29 Mei, 2008

Di Mana Silapnya..

Baru-baru ini, semasa berbual-bual dengan maksu, dia ada bercerita…ada di kalangan anak-anak muridnya di sekolah yang tidak solat di rumah. Apabila di tanya ibu bapa mereka juga tidak menunaikan solat di rumah. Maksu bercerita lagi...Guru besar di sekolahnya ada menasihatkan pelajar-pelajar tersebut, guru besar itu mengatakan bahawa anak-anak sepatutnya menunaikan solat walaupun ibu bapa tidak solat kerana anak-anak sudah besar dan dah belajar di sekolah cara-cara bersolat, dosa dan pahala, oleh itu, anak-anak boleh menilai sendiri mana yang baik dan yang buruk.

Saya merenung kata-kata guru besar tersebut..memang ada kebenarannya. Ibu bapa menghantar anak-anak di sekolah dan mereka diajar pelbagai ilmu termasuk dalam hal-hal bersolat. Jadi saya berpendapat pelajar-pelajar seharusnya sudah mengetahui apa yang terbaik dalam hidupnya. Pelajar-pelajar sendiri boleh menunaikan solat dan inilah masanya mereka sebagai anak boleh mengajak ibu bapa menunaikan solat dan membuat perkara-perkara kebaikan.

Ilmu agama yang anak-anak belajar di sekolah boleh dikongsi bersama-sama ibu bapa di rumah. Tidak semestinya ibu bapa jahil, anak-anak juga akan menjadi jahil, tidak semestinya ibu bapa penjenayah, anak-anak juga akan menjadi penjenayah dan tidak semestinya ibu bapa seorang alim, anak-anak juga akan menjadi seorang alim.. Jangan jadikan ibu bapa tidak solat sebagai alasan untuk anak-anak juga tidak bersolat. Apa yang penting, diri kita sendiri yang perlu mengubah segala-galanya, diri anak-anak itu sendiri yang perlu memikirkan apa yang terbaik dan memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk. Untuk menjadi yang terbaik, anak-anak yang boleh berfikir, perlu mengubah sesuatu menjadi yang terbaik. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya kecuali diri kita sendiri.

Sedikit renungan dari saya yang serba kekurangan..mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya..insyaAllah...

4 ulasan:

UMI JAH berkata...

Salam Huda,
Kalau dulu anak akan solat bila melihat ibubapa solat. Sekarang ni anak belum tentu nak solat walaupun melihat ibubapanya solat. Ibubapa perlu mengajak anak-anak untuk solat bersama ketika masih kecil [7 tahun atau sebelumnya]. Lama kelamaan anak-anak akan terbiasa dengan solat dan akhirnya akan memahami kenapa kita perlu solat.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummusalam kak umi..salam perkenalan dari huda..:)
Betul cakap kak umi tu tapi masalah yang melanda dalam institusi keluarga hari ini, ibu bapa sendiri yang tidak menunaikan solat..oleh itu..anak-anak pun tak menunaikan solat kerana ibu bapa tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam…ini yang menakutkan kita..sedangkan kunci kebahagiaan dalam keluarga ialah solat..dan yang terbaik ialah solat berjemaah…

UMI JAH berkata...

Salam Huda.Paggil saya kak ita, umijah tu singkatan daripada umi dan khadijah. Umi tu panggilan ank2 pada saya, khadijah nama anak sulung saya. Saya setuju dengan huda. Cuma nak tambah sikit,ada sesetengah orang,boleh bangun pagi untuk bersiap ke tempat kerja tetapi amat berat untuk bangun menunaikan solah subuh. Sedangkan dalam kehidupan seorang muslim, harinya bermula awal pagi, mungkin seawal 4-5 pagi. Solah itu tiang agama. Itu sebabnya hari ini terlalu banyak masalah yang melanda kehidupan masyarakat kerana yang menjadi tiang dalam kehidupan tidak dijaga.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummusalam kak ita..

oo..anak akak yang sulung nama khadijah ya..sama nama dengan bonda saya..:)

betul kak..setuju sangat2..ini berlaku sebab tiang agama dalam keluarga dah dirobohkan oleh ahli dalam keluarga sendiri...ituah sebabnya banyak masalah yang berlaku pada masa kini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.