua..sekadar ingin berkongsi kembara di hati ini...

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah Azzawajjalla dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

BINALAH HATIMU YANG BAHAGIA....



Nurhuda_cahayapetunjuk
18 Zulhijjah 1429 / 16 Disember 2008

10 ulasan:

Whitetulip Tales berkata...

Alhamdulillah..terima kaseh info ini..berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama adalah dituntut dalam Islam kan...

Orang selalu berkata peluang itu sentiasa ada cuma, kita saja yang tidak berusaha merebutnya, sekadar memandang tanpa pasti di mana halatuju. Lantaran, langkah kaki hanya melangkah tanpa tujuan, keazaman ataupun niat yang ikhlas lillahita'ala. Terlalu banyak ruang dan peluang yang tidak dipergunakan dengan sebaik2nya. Sesungguhnya amat rugilah manusia yang dalam kategori sedemikian. Apa yang penting, niat kita adalah telus, segala2 yang dilakukan adalah semata2 Allah dan semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang dirahmati Allah...wallahua'lam

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kak whitetulip..

InsyaAllah kak..sama2 kita berkongsi ilmu yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah S.W.T

Betul kak..teramatlah rugi manusia yang diberikan Allah peluang tetapi sentiasa mempersia-siakannya..Allah memberi jalan tetapi manusia buta..nauzubillah...

Moga sentiasa memberi kita semua hidayah dalam mencari yang terbaik...Aminn...

ROS berkata...

Assalamualaikum Huda,

ada rasa sayu membaca tulisan Huda kali ini. Ada waktunya memang begitu. Hati terasa gundah dek ujian dan cabaran. Setiap yang dibuat dengan niat mencari redha-Nya, pasti ada ujian. Hanya pada-Nya mengharap kekuatan, hanya pada-Nya disandarkan harapan. Cuma kita insan biasa,kadangkala tewas dek asakan emosi yang tidak keruan.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam...

Kak Ita..

Tulisan ini hanya sekadar luahan di hati, ketakutan di hati menempuh hari-hari yang mendatang..sekadar ingatan untuk diri ini..
Kak..sewaktu menulis artikel ni, entah tiba-tiba airmata berguguran ..tersentuh sangat..maka inilah kembara hati ini, kak....

Ujian yang diberikan Allah pada kita, supaya kita benar-benar cinta dan sayang pada-NYA..cuma kita kena sentiasa redha dgn ujian Allah..Allah sangat sayang akan hambaNYA..

Bilalah manusia di dunia ini sedar akan kesilapan yang mereka lakukan..huda sangat-sangat takut menempuh hari-hari esok..

Moga Allah memberi kita kekuatan supaya terus berpegang pada syariat Islam dan hati yang benar-benar lurus, suci dan bersih...mencintai Allah dan Rasulullah...cinta pada Agama Islam, agama yang suci..

Keikhlasan kita mencintai Allah adalah segala-galanya..insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

'manusia diberi peluang oleh Allah untuk melakukan yang terbaik. Maka terpulang pada insan tersebut untuk merebut peluang yang diberikan oleh Allah Azzawajjalla'

kata2 ini sgt mberikan smangat... kdg2 diri ini lupa utk brsyukur dgn apa yg diberikan Allah SWT... satu peluang jga nikmat drpd Allah bukan?? peluang utk blaja dan sbgainya...jadi...sama2 kta gnakan nikmat dan pluang ini sebaiknya ye..=)

K.Huda tau.. kt antr org brtuah ditemukan dn dsatukn krn Allah... brkongsi ilmu yg dikurniakn Allah.. slg mengingati antr satu sama lain... trima ksh ye kak uda.. izyan sgt kurg ilmu, tp, dgn bantuan semua org alhamdulilah izyan dpt kutip ilmu sdikit dmi sdikit.. mga izyan jga jd serajin k.uda dlm mnuntut ilmu.. =) amiin..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Assalamualaikum

Izyan..

Ukhwah itu cukup indah..cuma yg penting adalah niat yang ikhlas dan kejujuran di hati..

Akak juga insan yang masih kekurangan ilmu, masih banyak yang perlu akak pelajari, namun itu tidak bermakna kita harus mengalah...biar kita miskin harta tetapi jangan kita miskin ilmu pengetahuan di dada..rebut seberapa banyak ilmu, insyaAllah jika niat yang baik, ikhlas kerana Allah, mudah-mudahan ia diberkati..

Ilmu dan amal adalah seiring..tanpa ilmu maka pincanglah amal kita...tulisan ini juga mengingatkan diri akak jua yang masih mencari2 ilmu dan masih jauh perjalanan...semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan sesama kita..insyaAllah..

Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua..Aminn..

Tie berkata...

Salam Nur,

Kak tie ni memang cetek tentang ilmu, mekasih, ekk...moga2 ianya dapat memberi manfaat bersama...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Kak Tie..

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama...huda juga masih belajar, masih banyak ilmu yang perlu digapai..semoga usaha ke arah mengejar ilmu diberkati Allah..:)

Ibnurashidi berkata...

Salam...

Hati..seketul daging bernama hati itulah yang sukar untuk dibela..bimbang sekali jika dicemari karat-karat kuning..teramat takut jika karat itu sukar lagi kikis..sehingga terasa jauh sekali dengan pencipta..aduh..Ya Allah jauhkanlah diri ini dari lupa mengingati mu Ya Rabb..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Ibnurashidi..

Benar..hati jika tidak dijaga, akan merosakkan jiwa dan seterusnya akan jauhkan diri dengan Allah..nauzubillah..

Moga Allah sentiasa menjaga hati-hati kita daripada perkara-perkara yang mungkar..insyaAllah kita akan sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam setiap waktu dan ketika...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.