13 Januari, 2009

Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain,

"Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya,

"Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga dia sampai ke rumahnya.

Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya,
"Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq,
"Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku,
"Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

"Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi, seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu"

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya,
"Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang pabila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi,
"Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah,
"Tanyakan pada tetanggamu, maka apabila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."


p/s: Ingatan untuk diri ini jua..insan yang lemah..semoga kita mendapat pedoman daripadanya...

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
16 Muharram 1430H / 13 Januari 2009

6 ulasan:

Tie berkata...

Bagus sungguh kisah ini.... dapat menyedarkan makcik ni... mekasih kerana sudi berkongsi..:)

aShaBuLz berkata...

sememangnya setiap perbuatan yang baik itu ada balasan pahalanya...tapi perlu disertakan dengan hati yang ikhklas.

sungguh menarik kisah tu. =)

whitetulip berkata...

salam adik..

terima kasih kerana berkongsi tazkirah utk pedoman kita bersama. Memang amat berkesan di hati ini. Mulia sungguh hati muwaffiq tu. alhamdulillah..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kak Tie..

sama2 kak..kisah ni juga buat huda tersentuh, berfikir..begitu lah nikmat Allah kepada kita supaya bantu-membantu antara satu sama lain, maka insyaAllah ganjaran yg banyak drpd Allah...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

ashabulz..

betul...apa2 yang kita lakukan jika ikhlas hanya kerana Allah..insyaAllah pahala diberikan...janji-janji Allah cukup benar, maka kita sebagai hamba-NYA, hendaklah yakin dan sentiasa memohon kepada -NYA, moga ada ruang untuk kita beramal dan saling bantu -membantu...;)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam...

Kak Whitetulip..

sama-sama kasih kak...moga kisah ini, memberi pengajaran dan pedoman yang terbaik buat kita..insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.