24 April, 2008

Perginya Insan Berhati Mulia...

Hari ini, saya duduki kertas peperiksaan yang pertama....Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar...semoga seterusnya dipermudahkan Allah S.W.T...insyaAllah..najjah fil imtihan...

Balik dari exam pagi tadi,..saya terasa mahu merehatkan minda….terasa ingin menjenguk2 blog yang amat saya sayangi ini...
Saya meninjau2 blog2 yang lain yang selalu saya kunjungi…saya terjumpa blog pensyarah subjek undang-undang saya masa diploma, PUAN NORAINI ISMAIL..gembira rasa hati…kerana beliau jugalah…saya meminati subjek undang-undang sampai ke hari ini…saya sangat suka dengan cara beliau mengajar…membuatkan saya amat2 faham…terima kasih puan, kerana mengajar saya…

Tiba2 hati terasa ingin melawat blog pensyarah UiTM Segamat, Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob…saya membaca setiap catatannnya hinggalah ke catatan yang bertajuk “Kembalinya Puan Sharifah Mohamed”…..saya terhenti…seakan-akan pernah dengar nama itu…saya baca dan baca…benarlah…rupa-rupanya…Puan Sharifah Mohamed atau di UiTM Johor dulu, kami panggil dengan gelaran “IBU” telah kembali ke Rahmatullah kerana menghidap penyakit barah…Innalillah….mengalir air mata saya sederas…tak tertampung lagi….
Saya amat mengenali Allayarham Puan Sharifah…baru terdetik di hati saya beberapa hari terasa ingin berjumpa allahyarham kerana sudah lama benar tidak berjumpa…

Saya mengenali beliau sewaktu menjawat jawatan Yang Dipertua kolej Nilam UiTM Johor sewaktu saya diploma..saya sering berjumpa beliau berurusan kerana di kolej saya waktu itu terdapat seorang pelajar yang kerap sakit…apabila pelajar tersebut sakit, saya dan kawan2 akan mencari “IBU”…Allayarham sangat baik dan sangat lemah lembut dan seorang yang suka membantu…memang terserlah sikap keibuan…sering memberi kata-kata nasihat kepada para pelajar…Disebabkan kerap berjumpa Allayarham, maka saya mengenali dan rapat dengan Allahyarham…sejak saya sambung belajar di bumi Perak ini, saya jarang ke UiTM Segamat dan terputus hubungan…terasa sedih rasanya kehilangan Allayarham, insan yang berhati mulia…Allah lebih menyayanginya…

Apabila membaca catatan Ustaz Nawawi…begitu sedih…kembali seorang insan yang berhati mulia…segala jasa beliau, membantu saya dan kawan2, amat saya sanjung…
Selepas solat Asar, saya berdoa sambil menitiskan air mata, Semoga Allahyarham Puan Sharifah Mohamed ditempatkan bersama anbia dan syuhada..segala jasa mulia Allahyarham, hanya Allah yang membalasnya…moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya….Aminnn….
Di kejauhan hati ini, saya terasa sangat sedih kehilangan seorang insan yang saya kenali, Puan Sharifah Mohamed…Ku catatkan catatan ini dengan penuh kasih sayang dan hiba di hati…

3 ulasan:

aniisma berkata...

Salam Huda,

Saya masih ingat setiap pelajar saya. Nama je susah nak ingat. Saya akan senang ingat pelajar yang macam Huda, lemah lembut, sopan dan tahu adab berguru. Satu lagi golongan pelajar yang senang nak ingat ialah pelajar yang sering ponteng kelas dan dah nazak nak exam baru datang mencari guru! Huda nampak semakin cantik dan berseri. Apa rahsianya? Bila ke Segamat datang le ke bilik saya. Boleh borak panjang...

Zanariah berkata...

Nurhuda,
yeah, ramai juga rakan yang saya kenali, telah pergi meninggalkan kita. Begitulah lumrahnya, setiap yang hidup, pasti akan meninggalkan. Kenangan yang tinggal janganlah dilupakan.

Good luck in your exams.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummusalam...

PUAN NORAINI..

alhamdulillah..puan ingat lagi kat saya...tu lah dah lama sangat saya tak ke Segamat...teringin sekali pergi ke sana n mungkin boleh berborak panjang..byk juga cerita2 n pengalamn di sini nak dikongsi bersama..Boleh juga minta tips dari puan, nak jadi guru yg baik...:)

Cantik dan berseri?..heheheh...takde apalah puan..biasa ja...saya tetap mcm dulu juga...:)

PUAN ZANARIAH...

insyaAllah...setiap yang hidup pasti akan pergi...giliran kita entah bila pula..bila seorang demi seorang org yang saya kenal pergi meninggalkan alam ini, terasa juga mcm hampir ke alam sana...cuma masa dan waktu ja...setiap itu, memberi peringatan kepada kita bahawa sebenarnya masih byk lagi amalan yang perlu kita lakukan...

Sudah tentu kenangan bersama-sama mereka yang telah pergi akan saya sematkan dan selalu titipkan doa untuk mereka...juga buat guru-guru dan rakan-rakan yang telah meniggalkan dunia ini...

Terima kasih puan..moga2 najjah fil imtihan...insyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.