31 Julai, 2008

Kamar-Kamar Di Syurga


BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."

Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

p/s Untuk renungan kita bersama..insyaAllah..Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah Azzawajalla dan yang buruk itu daripada kelemahan diri kita jua..

4 ulasan:

Whitetulip Tales berkata...

salam adik..

satu renungan yang amat..membersihkan jiwa. sesungguhnya ucapan salam itu sangat dituntut sebagai umat islam. tapi kan, sekarang nih, bila bagi salam kat owang, ada yang jawab ngan selamba..jer..sayangkan??tak menghayati pengertian sebenar salam itu..wallahu a'lam

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam. kak...

Betul kak..
Sekarang ni, ramai yang buat main2 jer dgn perkataan salam...sedangkan salam tu satu doa.."Sejahtera ke atas kamu"...dan guna pendek jer.."A'kum"..tu lagilah takde makna..
ada juga mcm yang jwb pun nak tak nak jer...tu lah kesilapan yang selalu dilakukan...mudah2han ia menjadi iktibar kepada kita...untuk peringatan diri ini kak.:)

Tanpa Nama berkata...

Salam Huda

Pernah di hadapan saya, seorang bekas pelajar semester lepas mengucapkan 'hai' pada seorang pensyarahnya. Lalu saya paut tangannya dan berkata:

"Kita kan orang Islam. Ucaplah salam. Hai tidak sesuai"

Pelajar tersebut tersipu malu.

Budaya memberi salam kerap diamalkan oleh pelajar semester pertama. Naik semester kedua, amalan mulia tersebut ditinggalkan. Namun, masih ada para pelajar yang mengamalkannya. Harapnya berkekalam...

Noraini Ismail

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam Puan..

Emm..sampai mcm tu sekali ya puan..
Tapi memang betul puan, ramai pelajar masa sem 1, mereka sungguh memberi salam..lebih2 lagi pada kakak senior atau sesiapa saja tetapi bila dah naik sem atas2, amalan salam dilupakan dan ada pula buat tak tahu bila berjumpa..

Kita sama2 berdoa agar bilangan segelintir tu akan menjadi besar..
Satu renungan buat diri ini juga..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.