17 Jun, 2008

Hari Indah...

Hari ini, hari ketiga saya praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, saya bersekolah di sini daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Rasa seronok sangat sebab saya dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya..Setibanya saya sampai di sekolah pukul 7 pagi..Saya berjumpa dengan beberapa orang guru yang pernah mengajar saya..Alhamdulillah guru-guru saya masih mengenali saya..Saya diperkenalkan di perhimpunan oleh Puan Pengetua, apabila cikgu-cikgu mendengar nama saya, dan saya diminta untuk berdiri memperkenalkan diri, dan nama saya disebut oleh puan pengetua ”Cikgu praktikal yang baru selama 2 minggu ialah Cik Nurhuda Md Tahir”, ada cikgu yang berkata ” Eh betul ker anak murid kita, anak ustaz Tahir, bila berdiri muka lain pulak”..emm...tetapi apabila saya berjumpa dengan mereka, rupanya betul saya...mungkin dulu zaman2 sekolah...dan sekarang mungkin ada perubahan...Alhamdulillah setakat ini tiada masalah...Cikgu-cikgu sangat baik seklai..
Cuma hari pertama, saya ditugaskan menjadi guru ganti bahasa arab, saya tidak mengajar sekadar menyuruh mereka menghafal perkataan2 bahasa arab dan tugasan yang diberikan oleh guru mereka, emm..dah banyak saya lupa perkataan arab hehehehe....

Walau apapun...memang banyak perbezaan murid-murid dulu dan sekarang..saya meninggal sekolah pada tahun 2000 iaitu 8 tahun yang lalu..zaman saya dahulu, waktu hampir2 peperiksaan semua sibuk ulang kaji pelajaran. Apabila takde cikgu, mesti ualngkaji pelajaran dan cikgu-cikgu cukup dihormati. Tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini, mereka lebih gemar bersembang dan yang lebih dahsyat cikgu-cikgu kurang dihormati...aduhai...anak-anak generasi zaman ini...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.