29 Mei, 2008

Di Mana Silapnya..

Baru-baru ini, semasa berbual-bual dengan maksu, dia ada bercerita…ada di kalangan anak-anak muridnya di sekolah yang tidak solat di rumah. Apabila di tanya ibu bapa mereka juga tidak menunaikan solat di rumah. Maksu bercerita lagi...Guru besar di sekolahnya ada menasihatkan pelajar-pelajar tersebut, guru besar itu mengatakan bahawa anak-anak sepatutnya menunaikan solat walaupun ibu bapa tidak solat kerana anak-anak sudah besar dan dah belajar di sekolah cara-cara bersolat, dosa dan pahala, oleh itu, anak-anak boleh menilai sendiri mana yang baik dan yang buruk.

Saya merenung kata-kata guru besar tersebut..memang ada kebenarannya. Ibu bapa menghantar anak-anak di sekolah dan mereka diajar pelbagai ilmu termasuk dalam hal-hal bersolat. Jadi saya berpendapat pelajar-pelajar seharusnya sudah mengetahui apa yang terbaik dalam hidupnya. Pelajar-pelajar sendiri boleh menunaikan solat dan inilah masanya mereka sebagai anak boleh mengajak ibu bapa menunaikan solat dan membuat perkara-perkara kebaikan.

Ilmu agama yang anak-anak belajar di sekolah boleh dikongsi bersama-sama ibu bapa di rumah. Tidak semestinya ibu bapa jahil, anak-anak juga akan menjadi jahil, tidak semestinya ibu bapa penjenayah, anak-anak juga akan menjadi penjenayah dan tidak semestinya ibu bapa seorang alim, anak-anak juga akan menjadi seorang alim.. Jangan jadikan ibu bapa tidak solat sebagai alasan untuk anak-anak juga tidak bersolat. Apa yang penting, diri kita sendiri yang perlu mengubah segala-galanya, diri anak-anak itu sendiri yang perlu memikirkan apa yang terbaik dan memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk. Untuk menjadi yang terbaik, anak-anak yang boleh berfikir, perlu mengubah sesuatu menjadi yang terbaik. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya kecuali diri kita sendiri.

Sedikit renungan dari saya yang serba kekurangan..mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya..insyaAllah...

Anak-anak Anugerah Allah..

Zaman yang serba mencabar ini, banyak sangat kes penceraian yang berleluasa dan kadang kala seakan-akan ia menjadi wabak yang dahsyat. Kerana itu, saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit pendapat saya.
Ada di antara usia perkahwinan baru mencecah 3 bulan, pasangan sudah tidak sehaluan dan memfailkan kes penceraian di mahkamah. Apakah pada hari ini, manusia menjadikan perkahwinan sebagai bahan mainan. Ini yang membuatkan saya berasa sangat takut melihatkan fenomena yang semakin menular dalam masyarkat kita hari ini.

Ada pula yang sudah berkahwin 10 tahun tapi berakhir dengan penceraian. Di manakah silapnya….apa yang cukup membimbangkan saya ialah kasih sayang anak-anak. Dalam kes penceraian sebegini, anak-anaklah yang menjadi mangsa keadaan. Anak- anak tidak mengerti apa-apa dan masih memerlukan kasih sayang ibu dan ayah terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar diterima. Anak-anak adalah anugerah Allah S.W.T yang cukup bernilai. Anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua ibu bapa. Apakah mereka tidak memikirkan anak-anak yang memerlukan belaian kasih sayang ibu dan ayah. Saya sendiri berasa sungguh sedih melihat keadaan sedemikian.

Tidakkah mereka ketahui bahawa anak-anak adalah perhiasan kehidupan sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 46, yang bermaksud “Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia…” Menurut Muhammad Thalib (1997) dalam bukunya yang bertajuk “20 Sifat Fitrah Ibu Bapa” ada menyebut maksud ‘perhiasan’ tersebut ialah Allah menggunakan kata-kata ‘perhiasan’ untuk menggambarkan keadaan anak-anak bagi kedua ibu bapanya. Anak, Allah samakan nilainya sebagai perhiasan bagi kedua ibu dan bapanya. Pasangan suami isteri yang memperolehi anak dari Allah merasa bangga, senang, penghargaan dan hiburan dalam rumahtangga.
Tetapi dalam kes-kes penceraian seperti sekarang adakah mereka berasa bangga dan bersyukur dengan kurniaan anak oleh Allah S.W.T.

Kebanyakan anak-anak yang menjadi mangsa dalam kemelut penceraian ini, kurang mendapat kasih sayang. Apa yang terjadi seterusnya mereka terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Remaja-remaja seperti ini, tidak dapat mengawal perlakuan mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Maka akan hilanglah generasi pewaris bangsa, hilangkah bakal pemimpin yang bakal memimpin negara. Kejatuhan institusi keluarga akan menyebabkan terjadi gejala sosial yang semakin menular.

Apa yang saya coretkan di sini, untuk melahirkan rasa kebimbangan saya dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar terutama dalam mendidik anak-anak. Walau apapun, keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah kunci segala-galanya. Allah memberi kita akal untuk kita berfikir dengan sebaik-baiknya. Dalam setiap masalah ada penyelesaiannya, apa yang penting dekatkankan diri kita dengan Allah, moga-moga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua. Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa....ingatlah anak-anak adalah harta yang cukup bernilai...ingatlah tanggungjawab yang Allah berikan supaya mendidik anak-anak dengan sempurna dan berakhlak mulia...

23 Mei, 2008

Syahid Selepas Mengucap Syahadah

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinay sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.


Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang heran melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."

Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda,, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

15 Mei, 2008

GURU..Kaulah Menyinari Alam...

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan bakal guru-guru di Malaysia…
Nukilan ini, saya coretkan dengan penuh rasa kasih dan sayang saya kepada semua guru-guru saya……
Sedikit coretan untuk melahirkan rasa terima kasih saya pada guru-guru kepada saya selama ini dan merekalah sumber inspirasi saya untuk menjadi pendidik yang berjaya suatu hari nanti.
Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi, semuanya bermula dengan guru yang mengajar dan mendidik anak-anak bangsa supaya berjaya dengan cemerlang.
Bagi saya, guru adalah orang yang tidak harus dilupakan dan harus dihargai walaupun mereka ikhlas mengajar kita tanpa meminta balasan. Bagi guru, kejayaan anak-anak didiknya sudah cukup menghilangkan penat lelah mengajar mereka.

Tiba-tiba hati saya sayu bila mengenangkan betapa susahnya guru-guru mendidik anak-anak bangsa menjadi insan berguna. Benar kata Usman Awang, segalanya bermula dengan guru. Kala ini, saya bakal bergelar guru, saya seakan rasa gembira dan terharu apabila ada anak-anak murid yang hanya saya ajar selama dua minggu semasa menjalani praktikal di sekolah, menegur saya dan memanggil dengan gelaran guru dan mengingati saya. Di hati saya terdetik, mungkin beginilah perasaan guru-guru saya apabila saya masih mengingati mereka. Betapa gembiranya mereka apabila saya mengingati mereka apatah lagi mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Guru”. ….

Falsafah Pendidikan Guru Malaysia ada menyebut
“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisipin”

Menurut Amir Hasan Dawi dalam bukunya yang bertajuk Penteorian Sosiologi dan Penddikan (2002), Profesionalisme guru tidak mudah diukur dengan ganjaran kewangan semata-mata tetapi lebih penting untuk melihat fungsi dan peranan mereka. Guru adalah pendidik, guru adalah agen perubahan, guru mencelikkan insane. Tugas guru dianggap mulia melampaui ukura duniawi.

Semalam saya terbaca artikel dalam majalah Dewan Siswa keluaran Mei 2008, saya terbaca sepotong ayat yang berbunyi;
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
“Andai ditimbang tinta pena para guru dengan darah para syuhada, maka lebih berat pahala guru daripada pahala para syuhada. Barang siapa yang menziarahi seorang guru maka seolah-olah dia menziarahiku dan barang siapa yang berjabat tangan denga guru, maka seolah-olah dia berjabat tangan denganku”

Begitulah mulianya seorang guru.....

Terima kasih kepada bonda dan ayahanda kerana menjadi guru yang terbaik buat saya dan mendorong saya untuk menjadi seorang guru..sesungguhnya saya mencintai kerjaya guru yang sangat mulia mendidik anak-anak bangsa... saya berdoa supaya saya ikhlas dan tabah mendidik anak-anak bangsa tanpa jemu....Ikhlaskanlah hati saya, moga-moga bakal anak-anak didik saya menjadi manusia yang berguna dan berakhlak mulia...insyaAllah...

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru saya...Jasa kalian hanya Allah yang membalasnya....saya sangat menghargai dan tidak akan saya lupakan selagi hayat dikandung badan...

Guru-guru di Sekolah Rendah Andek Mori, Pontian , Johor:
- Cikgu Jamal, Cikgu Ishak, Cikgu Fatonah, Cikgu Maria, Cikgu Mazlan, Cikgu Aida, Cikgu Ariffin, Arwah Cikgu Karim, Arwah Cikgu Amran

Guru-guru di Sekolah Agama Serkat dan Darjah Khas.
- Ayahanda saya, Cikgu Md Tahir, Cikgu Siti Norliah, Cikgu Julaikha, Cikgu Zaleha, Cikgu Mad, Cikgu Muntaha, Cikgu Ali, Cikgu Rabiah, Cikgu Zaiton, Cikgu Asmah

Guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Kukup, Pontian, Johor:
- Cikgu Malik, Cikgu Salamah, Cikgu Zarina, Cikgu Sadek, Cikgu Ishak, Cikgu Faridah, Cikgu Nasir, Arwah Cikgu Norhayati, Cikgu Wan Maimunah, Cikgu Loh, Cikgu Azman, Cikgu Rafi, Cikgu Hidayah Lim, Cikgu Hamidon, Cikgu Rahmat, Cikgu Katni, Cikgu Hawa.

Pensyarah-pensyarah di UiTm Segamat:
- Encik Khairul Anuar, Puan Wan Adibah, Puan Musmailina, Puan Balkish, Puan Noraini Ismail, Encik Halim Kadri, Encik Halim Suhaimi, Encik Ros Hasri, Encik Ikram, Puan Nini Suhana, Puan Norfiza Othman, Encik Johari, Puan Zaini, Cik Nadzirah, Ustaz Halim, Encik Bahrin

Pensyarah-pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) :
- Encik Shahrul Effendy Janudin, Puan Hazianti, Puan Azita, Puan Suzyanty, Puan Norhanie, Puan Normala, Encik Yahya, Encik Mad Ithnin, Encik Fidlizan, Encik Samri, Dr Norlia, Dr Khalid, Encik Asmawi, Encik Ahmad Mahmood, Miss Fairus, Encik Fuad, Puan Rusliza, Puan Emilda, Puan Hazalizah, Dr Kadir

TERIMA KASIH SEMUA GURU-GURUKU..KALIAN ADALAH SUMBER INSPIRASI KU..SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBALAS JASA KALIAN...
KALIAN LAH SEGALA-GALANYA BUAT KU.......DOAKU SENTIASA MENGIRINGIMU SETIAP WAKTU DAN KETIKA....DOAKAN KEJAYAAN ANAK DIDIKMU INI...SEMOGA DIRI INI DAPAT MENGIKUT JEJAK LANGKAH KALIAN....AMINN.......

YA ALLAH...
KAU AMPUNILAH DOSA GURU-GURUKU....
BERILAH MEREKA KEKUATAN DAN KETABAHAN DALAM MENEMPUH HIDUP INI..
BERILAH MEREKA KESABARAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSA.....

YA ALLAH..
AKU MEMOHON KEPADAMU...SEMOGA AKU SENTIASA MENGINGATI SEMUA GURU-GURU KU HINGGA KE AKHIR HAYAT....DAN AKU MEMOHON KEPADAMU SUPAYA AKU TIDAK PERNAH LUPA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SEMUA GURU-GURU KU....

YA ALLAH....
JASA MEREKA HANYA ENGKAU SAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA...
BERKATILAH MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT....BERILAH MEREKA KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT....
AKU BERSYUKUR KEPAMU ATAS SEGALA-GALANYA ..YA ALLAH......
AMINN.....................

TERIMA KASIH GURU.............................

12 Mei, 2008

Selamat Hari Lahir Maksu....

Selamat Hari Lahir buat Maksu yang disayangi yang bernama Helmehusnarita binti Hussin..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan mudah-mudahan cepat bertemu jodoh hehehe...

Maksu saya seorang guru dan sangat baik dan penyabar orangnya...dan maksu juga terlalu ambil berat hal keluarga dan sekarang dia tengah menyiapkan tesis untuk semester akhir di OUM...Pada saya, Maksu adalah orang yang terbaik..:)..Walau pun Maksu adalah adik bongsu mak saya, tapi saya dan dia mcm seorang kakak dan adik..kami rapat..kami selalu berkongsi cerita...apa saja rahsia saya, dia akan tahu..:)

Sempena hari lahir Maksu kali ni..dapatlah saya buatkan Maksu kek coklat...sebenarnya kek ni nak buat kejutan tapi ada pulak yang terpecahkan rahsia hehehe....tapi Maksu ingat kek kukus biasa..tapi alhamdulillah saya dapat buatkan keknya...saya tak pandai menghias kek sebab tak kreatif...tapi nilah sekadar termampu yang saya dapat buat..kena menuntut ilmu buat kek lagi ni heheheh....


Akhirnya inilah Kek Coklat Kukus untuk Maksu.....


Selamat Hari Lahir Maksu Tersayang.........:)


p/s Gambar di atas tu gambar Maksu (Tudung pink bercermin mata) dan adik saya, Yati(di sebelah Maksu)

11 Mei, 2008

Selamat Hari Ibu....

Selamat Hari Ibu...
Buat Bonda saya..Khatijah Binti Hussin...
Segala jasamu tak terbalas oleh ku....
Selama sembilan bulan dirimu mengandungkan ku, mendidik diriku dan adik agar menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti...
Dirimu terlalu istimewa buat diriku...
Kaulah segala-galanya, tanpamu hidupku dalam kegelapan...
Anakmu ini akan sentiasa mendoakanmu...
Doakan kami menjadi anak-anak yang solehah...
Yang sentiasa taat dan berbakti pada ayahanda dan bonda..
Semoga ibu berbahagia di dunia dan di akhirat...
Sayang bonda......Kaulah segala-galanya...
Akhir sekali..selamat hari ibu kepada ibu-ibu di Malaysia...semoga jasa kalian mendidik anak-anak hanya Allah S.W.T yang membalasnya....Aminn...
Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
Ammi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Walaupun ummi letih
Mengasuh kami ini
Namun masih tersenyum
Menyejukkan hati
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Bila pulang sekolah
Ummi sambut kami
Sembahyang sama ummi
Alhamdulillah
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Ummi ku sayang kaulah serikandi
Berkorban selalu untuk kami
Ummi ku sayang kau ibu mithali
Semoga ALLAH kan berkati
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Memancar sang suria
Menyinar cahaya nya
Begitulah berseri
Wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang

Nyanyian Kumpulan FarEast -- Hanya Untukmu :

Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata
Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna
Kuingin membalas jasamu selama ini
Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana
c/o
Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa
Kasihmu ibu pengubat diriku
Sepenuh hatiku hanyalah untukmu

09 Mei, 2008

Cuti Semester Dah Bermula..

Assalamualaikum..

Lama sungguh saya tidak ‘up date’ blog..almaklumlah sibuk dengan exam..dan akhirnya tepat pukul 5.30 petang tadi..saya telah berjaya menamatkan peperiksaan akhir semester ini..usaha telah dilakukan..yang penting sekarang adalah banyak-banyak berdoa dan tawakal pada Allah S.W.T.. dan yang pastinya hari ini, Sabtu (10 Mei)..saya tak sabar menanti kedatangan bonda dan ayahanda tercinta untuk datang menjemput saya pulang ke kampong…tersangat2 rindu pada mereka…dan yang paling seronoknya cuti ini, saya boleh meneruskan hobi membaca saya..hehehehe…banyak buku yang saya beli tapi masih belum berkesempatan untuk membacanya..insyaAllah cuti yang ada ini , akan saya manfaatkannya untuk menambahkan ilmu..

Saya berdoa agar cuti kali ini, saya akan manfaatkan sebaiknya bersama-sama keluarga tercinta.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.