13 Jun, 2008

Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan

Ajal dan maut di tangan Tuhan..bila-bila saja Allah menghendakinya maka segalanya berlaku…malam tadi semasa berbual-bual dengan bonda saya, adik saya memanggil dari biliknya…dia beritahu saya bahawa seorang pelajar UPSI meninggal dunia namanya Suhaimi Yusof..saya kenal beliau kerana allahyarham adalah salah seorang jemaah di surau di kolej saya dan allahyarham selalu menjadi imam di surau..dan suara allahyarham sangat sedap apabila mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dan tatkala mengalunkan azan…

Walaupun saya tak kenal rapat dengan allahyarham, tetapi saya cukup tersentuh kerana kehilangan seorang jemaah dan kehilangan salah seorang imam di surau…tiada lagi kedengaran suara allahyarham mengalunkan azan apabila waktu solat sudah sampai….tiada lagi suara yang mendayu-dayu yang mengimamkan kami sewaktu solat terawih…teringat saya, selalu hampir menitiskan air mata apabila mendengar allahyarham mengalunkan ayat-ayat suci sewaktu solat terawih dan solat fardhu…

Menurut adik saya, allahyarham meninggal dunia sewaktu tidur…Ya Allah…Allah permudahkan segalanya untuk allahyarham ….semua sahabat-sahabat allahyarham seakan tak percaya…namun segalanya ketentuan Allah…sudah ditetapkan Allah…

Semoga roh Allahyarham Suhaimi Yusof ditempatkan bersama anbia dan syuhada…. moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya….Aminnn….AL-FATIHAH…..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.