14 Julai, 2008

Pengalaman..Sangat Bernilai..

Hari ni baru saya berkesempatan..menulis cerita-cerita menarik semasa praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Cikgu-cikgu yang sangat baik yang membuatkan saya rasa sekejap sangat di sekolah ini.. Apa yang menarik sepanjang 2 minggu tersebut, banyak pengalaman yang saya pelajari..

Pada hari Sabtu - 28hb Jun, saya berkesempatan untuk menghadiri Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen Anugerah Asrama Terbilang Negeri Johor. Pada asalnya, Cikgu Malik, guru pidato saya dahulu, minta saya dan adik membantu untuk menjadi juru acara tetapi sesampainya kami di sana, saya dan adik dilantik menjadi pengadil peringkat suku akhir, antara Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kluang..alhamdulillah, saya gunakan ilmu sewaktu zaman persekolahan dulu mewakili seklah dalam pertandingan pidato dan bahas untuk menjadi pengadil dalam pertandingan...dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Terima kasih Cikgu Malik yang memberi kami peluang keemasan ini..Cikgu Malik memang seorang guru bahasa yang sangat bagus terutama dalam bab2 pidadto, bahas dan pantun..:)


Tidak ketinggalan, saya dapat menghadiri juga Pertandingan Hari Puteri Islam Daerah Pontian...pelbagai pertandingan diadakan seperti membuat asing kek, gubahan, marhaban dan berzanji..Alhamdulillah, saya diberi kepercayan oleh Ustazah Salamah untuk melatih pelajar yang memasuki pertandingan berzanji, walaupun pelajar tersebut tidak berjaya sekurang-kurangnya saya bersyukur dapat memberi sedikit ilmu kepadanya dan menabur bakti utk sekolah saya dahulu...teringat saya zaman2 sekolah mengambil bahagian pada hari puteri dan pertandingan yang saya selalu ambil bahagian, berzanji dan pidato...:)..masa dah berlalu sekarang saya pula menjadi cikgu yang hantar pelajar..:)


Walau apapun...praktikal yang berlalu ni, memberikan saya satu keazaman untuk menjadi guru yang terbaik...seronok mengajar walau ada ketikanya saya rasakan profesion ini sangat2 mencabar dengan generasi-generasi yang moden...aduhai..inilah hakikat yang saya kena hadapi..insyaAllah segalanya dipermudahkan Allah..

p/s Gambar 1 &2 - sewaktu pertandingan perbahasan, anak murid lebih
tinggi daripada cikgu hehehe

Gambar 3 -gambar bersama guru subjek prinsip akaun saya- Cikgu
Faridah, kerana beliaulah saya meminati subjek akaun..:),
orangnya sangat lembut dan baik...:)

2 ulasan:

UMI JAH berkata...

Assalamualaikum huda,

Waa....pandai berzanji ye? Boleh la ajar Khadijah....hihihi...dia teringin sangat belajar berzanji, tapi uminya tak pandai nak ajar.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam...

Kak..

Alhamdulillah kak, takdelah pandai sangat, kak..biasa2 ja...huda pun belaja dengan abah...dari kecik dilatih oleh abah belaja berzanji dan huda belaja ikut kaset yang disimpan sampai sekarang, kat pasaran pun ada kak...
InsyaAllah kalau dekat boleh juga huda tengok2 kan Khadijah untuk belaja berzanji sekadar termampu..:)

Bagus kak, kalau anak-anak minat, susah nak cari budak2 minat ilmu2 begini terutamanya ilmu tarannum..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.