15 Januari, 2009

Kisah Luqman Dan Telatah Manusia


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,

'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dinaikinya."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


p/s: Susah bagi kita untuk memuaskan hati semua orang, sehingga ada saja kata-kata yang kurang enak didengari..tetapi insyaAllah dengan keikhlasan hati hanya kerana Allah, kita dapat menjadi insan yang kuat untuk menghadapi cabaran...Allah Maha Mengetahui...



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua
..


Nurhuda_cahayapetunjuk

18 Muharram 1430H / 15 Januari 2009

6 ulasan:

DAMAI berkata...

salam buat huda yang bercerita,

sememangnya,kalau hendak diikutkan kata2 orang,kita sendiri akan jadi pusing...oleh itu,pilihlah untuk mengikut kata2 Allah,kerana insyaAllah bahagia akan mengiringi...kalaupun tidak di dunia,di akhirat nanti PASTI ^^

jaga diri ya ukhti...

whitetulip berkata...

salam buat adik yang disayangi,

Dah tercipta manusia ini dgn sifat2 yang kurang...sebenarnya sungguhpun fizikalnya lengkap dan sempurna.

'Banyak cakap, banyak silap, banyak silap, banyak dosa, banyak dosa, masuk neraka.'

Na'uzubillah. wallahu a'lam..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Buat Damai di rantauan..

itulah manusia , selalu berkata-kata hanya mengikut perasaan dan hanya mahu mencari salah orang lain..namun kita sebagai hamba Allah yang dianugerahkan Allah akal dan iman, harus menilai sebaik-baiknya..sesungguhnya ikutlah jalan Allah, insyaAllah hati akan jadi tenang...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam buat kak whitetulip yang sering berkunjung ke mari..:)

Na'uzubillah...dijauhkan kita dgn sifat2 sebegitu..jgn terlalu mengikut perasaan sehingga terlupa siapa kita..suka sgt melihat silap orang lain walhal, diri sendiri masih byk kekurangan...

Moga kita sentiasa bermusahabah diri untuk mencari keredhaan dan keberkatan drpd Allah S.W.T..:)

Ibnurashidi berkata...

Benar ukhtie...hati manusia ini selalu saja berbolak balik dan pelbagai..itu salah, ini salah. Apa saja yang betul baginya saya juga tidak mengerti..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Akhie ibnurashidi..

Biarkan mereka bercakap perkara yang adakalanya mereka sendiri tidak mengerti..apa yg penting, Allah Maha Mengetahui segala-galanya...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.