11 April, 2008

Tersentuh Hati Ini...

Baru-baru ni, masa kelas Business Communication. Kelas terakhir untuk semester ni, lecturer saya ada bercerita satu kisah yang agak menyentuh perasaan...timbul rasa kasihan yang amat sangat..

Lecturer saya memulakan cerita..ada seorang pelajar di sebuah sekolah, budak tersebut selalu datang lambat ke sekolah dan menyebabkan dia selalu dirotan oleh guru disiplin...Apabila ditanya, beliau tidak menjawab. Hari berikutnya begitu juga, dia dirotan oleh guru tersebut. Dan apabila ditanya seperti biasa dia tidak mahu berkata-kata apa-apa....Begitulah hari-hari berikutnya..sehinggakan cikgu tersebut berasa pelik, kenapa dia tidak menjawab sebab kenapa dia datang lewat dan sanggup dirotan..
Pada suatu hari, guru tersebut pergi ke rumah pelajar tersebut tetapi bersembunyi di sebalik semak di situ. Hari tersebut hari persekolahan. Jam menunjukkan pukul 1 ptg, sepatutnya budak tersebut sudah keluar rumah untuk ke sekolah tetapi dia tidak muncul...
Tiba-tiba guru tersebut ternampak ada seorang budak, berlari-lari pulang ke rumah tersebut dengan berpakaian sekolah dan yang pasti budak tersebut bukan pelajar terbabit...Selang beberapa minit, kelihatan pelajar tersebut keluar dan terus berlari ke sekolah...

Guru tersebut sungguh pelik dan pergi ke rumah pelajar terbabit untuk mendapat kepastian...Apa yang menyedihkan rupa-rupanya pelajar tersebut mempunyai hanya SEPASANG BAJU SEKOLAH yang dikongsi bersama adiknya. Adiknya akan pakai baju pada waktu persekolahan sebelah pagi, maka sebelah petang pelajar tersebut pula akan memakai baju yang sama...Kerana kemiskinan, mereka terpaksa berkongsi sepasang baju ke sekolah..dan sebab itulah dia lewat ke sekolah...

Tersentuh hati saya apabila mendengar cerita ini,hampir menitiskan airmata...sedihh...betapa ada anak-anak yang masih memerlukan pertolongan...sebagai seorang bakal guru, saya merasakan tanggungjawab sungguh berat, guru bukan saja seorang pendidik bahkan seorang yang boleh memberi motivasi, peka akan kebajikan pelajar...

Untuk remaja hari ini, ingatlah bahawa kita diberi kemewahan oleh ibu dan bapa, apabila inginkan sesuatu, kita akan dapat..cuba kita fikir, ada insan yang masih memerlukan pertolongan kita....

Cuba kita renung-renungkan kisah ini...semoga cerita ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita...mudah-mudahan Allah memberkati kita di dunia dan akhirat...AMINN....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.