BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Alhamdulillah..hari ini sudah 24 Ramadhan bermakna insyaAllah 6 hari lagi kita akan menyambut hari lebaran, hari kemenangan untuk semua umat Islam..bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya kesempatan merasai kenikmatan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini...
Sayu benar hati ini bila mengenangkan Ramadhan akan berlalu...mungkinkah akan saya akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang...
Alhamdulillah subuh tadi, saya masih dapat meneruskan tilawah Al-Quran..masih tinggal beberapa juzuk saja untuk dihabiskan sebelum berakhirnya Ramadhan..mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk meneruskan amal ibadah di bulan mulia ini, bulan yang kita sama-sama mencari amal ibadah yang terbaik..
Sambil membaca Al-Quran, saya berhenti seketika pada Surah Al-Hasyr :ayat 21-yang bermaksud:
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk pecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir" (Surah Al-Hasyr: ayat 21)
Sebenarnya ayat ini pernah diberitahu oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam ceramahnya, bahawa Surah Al-Hasyr :ayat 21 ini, bagus diamalkan kepada anak-anak. Ibu bapa membaca ayat ini dan tiupkan di ubun-ubun anak-anak semasa tidur..mudah-mudahan anak-anak akan menjadi anak-anak yang baik mendengar kata ibu dan ayah...;)
Beberapa hari yang lalu, selepas bersolat tarawih, imam membaca doa membuatkan saya menitiskan air mata...doanya membuat semua jemaah tersentuh...bait-bait doa yang masih saya ingat:
" Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami, alangkah ruginya kami jika membiar ramadhan pergi tanpa kami meminta keampunan daripadaMU, Ya Allah.."
Menitis airmata sederasnya..bila difikirkan byk sungguh nikmat dan pahala yang diberikan Allah pada bulan Ramadhan ini, berat sangat nak biarkan bulan ramadhan, bulan yang sentiasa dirindui nabi ini berlalu pergi...
Masih ada beberapa hari lagi berakhir ramadhan , moga-moga kita dapat meneruskan amalan di bulan ini...
Saya berdoa mudah-mudahan Allah memberi kesempatan kepada saya untuk merasai kenikmatan bulan mulia ini pada tahun hadapan...insyaAllah..

3 ulasan:
assalamualaikum...
salam ramadhan...
tahniah n teruskan bertilawah....
emm ikb pun sedey....
hanya tinggal baper hari ramadhan...
moga ramadhan kali ini bakal membentuk kita menjadi muslim yang lebih baik...
insya Allah.....
Assalamualaikum huda,
setiap kali Ramadhan kita pasti mengharapkan akan menjadi insan yang lebih baik bila Ramadhan berakhir. Ujian ada di mana2 dan ianya kadangkala amat menguji perasaan. Semoga Allah rezekikan untuk kita bertemu lagi madrasah Ramadhan di tahun hadapan, untuk kita terus memperbaiki diri...(ingatan untuk diri sendiri terutamanya).
waalaikummmusalam...
Buat Insan Kerdil..
insyaAllah IKB..mudah2han ramadhan ini, kita dapat sinar baru untuk dapat yang terbaik insyaAllah..:)
Buat Kak Ita..
insyaAllah kak..mudah2han..kita bertemu ramadhan lagi tahun depan untuk sama2 merebut yg terbaik untuk diri kita...insyaAllah..:)
Catat Ulasan