09 Januari, 2009

Syabab Musafir Kasih Karya Fatimah Syarha Mohd Nordin

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Tajuk : Syabab Musafir Kasih
Pengarang : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Syabab,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan,

Wahai Syabab...
Ketekunanmu mengoborkan citi-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, SYABAB!

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama "Syabab" yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Hanya Nur Mumtazah, seorang jiran yang dianggapnya seperti kakaknya sendiri yang selalu memberikan dia semangat dan yakin dia boleh berjaya..banyak suka duku yang perlu ditempuhi...Namun, adik kepada Nur Mumtazah yang sebaya dengan Syabab, selalu mengherdik dan mempersendakan Syabab, hingga ada ketikanya dia hilang semangat untuk meneruskan pelajarannya...situasi ini yang buat saya sebagai pembaca tersentuh dan sedih...

Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya...Namun banyak perkara yang perlu ditempuhi sebelum mengecapi kejayaan...

Saya suka sekali buku ini, ada sedih, gembira tetapi yang pasti penulis benar-benar ingin pembaca merasai dan mengetahui bahawa ilmu itu sangat penting. Saya rasa sesiapa yang membaca buku ini, tidak rugi kerana di dalamnya banyak ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan diselitkan dalam setiap kata-kata untuk dijadikan bukti..pada saya ia bukan hanya sebuah novel tetapi novel ke arah memotivasikan diri sambil melihat kebesaran Allah Yang Maha Agong..banyak rasanya ilmu yang diberikan melalui buku ini..

Sambil membaca, saya sempat menggariskan dan mencatat beberapa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan sebagai rujukan untuk buku ini, seperti surah Al-An'am :ayat 69 &60, Surah Al-Anfal : ayat 21, surah At-Taubah : ayat 20, surah Al-Mujadilah : ayat 11 dan banyak lagi..

Novel karya kedua ukhti Fatimah Syarha ini selepas karya pertamanya "Tautan Hati", sangat bagus dibaca oleh semua golongan..saya rasa sahabat-sahabat di sini boleh jadikan ia bahan bacaan seterusnya...:)

SELAMAT MEMBACA...

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Nurhuda_cahayapetunjuk
12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

9 ulasan:

aShaBuLz berkata...

hohohoho...syabab ek? kne cari nih... =)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

yyupp..silakan..;)

Unknown berkata...

assalamualaikum nurhuda.

ooo dah baca buku ni ek? kakchik dah beli tapi belum sampai turn nak baca buku ni. mmg ramai yg rekomen suruh baca.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Dah baca kak buku ni..bacalah kak..pada huda buku ni bagus..:)

Selamat membaca kak..:)

Unknown berkata...

Syabab = pemuda...

Syabab Musafir Kasih... best.!!

tak rugi kite syorkan beli buku nie ek...

buku pembangun jiwa yg mantap...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

nurhayati..

yupp..bukku ni best sgt...kena baca...best..:)

fahana_ann berkata...

Salam huda..
hem, alhamdulillah dah slesai baca dua2 buku tu..memang biel beli buku Ukht Fatimah tak rugi..bukan sekdar novel pastinya..jalan cerita Syabab Musafir Kasih bagus sangt..daripada 0 pada pemuda yang hebat..mudah2an kita juga mmpu berubah pd yang baik..insya-allah

Unknown berkata...

salam..
subhanallah..
novel syabab ni sedikit sebanyak seperti kehidupan saya..
hampir menyerupai jln ceritanya..
novel ni juga saranan daripada seseorang yang saya anggap sebagai kakak..
terkejut juga apabila membacanya..
tapi novel ni memang yang terbaik..

sang mawaddah berkata...

Dgn nama Allah yg maha pmurah lg maha mengasihi,,
alhmdlillah sy da bce bku ni,,
mnyntoh hati,, lg2 ending dy..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.