11 September, 2008

Pentingnya Solat Berjemaah

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah...sekali lagi saya masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sedikit di sini berkongsi sesuatu bersama-sama sahabat-sahabat di sini...:) Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya di bulan yang penuh barakah ini..insyaAllah...
Hari ini, saya nak berkongsi satu artikel yang dah lama saya simpan..insyaAllah..mudah-mudahan memberi sedikit pengisian pada hari ini...

PENTINGNYA SOLAT BERJEMAAH

1) Mendapat pahala 27 kali ganda daripada solat bersendirian

2) Apabila seseorang berwudhu' dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semat-mata hendak sembahyang, maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.

3)Apabila beri'tikaf di masjid (dengan wudhu') selepas selesai solat, para malaikat berdoa kehadrat Allah S.W.T memohon ampun untuknya. Dan dia terus beri'tikaf dalam menunggu waktu solat, dia terus diberi pahala seolah-olah dia sibuk bersolat.

4) Apabila imam berkata "ameen" selepas membaca surah Al-Fatihah, para malaikat juga berkata "ameen" dan segala dosa yang lampau dari seseorang yang "ameennya" serentak dengan "ameen" para malaikat, dosanya akan diampunkan oleh Allah S.W.T.

5) Akan bertemu dengan Allah S.W.T pada Hari Hisab dalam keadaan dia seorang muslim (Islam)

6) Seseorang yang bersolat berjemaah selama empat puluh hari tanpa ketinggalan takbir pertama, mendapat dua jaminan; keselamatan dari neraka dan bebas dari nifaq.

7) Orang yang selalu pergi ke masjid pada waktu malam gelap akan mendapat cahaya sempurna di Hari Hisab.

8) Lebih lama seseorang beri'tikaf di masjid, lebih banyak pahalanya.

9) Orang yang hati sanubarinya sentiasa terpaut dengan masjid akan ditempatkan di bawah naungan Allah S.W.T pada Hari Hisab.

Renungan bersama: "Satu jemaah yang besar adalah lebih disukai Allah S.W.T dari satu jemaah yang kecil"

Sekadar mengingat diri ini juga, insan yang lemah..

3 ulasan:

Sahabat_islam berkata...

salam..terima kasih kerana berkunjung ke blog ana tempoh hari..semoga ada manfaatnya.

Ibnurashidi berkata...

syukran datang..silakanlah ziarah lgi ya..moga ada kebaikan..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kepada sahabat_islam
waalaikummussalam..sama2..insyaAllah ada masa saya ziarah lagi..;)

Kepada ibnurashidi
insyaAllah berkesempatan saya ziarah ke san..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.