بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Alhamdulillah..2 minggu sebelum balik ke bumi yang penuh ilmu ini, berkesempatan untuk melawat kedai buku yang paling saya minati..GEDUNG BUKU BADAN CEMERLANG SDN BHD yang terletak di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Memang inilah tempat saya mencari-cari buku-buku yang boleh dijadikan bahan bacaan..
Saya memang begini, biarlah bonda dan ayahanda pergi membel-belah atau berjalan-jalan di sekitar lama-lama pun tidak mengapa, asalkan saya ditinggalkan di gedung buku ini..:)
Apabila keluar pasti ada buku yang mencuri perhatian saya...:)
Dan akhirnya, lima buah buku berjaya saya miliki..:)
1) Kisah Cinta Sejati Khatijah karya Abdul Mun'im Muhammad Umar
2) Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha Mohd. Nordin
3) Mengapa Aku jadi Pengetua karya Kusyi Hirdan
4) Bila Cinta Bertasbih (1) karya Habibur Rahman El Shirazy (penulis novel ayat-ayat cinta)
5) Bila Cinta Bertasbih (2) karya Habibur Rahman El Shirazy
Allah berfirman dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11, yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan,"Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan"
(Surah Al-Mujadilah : ayat 11)
Menuntut ilmu bukan kerana manusia, tetapi untuk mendapat darjat di sisi Allah.
Ilmu akan memuliakan kita di dunia dan akhirat, InsyaAllah...

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Nurhuda_cahayapetunjuk
10 Muharram 1430H / 7 Januari 2009
12 ulasan:
salam huda syg...
berminat pada 'ketika cinta bertasbih' itu..
damai ada...tapi e-book saja...^^
salam..
jangan tidak tahu, pihak penulis dan syarikat perfileman sedang membikin cerita KCB itu di Mesir kini. Tunggulah kelahirannya nanti..saya hanya sempat baca KCB 1..yang dua belum lagi..kesudahannya bagaimana ya?
Assalamualaikum adik,
ah, lama tak meninggal jejak di sini. Saya tertarik dengan gambar BADAN. Sungguh ku rindu gedung ilmu itu.
BADAN juga suatu masa dahulu menjadi salah satu tempat saya me'lepak' merendam amukan jiwa mahu memiliki suatu naskah buku. Terkadang hanya mampu menyelak dek kerana kekurangan kos, namun luar biasa nikmatnya tetap terasa. Di situ selalu ku titip azam mahu memiliki sebuah gedung sebegitu suatu hari nanti. Jika di izinkan ALLAH jua...
InsyaALLAH.
Sebahagian buku yang adik beli sudah saya miliki namun sebahagian nya setakat ini hanya mampu menjadi impi.
Moga baik-baik sahaja keadaan adik dengan barakah ILAHI.
~Salam sayang~
Salam ukhwah islamiah,
Dengan membaca, membuka minda dan mengenali dunia dari kaca mata yg berbeza.
Namun usah kita bergantung pada buku tanpa merujuk pada guru dan sahabat. Agar ilmu yg di ceduk tidak sesat dan menyesatkan.
salam,
wah banyak buku dibeli :)
Waalaikummussalam..
Damai..
Takpe e-book pun sama kan..:)
Huda pun belum habis bacanya..:)
Waalaikummussalam
Ibnurashidi
Saya ada juga terbaca KCB ini difilemkan..saya juga ada melihat pelakon-pelakonnya di inernet...mudah2han ia menjadi satu filem yang bagus..
ooo..maaf akhie, saya juga belum habis lagi membacanya, lebih2 lagi sekarng dah start kuliah....:)
waalaikummussalam
nahwanNUR..
Walaikummussalam ukhti...
oo akak juga pernah berkunjung ke Badan Cemerlang ya..memang banyak sungguh buku di sana, adakalanya sampai rambang mata tengok buku hehehhe..dulu kedai itu kecil jer tapi disebabkan permintaan ramai, pemliknya sewa ditempat yang besar..sungguh menarik..
InsyaAllah impian ikhti untuk memiliki gedung buku seperti itu akan tercapai..huda juga seperti ukhti, ingin memiliki gedung seperti itu, mungkin satu hari nanti kita boleh menjadi rakan kongsi hehehhe..insyaAllah..:)
Allah yusalmik...:)
salam ukhwah fillah jua buat zulsa @ Ahmad Faizul Bakti..
Terima kasih atas ingatan itu, memang benar jgn kita berguru hanya dgn buku semata-mata, kerana ada sesetengah isu yang perlukan penjelasana drpd orang yang arif tentang isu tersebut...terima kasih kerana mengingatkan saya..:)
waalaikummussalam..
Welma La'anda..
Alhamdulillah..bertambah buku untuk bahan bacaan..:)ukhti juga apa kurangnya, lagi banyak bahan bacaannya...:) terima kash ke mari...:)
Banyaknya buku yang dibeli :) Saya dah baca buku pasal Saidatina Khadijah tu. Tapi keluaran PTS. Sangat kagum dengan keperibadian Khadijah. Amat sesuailah dipadankan dengan Rasulullah. Selain memang menjadi ketetapan Allah Khadijah dijadikan untuk Rasulullah :) Moga mendapat manfaat daripada pembacaan :)
Aina Dayana Hilmi
Alhamdulillah..adalah sikt2 buku yang dibeli..sekdar untuk menambah ilmu di dada..oo ukhti dah baca ya..saya baru baca sedikit...memang benar..sudah ketentuan Allah, Siti Khadijah dijadikan untuk Rasulullah..;)Pengorbanan yang cukup bermakna buat Rasulullah dan agama Islam..
Catat Ulasan