25 Disember, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur jkepada Allah S.W.T, masih dihidupkan sehingga hari ini, dapat menikmati alam ciptaan Allah ini.
Bulan Muharram bakal menjelma..Ahlan Wasahlan Ya Muharram..

InsyaAllah sedikit yang ingin saya berkongsi bersama-sama sahabat-sahabat di sini berkaitan amalan dan kelebihan bulan Muharram..


Amalan & Kelebihan Bulan Muharram

1) Sabda Rasulullah S.A.W; " Seutama-utama sembahyang selepas sembahyang fardhu adalah sembahyang di waktu malam, dan seutama-utama puasa selain puasa bulan ramadhan adalah pada bulan Allah yakni Muharram" (Riwayat Muslim)

2) Saidina Ali Bin Abi Talib K.W. berkata: " Jika kamu ingin berpuasa sesudah puasa ramadhan, berpuasalah pada bulan Muharram sebab bulan itu adalah bulan Allah. Pada bulan itu, Allah telah memberikan suatu taubat pada suatu kaum dan Allah tetap memberikan taubat kepada yang lain-lainnya"

3) Pada hari Asyura' juga kita digalakkan memperbanyakkan sedekah, berdoa dan menggembirakan lagi hati keluarga dengan pertemuan keluarga.

4) Ibnu Abbas R.A telah berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Barangsiapa telah berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram), maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 Malaikat. Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura akan diberi pahala 10,000 orang yang berhaji dan umrah dan 10,000 pahala orang yang mati syahid. Sesiapa yang yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut, maka Allah akan mengangkatnya dengan setiap rahmat satu darjat. Dan sesiapa pada 10 Muharram itu memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W dan mengenyangkan perut mereka."

5) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Rasulullah S.A.W ketika ditanya berkenaan Puasa pada hari Asyura, maka baginda menjawab: "Ia dapat melupuskan dosa setahun yang lalu". (Riwayat Imam Muslim)

Peristiwa Di Bulan Muharram

1) Penghijrahan Rasulullah (1 Muharram
)
2) Pembukaan Khaibar (7 Muharram)
3) Hari Asyura (10 Muharram)
4) Menziarahi Karbala (12 Muharram
)


InsyaAllah..sama-samalah kita menghayati dan beramal di bulan Allah ini...
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Nurhuda_cahayapetunjuk
27 Zulhijjah 1429 / 25 Disember 2008

4 ulasan:

Ucu Lina berkata...

Salam Ukhuwwah Fillah...

Selamat Menyambut Muharam 1430.
Sama-sama la kita berpuasa 1 Muharam ni yek..

Mohon copy artikel ni ke blog akak..
Terima kasih

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

salam ukhwah fillah jua buat Ucu Lina..

InsyaAllah sama-samalah kita merebut peluang beramal di bulan Allah ini..

Silakan ya ukhti..syukran..:)

Sasha berkata...

salam huda...

akak pun x sabar nak sambut tahun baru Hijrah.... tiap2 tahun akak & family akan cuba manfaatkan kelebihan yg ada pd 10 Muharram sebaik mungkin...

mintak izin utk copy artikel ni...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Kak Sasha..

Alhamdulillah itulah yang sebaik-baiknya kak..moga2 masa yang ada dalam menyambut maal hijrah ini, kita dapat manfaatkan dengan lebih baik..insyaAllah..

Silakan kak..moga2 artikel kita dapat berkongsi bersama..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.