24 Julai, 2008

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian....

Minggu ini, minggu yang benar-benar sibuk untuk diri saya..apa tidaknya saya mengambil giliran untuk bentang ulasan jurnal minggu hadapan sebabnya lepas ni boleh tumpu pada asssignment lain pula...sangat kelam-kabut memilih jurnal yang sesuai yang ada kaitan dengan "accounting theory", semester ini...saya memilih 2 jurnal yang bertajuk "Accounting professionalism- a cultural perspective of developing countries" dan "GAAP choice by European companis"...setelah berbincang dengan pensyarah, dia berminat dengan tajuk pertama..alhamdulillah..tugas saya membaca dan ringkaskan jurnal tersebut...beginilah tugas sebagai pelajar dan bakal guru dan juga bakal ahli akademik...membaca,membaca dan terus membaca untuk menambahkan ilmu...

Pada saya.."berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"...

Itulah peribahasa yang sesuai bagi bakal pendidik mcm saya ini...perlu menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan mudah2han dapat dikongsi bersama-sama pelajar nanti...Saya sangat suka dengan kata-kata Ummu Hani Abu Hassan, seorang penulis tetap di majalah Anis dan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Novel Remaja.

Beliau berkata...
"Buku masih menjadi kunci ilmu, jika tidak membaca , walaupun sudah menjejak menara gading samalah seperti nelayan yang takutkan ombak"

Dalam kesibukan ini, kadang-kala 'tension' menjelma dalam diri...tak cukup tido, kadang-kala tido pun tak lena...tapi terapi yang saya amalkan hingga ke hari ini, setiap kali selepas bersolat, saya pastikan diri membaca Al-Quran..itu sudah menjadi rutin saya sebab bagi saya apabila saya membaca Al-Quran selepas bersolat...segala penat, tension dalam diri hilang...rasa tenang sangat2...mungkin begitulah indah dan cantiknya ayat-ayat Al-Quran sehingga memberi ketenangan kepada pembacanya...;)...

Alhamdulillah Ya Allah...berilah aku ketenangan dan permudahkanlah dalam mengejar ilmu ini...

"Perkataan yang cantik ialah ALLAH,
Lagu yang merdu ialah AZAN,
Enskilopedia yang paling baik ialah AL-QURAN,
Senaman yang baik ialah SOLAT,
Diet yang sempurna ialah PUASA,
Kebersihan yang menyejukkan ialah WUDUK,
Perjalanan yang indah ialah HAJI.."

2 ulasan:

ROS berkata...

Assalamualaikum Huda,

Baguslah Huda kalau berfikiran begitu-bersusah2 dulu bersenang2 kemudian. Membaca jambatan ilmu. Bukankah ayat pertama yang Allah turunkan juga menyuruh Rasulullah membaca? Membaca menambah ilmu dan kefahaman.

"Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang"....terjemahan dari surah ar-Ra'du:28. Kadang2 dengan membaca al-Quran, kita terasa kita sedang bercakap dengan Allah, kadang2 kita dapat jawapan pada persoalan yang kita hadapi, kadang2 kita rasa Allah bagi amaran pada kita, kadang2 kita rasa Allah pujuk kita....subhanallah. Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat paling besar yang Allah pelihara selamanya. Memang sepatutnya, sesibuk mana pun kita, janganlah kita lupa untuk membaca al-Quran serta menghayati dan memahami maknanya.

Selamat berjuang, huda. InsyaAllah, Allah akan beri jika kita berusaha.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Kak..
Mudah2han kak..moga Al-Quran sentiasa di hati, memberi NUR...insyaAllah...
Terima kasih kak..moga2 dalam Allah permudahkan segalanya dalam mengejar ilmu ini..

Terima kasih kak..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.