Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Assalamualaikum..Alhamdulillah..malam tadi solat tarawih malam keenam..cepatnya masa berlalu..hari ini dah 6 Ramadhan dah...syukur Ya Allah..masih lagi dapat berkesempatan meneruskan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..
Malam tadi, kami di sini, solat tarawih berimamkan seseorang yang alunan bacaannya sangat merdu..dan lebih tersentuh hati dan sebak, apabila doa yang dibaca pada akhir solat disertai dengan tangisan teresak-esak imam tersebut. Doanya yang menyentuh kalbu ditambah dengan imam khusyuk membacakan doa sambil menangis teresak-esak, sangat menginsafkan kami malam tadi..saya dan rakan menangis tersedu-sedu pada ketika doa dibacakan, sungguh tersentuh...
Setiap bait-bait doanya mengingatkan kita, betapa umur kita di dunia ini tidaklah panjang tetapi masih banyak lagi amalan yang belum disempurnakan...bait-bait doanya menginsafkan...Alhamdulillah..Allah memberi saya kesempatan untuk bersama-sama mengaminkan doa yang dibacanya...
Nukilan di bawah ini sekadar renungan untuk kita semua:
BISIKAN RINDU
"Ya Allah, malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-MU,
Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU,
Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan daripada-MU,
Juga Syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU"
BERILAH AKU KESEMPATAN
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh pancaroba ini,
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan dalam meneruskan sisa-sisa hidupku ini kerana ku tahu bila-bila masa saja malaikat maut akan mengambilnya..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan membahagiakan kedua ayahanda dan bondaku kerana ku tahu mereka insan yang sangat kusayangi..
Ya Allah...
Berilah aku kesempatan dalam meneruskan amal ibadah kerana ku tahu amal ibadah ku tidak mencukupi untuk ke SyurgaMU...
Ya Allah...
Berilah aku kesempatan untuk masuk ke SyurgaMU kerana ku tahu aku insan yang kerdil jika dibandingkan dengan nikmat SyurgaMU..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan dalam setiap waktu dan ketika aku sentiasa mengingatiMU..
Ya Allah..
Berilah aku kesempatan untuk menjadi hambaMU yang sentiasa bersyukur atas nikmatMU..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku insan yang lemah, yang penuh dengan dosa..
Ya Allah..
Ampunilah daku...

Untuk peringatan diri ini, insan yang lemah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan