31 Mac, 2008

Seminar Cabaran & Masa Depan Profesion Keguruan 2008

Hari Sabtu lepas (29 Mac 2008), saya menghadiri seminar yang bertajuk "Cabaran & Masa Depan Profesion Keguruan 2008"..Pada awalnya saya tidak mahu pergi sebab tak larat kerana saya demam. Walau bagaimanapun dilihatkan seminar ni sangat menarik dan penceramah2nya hebat2 belaka, teruja rasanya untuk menghadirinya..Digagahkan juga untuk pergi bersama 3 orang kawan..
Emm..nilah saya dan rakan2..muka saya yang nampak ceria tapi dalam dewan asyik nak bersin..:(
Alhamdulillah banyak info yang kami dapat.
Pembentangan pertama oleh En Kuna Cegeram A/L T.Tanimala. Beliau merupakan Timbalan Setiausaha Agung NUTP. NUTP ialah singkatan bagi "NATIONAL UNION TEACHING PROFESION". Beliau memberitahu bahawa NUTP bukan persatuan tetapi adalah Kesatuan sekerja yang membantu para ahli yang terdiri daripada guru-guru di seluruh Malaysia. Antara objektif NUTP ialah perjuangan hak guru dan beri perkhidmatan cemerlang. Kami selaku bakal-bakal guru disarankan agar menjadi ahli NUTP apabila mula berkhidmat nanti.
Pembentangan kedua oleh Dato' Dr. Hjh Wan Chik Rahmah bt Wan Din. Beliau merupakan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Ceramah beliau bertajuk " Cabaran Dalam Temuduga Guru". Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam temuduga guru-guru untuk dimasukkan menjadi kakitangan awam. Percaya atau tidak umur beliau sudah 61 tahun tetapi nampak muda dan wajah keibuan. Selain itu beliau juga merupakan bekas guru, pengetua maktab. Beliau memberitahu kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam temuduga iaitu tertiba semasa komunikasi, penampilan diri, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan am dan isu semasa. Beliau sangat menekankan pengetahuan isu semasa kerana menurut beliau pengetahuan semasa amat penting untuk menjadi guru-guru dapat menghadapi cabaran masa kini.

Pembentanga yang ketiga oleh En Abd Rahim Osman. Beliau merupakan Pen. Pengarah Bahagian Sekolah KPM. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Kerjaya Guru: Peluang Penempatan di Sekolah". Emm...seperti biasa inilah isu yang hangat yang ditunggu2 oleh semua pelajar. Bertalu2 soalan pasal isu posting ni. Walau bagaimanapun, beliau berkata insyaAllah semua bakal2 guru akan ditempatkan di sekolah..dan dialu2kan kepada sesiapa yang berminat ingin mengajar di Sabah dan Sarawak..Elaun yang tinggi...
Walau apa2pun pada saya...bukan elaun yang penting tetapi kesediaan kita untuk berkhidmat untuk anak bangsa walau di mana di tempatkan..itu yang penting..berkhidmat kerana agama , bangsa dan negara..
Alhamdulillah...byk input yang diperolehi..sebenarnya seminar ni sampai ke petang dan sampai sesi keempat tapi saya dah tak tahan demam, lalu saya pun balik..apa2 pun ketiga2 sesi ini, sangat memberi ilmu yang baru pada saya..terima kasih pada pihak penganjur...:)

28 Mac, 2008

Balasan Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. Marilah kita mengambil pengajaran daripada cerita ini..

26 Mac, 2008

Gulai Nenas Ikan Sepat Masin


GULAI NENAS IKAN SEPAT MASIN
Sumber : Chetam.blogspot

Cuti di kampung baru-baru ni, saya berkesempatan masak gulai nenas ikan sepat masin ni untuk family di rumah.
Untuk tatapan semua, sempatlah saya mengambil gambar gulai yang dah siap hehehe...
Terima kasih Chetam..Suka sangat resepi ni..heheheh

Bahan-bahannya:
8 ekor ikan sepat masin
1/2 biji nenas, dipotong lebar-lebar
Segenggam daun kesum
3 helai daun limau purut
Santan dari sebiji kelapa
Jus dari 2 biji limau nipis
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Untuk dikisar halus:
8 biji cili merah atau lebih
2 batang serai1 cm lengkuas
3 urat daun ketumbar
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
2 camca kecil belacan
8 biji bawang merah

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi
.2. Masukkan santan dan didihkan.
Setelah mendidih, masukkan ikan sepat, nenas dan juga daun limau purut. Masak selama 15 minit lagi.
3. Sebelum disajikan masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa.
p/s: Saya ubah sikit resepi, saya goreng dulu ikan sepat masin tu supaya tak lembik sangat bila masak.
Selamat Mencuba...:)

23 Mac, 2008

Balik Kampung...


Assalamualaikum...
Lama tak menulis di sini...
Saya baru balik dari kampung..seronok rasanya walaupun balik tak lama cuma beberapa hari tapi sudah cukup melepaskan kerinduan pada keluarga di kampung...


Apa yang menariknya..balik kampung kali ini, dapat makan buah jambu..seingat saya, pokok jambu tu dari saya kecik lagi dah ada...nenek yang tanam..warnanya yang merah...emmm..sedap...makan dengan kicap+cili padi+gula..wahh..sungguh menyelerakan...

Pokoknya rendah ja tapi buahnya sangat lebat..emm..saya tak dapat ambil gambar pokoknya sebab hari hujan..jadi untuk tatapan semua...saya masukkan gmbar buah jambu yang sedap ni..
Sesiapa yang teringin.jomlah datang rumah saya..heheheh....:)

21 Mac, 2008

Senarai Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
sumber:http://www.uitm.edu.my/pewani/tips_3.html.htm

20 Mac, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429H

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2008 bersamaan 12 Rabiul Awal 1429H..

Contohilah Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya baginda adalah contoh yang terbaik untuk seluruh ummah..Berzikir dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita diberkati Allah S.W.T.

Sayangilah dan cintailah Rasulullah S.A.W...

14 Mac, 2008

Tazkirah Jumaat...Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Sama-samalah kita amalkannya..insyaAllah...

13 Mac, 2008

Yusuf Estes Terima Hidayah..

Artikel ini dipetik daripada akhbar tempatan yang masih dalam simpanan saya...
Saya masukkan di blog sebagai cerita pedoman buat kita semua...

HIDAYAH datang tanpa disangka. Walau sehebat mana sekalipun menangkis, namun atas kehendak Allah s.w.t., maka kita akan menerimanya dengan hati yang reda. Begitulah yang melanda kehidupan seorang paderi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes hingga beliau menerima Islam sebagai pengabadian hidup.

“Ramai orang bertanya kepada saya, bagaimana pengkhutbah atau paderi boleh memeluk Islam terutamanya setelah mengetahui semua perkara negatif mengenai Islam hampir setiap hari. Bagaimanapun, saya menyifatkan pengislaman ini sebagai perkara yang cukup berharga setelah menerima hidayah Allah s.w.t,” ujarnya yang merupakan paderi tentera di Penjara Awam AS.
Yusuf Estes dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat pegangan Kristian di Midwest. Keluarganya bukan sahaja membina gereja dan sekolah tetapi merupakan orang pertama yang meneroka kawasan tersebut. Beliau masih berada di sekolah rendah semasa ditempatkan di Houston, Texas pada 1949.

“Saya selalu mengikut keluarga ke gereja dan dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas. Sebagai remaja, minat untuk mengunjungi gereja-gereja lain dan mendalami ajaran dan kepercayaan Kristian semakin bercambah.

“Pada masa yang sama, saya turut berminat mengkaji agama lain termasuklah Hindu, Yahudi, Buddha, Metafizik dan kepercayaan asal orang Amerika. Tetapi entah kenapa, saya tidak mengkaji Islam secara serius berbanding agama-agama tersebut,” ceritanya mengimbas kenangan yang membawanya mengenali agama Islam.

Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat pada agama, sedikit sebanyak membuatkan Yusuf cenderung kepada genre muzik Gospel dan klasik. Akhirnya, beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan muzik dan agama.
Bakatnya itu membawa beliau dilantik sebagai paderi muzik di beberapa buah gereja dan kemudiannya mula mengajar keyboard pada 1960. Beliau berjaya memiliki studionya sendiri pada 1963 dengan nama Studio Muzik Estes di Laurel, Maryland.

Selama 30 tahun, beliau dan ayahnya bergandingan menguruskan projek perniagaan yang berasaskan hiburan dan persembahan. Beliau turut membuka stor piano dan organ dari Texas dan Oklahoma hingga ke Florida. Akui Yusuf, bisnesnya amat menguntungkan tetapi beliau tidak menemui ketenangan jiwa.

Namun pada 1991 ketika berumur 54 tahun, beliau menemui bahawa kepercayaan mengenai agama Islam terkandung di dalam kitab Injil. Baginya, ini adalah sesuatu yang melampau dan di luar dugaan terutama apabila beliau mendapati pembawa kitab Injil yang digunakan untuk mengembara seluruh dunia terlalu membenci Islam.

Menurut Yusuf, ayahnya bergiat aktif dengan menyokong aktiviti gereja terutama program sekolah di gereja dan ditahbiskan sebagai paderi pada 1970. Kemudian ayah dan ibu tirinya mengenali banyak paderi dan mengunjungi Oral Roberts dan membantu dalam pembinaan Prayer Tower di Tulsa. Mereka juga adalah penyokong kuat Jimmy Swaggart, Jim dan Tammy Fae Bakker, Jerry Fallwell, John Haggi termasuklah musuh ketat bagi orang Islam, Pat Robertson.

“Mereka turut menerbitkan kaset puji-pujian dan mengedarkannya secara percuma ke beberapa rumah warga tua dan hospital. Pada 1991 juga, beliau memulakan bisnes dengan seorang lelaki yang berasal dari Mesir. Ayah mahu saya berjumpa dengannya.
“Dalam kepala, saya terbayangkan tentang piramid, Sungai Nil dan segala keindahan yang terdapat di Mesir. Tetapi, setelah ayah memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah Islam, hati saya tersentak. Bagaimana ayah boleh mempercayai individu yang menganut agama yang menyuruh umatnya menjadi pengganas dan pengebom berani mati? Saya tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini hanya kerana dia adalah Muslim!” kata Yusuf.

Bagaimanapun ayahnya tetap memaksa beliau berjumpa dengan lelaki itu yang bernama Mohamed Abel Rehman dengan menyifatkannya seorang lelaki yang baik. Apabila menemuinya, Yusuf amat terkejut kerana penampilan Mohamed jauh meleset daripada sangkaannya.
“Saya selalu mengandaikan bahawa lelaki Islam mestilah berjanggut dan memakai serban di atas kepalanya tetapi penampilannya jauh berbeza. Dia amat ramah dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun begitu, saya berpendapat, dia perlu diselamatkan,” cerita Yusuf mengenai pertemuannya dengan lelaki tersebut.

Kesempatan bertemu dengan Mohamed, Yusuf mengajukan beberapa soalan berkaitan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka kemudiannya berbual panjang dan mendapati Mohamed sangat mesra dan tidak menyampuk semasa Yusuf bercakap. Oleh itu, beliau berpendapat, yang Mohamed akan menjadi penganut Kristian yang baik.
Buat pertama kalinya, beliau bersetuju dengan pandangan ayahnya yang mahu melakukan urusan bisnes dengan lelaki yang berasal dari Mesir itu dan bercadang mengajaknya untuk mengikuti trip perniagaan ke Texas.

Peluang untuk menarik Mohamed kepada agama Kristian terbuka luas apabila Mohamed ingin berpindah keluar daripada rumah yang didudukinya dan bercadang tinggal di masjid buat sementara waktu. Yusuf memohon kebenaran dari ayahnya agar Mohamed tinggal di rumahnya supaya dapat menguruskan perniagaan dengan lancar.

Kesibukan dengan perniagaan tidak menghalang Yusuf menziarah rakan-rakan paderinya yang menetap sekitar Texas termasuklah salah seorang rakannya yang dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung. Beliau membawa Mohamed melawat rakannya yang terlantar sakit itu dengan harapan dapat berkongsi pandangan mengenai agama. Tetapi rakannya tidak berminat mengenai Islam.

Bagaimanapun suatu hari, Yusuf didatangi seorang lelaki yang berkerusi roda dan merupakan teman sebilik rakannya. Melihat keadaan dan sikapnya, beliau dapat mengagak bahawa lelaki tersebut dalam kesunyian dan memerlukan seseorang untuk membantunya.
“Saya pergi kepadanya dan berkongsi cerita mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan paus dan tenggelam di laut tetapi tiga hari kemudian, Nabi Yunus timbul semula dan kembali ke bandarnya dengan selamat. Pengajaran daripada kisah di atas ialah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

“Selepas berkongsi cerita dengannya, lelaki itu memandang saya dan memohon maaf di atas sikapnya yang kurang sopan dan pernah berhadapan dengan masalah serius beberapa tahun lalu. Kemudian dia ingin membuat pengakuan tetapi saya bukan paderi Katolik.
“Saya terperanjat apabila lelaki itu mengaku bahawa dia adalah paderi Katolik yang dikenali sebagai Father Peter Jacob. Saya memanggilnya Pete. Dia kemudiannya berkongsi kisah hidupnya dengan saya semasa menjadi mubaligh Kristian selama 12 tahun ke serata AS dan Mexico.

Apabila dia dibenarkan keluar daripada hospital, saya mengajaknya tinggal bersama kami. Pete turut menceritakan bahawa paderi Katolik turut mendalami Islam dan ada sebahagiannya memiliki Doktor Falsafah dalam bidang berkenaan,” ceritanya panjang lebar.
Sejak Pete tinggal bersama mereka, Yusuf dan keluarganya membincangkan mengenai Kristian sewaktu makan malam sebagai usaha untuk menarik Mohamed kepada agama tersebut. Yusuf juga menyoal Mohamed mengenai jumlah versi al-Quran yang diturunkan sejak 1,400 tahun lalu. Mohamed menyatakan bahawa hanya ada satu sahaja al-Quran dan tidak ada versi yang lain. Malah al-Quran adalah kitab panduan yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas melalui banyak perbincangan mengenai agama, Pete berminat mengikut Mohamed ke masjid semata-mata ingin melihat aktiviti di sana. Mereka pulang awal dan Pete memberitahu Yusuf, tidak ada apa yang istimewa melainkan jemaah mendirikan sembahyang di masjid dan pulang ke rumah setelah selesai. Namun, beberapa hari kemudian, Pete menyatakan hasrat yang serupa.

“Hari sudah larut malam tetapi mereka masih belum balik. Akhirnya setelah lama menunggu saya terdengar ketukan di pintu dan sebaik membukanya, saya terkejut melihat lelaki di sebelah Mohamed yang memakai jubah dan ketayap berwarna putih dan amat mengenalinya. Rupanya lelaki itu ialah Pete! Oh Tuhan, saya memang terkejut bagaimana Pete boleh tertarik kepada Islam,” ujar Yusuf tentang perubahan yang berlaku ke atas Pete.
Yusuf yang tidak berpuas hati mendapatkan isterinya untuk bertanyakan hal tersebut. Tambah mengejutkan apabila isterinya turut tertarik dengan Islam kerana di situ terletak kebenaran yang dicari-carinya sekian lama. Untuk mendapatkan kepastian, beliau mendapatkan Mohamed dan mengajaknya berbincang di luar.

“Kami keluar berjalan dan bercakap sepanjang malam hinggalah tiba waktu bagi Mohamed untuk mendirikan solat Subuh. Ketika itu, saya tahu yang kebenaran sudah tiba akhirnya dan kini adalah masanya untuk saya memainkan peranan.

“Saya pergi ke bahagian belakang rumah dan mendapatkan papan lapis dan bersujud di atasnya seperti orang Islam bersembahyang. Saya kemudiannya berdoa, ‘Ya tuhanku, sekiranya engkau ada, berikanlah aku panduan.’ Apabila saya mengangkat kepala, hati saya mula terdetik sesuatu. Tiada pari-pari atau burung berterbangan di langit atau bunyi muzik tetapi, saya sedar ada sesuatu telah berubah,” jelasnya. Yusuf kemudiannya naik dan mandi dengan harapan membersihkan diri daripada segala dosa yang membelenggu hidup saya selama ini. Saya seolah-olah memulakan hidup baru yang berpaksikan pada kebenaran Islam.

Tanpa menunggu masa yang lama, pada pukul 11 pagi itu juga, Yusuf melafazkan dua kalimah syahadat dengan bersaksikan Pete dan Mohamed. Malah, isterinya turut mengikut jejak yang sama. Selang beberapa bulan, ayahnya juga memilih untuk memeluk agama Islam. Yusuf tidak dapat membayangkan betapa indahnya, saat-saat mereka mendirikan sembahyang berjemaah di masjid bersama para jemaah yang lain.

Selepas memeluk Islam, beliau mengeluarkan anak-anaknya daripada sekolah Kristian kepada sekolah untuk pelajar beragama Islam. Datuknya adalah orang terakhir dalam keluarga mereka yang melafazkan dua kalimah syahadat.

“Islam terlalu istimewa kerana berupaya menarik paderi seperti saya, Pete dan ayah yang selama ini kuat pada pegangan agama Kristian. Hanya dengan keagungan-Nya, kami diberi panduan untuk melihat kebenaran Islam tanpa membutakan mata dan hati masing-masing. Selepas 10 tahun, anak-anak saya juga sudah boleh menghafaz al-Quran dengan baik.
“Islam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih bermakna,” ujarnya mengenai kehidupannya selepas bergelar Muslim.

12 Mac, 2008

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Fikir-fikirkanlah.....

10 Mac, 2008

Selamat Hari Lahir Adikku...


Selamat Hari Lahir yang ke 23 tahun buat adik tersayang dan adik yang sorang ni..Semoga panjang umur dan murah rezeki...berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayahanda dan bonda..

Emm...adik saya seorang ja..namanya nurhayati..namanya indah, dilahirkan 11hb Mac 1985..dah sedar dah 23 tahun umurnya..cepatnya masa berlalu..baru terasa macam semalam ja kami membesar bersama-sama..jarak umur kami taklah berbeza...hanya 2 tahun ja...masa kami kecil2, orang selalu ingat kami kembar sebab mak selalu buatkan baju kurung yang sama...;)


Walau kami 2 org ja, dulu kecik2 selalu bergaduh hehehe...seperti biasa budak2 kan...kami selalu dapat benda yang sama..apa yang mak belikan untuk adik, saya dapat juga begitulah sebaiknya..mak dan abah tak pernah beza-bezakan kami...kami dididik dengan penuh kasih sayang oleh mak dan abah...walaupun keluarga kami tak besar tapi kami cukup bahagia dan kadang kala kemesraan dan rapat kami seolah-olah kami ada ahi keluarga yang ramai...:)

Adik saya ni..seorang yang ramah dan boleh berdikari berbanding dangan saya...dia ni perahsia sikit, kalau ada masalah, dia tak pernah cakap kat sapa2...tapi sebagai kakak, saya boleh agak kalau dia simpan sesuatu rahsia heheh....kalau dia ketawa...wahhh....sungguh meriah sekali...

Dia gemar berpidato, bersyarah, debat, pengacara dan juga tilawah Al-Quran..waktu sekolah2 kami gemar masuk pertandingan tilawah Al-Quran, berzanji, nasyid dan berpidato....kalau bab2 tilawah dan berzanji, sudah tentu ayahanda yang ajar kami...

Sesuatu yang menarik dan tak dapat dilupakan apabila kami masuk pertandingan syarahan Maalhijrah peringkat daerah...adik mendapat tempat pertama dan saya tempat kedua...kalau bab2 syarahan, saya selalu kalah dgnnnya..heheheh....

Adik ni selalu menyakat...dia memang begitu..happy go lucky...ehehhe....dan dia suka dan paling suka bergambar...wahh..itu yang buat saya letih berjalan dgn dia..setiap tempat dia akan ambil gambar heheheh


Dan sekarang kami dah meningkat dewasa dan insyaAllah bakal menjadi pendidik dan bakal menymbung kerjaya abah...walau apa2pun...doa saya agar dia berjaya dalam bidang yang diceburi dan mudah2han Allah permudahkan dalam setiap pekerjaannya...pesanan saya padanya..walau di mana pun kita, walau kita berjaya..jasa mak dan abah jangan dilupakan...jadi anak yang solehah..dan jangan lupa setiap waktu dan ketika doakan untuk mak dan abah...dan keluarga adalah segala-galanya...restu mak dan abah adalah segala-galanya....mudah2han...Allah berkati setiap perbuatan kita..Aminn...
Ya Allah..ya Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman,
Matikan kami dengan iman, serta masukkan kami ke syurga bersama-sama dengan iman.....
Ya Allah..ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kesalahan kami dan dosa ibu bapa kami..
Serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana kedua-duanya mengasihani kami pada masa kami masih kecil...
Ya Allah...akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan..Janganlah kiranya Tuhan kami akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik....
Ya Allah..jadikanlah kami anak yang solehah yang menjadi anak-anak penyejuk hati ayah dan bonda...jadikanlah kami wanita yang solehah dan berakhlaq mulia..Ya Allah..berkatilah kami dalam setiap pekerjaan kami...moga2 kami berbahagia di dunia dan akhirat...AMINN......

09 Mac, 2008

Selamat Pengantin Baru Sahabatku...

Assaalamualaikum..
Dah lama tak up date blog ni...saya busy sikit menghadiri majlis perkahwinan teman rapat..:)Majlis berlangsung 8hb tarikh yang sama dengan mengundi...;)

Majli sangat meriah..kedua-dua mempelai merupakan kawan saya masa di sekolah menengah dulu...walau apapun terkejut juga masa dapat tahu yang mereka beruda berkawan sebab masa di sekolah menengah dulu, mereka berdua tak bercinta pun...Mereka bercinta selepas masing-masing dah habis belajar dan bekerja...barulah jumpa semula dan bercinta..hehehe..

Seronok tengok mereka berdua...

Mereka berdua sama cantik dan sama padan...:)

Saya doakan semoga Mohd Azri dan Norarfah berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah...AMINN....

05 Mac, 2008

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH.....

Alhamdulillah..hari ini, saya berkesempatan untuk menulis di blog ni..untuk mencoret sedikit di sini..

Petang ni...hati saya terasa ingin mencoretkan sesuatu..
Sambil berehat-rehat..tiba-tiba timbul persoalan..kenapa sukar kita hendak menyatakan rasa bersyukur..pada hal..perkataan yang mudah di sebut "ALHAMDULILLAH"...
Kebiasaannnya kita akan mengucapkan pada sesuatu yang kita suka...kenapa sukar untuk kita terima sesuatu yang lain daripada kita jangkakan..sedangkan pada setiap yang berlaku Allah S.W.T telah tetapkan perjalanannya...Apa yang pasti setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah..kita harus tabah dan terus berusaha untuk buat yang terbaik...mungkin ada yang terbaik yang Allah akan berikan...

Saya pernah terbaca sesuatu artikel dan ada ayat-ayat dalam artikel tersebut yang sangat dalam maknanya..kata-kata tersebut berbunyi.."Hati ibarat raja, akal itu penasihat, nafsu pula sentiasa mengajak kejahatan". Tetapi nafsu tidak boleh buang dalam diri manusia kerana ia sebahagian dari diri manusia, oleh itu nafsu perlu dididik...Adakalanya kita sukar terima ujian Allah..ini bermakna kita tidak menggunakan akal kita untuk berfikir yang terbaik..kita tidak menggunakan hati untuk menilai di sebalik cabaran dan dugaan Allah..Kita juga tidak mendidik nafsu supaya tidak mengikut perasaan..

Yang jelas..kehidupan ini penuh dengan cabaran. Hidup tidak selalunya indah tetapi disitulah keindahan hidup. Apabila diuji, kita akan rasa tertekan, apa yang jelas dan pasti..janganlah kita mengikut hati dan perasaan..doronglah diri untuk bangun semula untuk meneruskan perjuangan hidup..dan yang paling penting ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih hidupkan kita di dunia ini untuk menikmati keindahan kehidupan..

Ya Allah..aku bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadaku...
Ya Allah..jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan jadikan aku hambaMu yang sentiasa mendekatkan diriku kepadaMU..ALHAMDULILLAH......

Tips kesihatan

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1) Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan
orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2) Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3) Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya
seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti
oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4) Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5) Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu
10 kali ganda terdapat – dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak hadam)
InsyaAllah..mudah2han dengan serba sedikit info ini, kita akan dapat manfaatnya..insyaAllah..:)

03 Mac, 2008

Resepi..Asam Pedas Ikan Parang Teratak Indah..


Asam Pedas Ikan Parang Teratak Indah

Bahan-bahan:
500gm ikan parang
15 tangkai cili kering (direndam)
2 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas (lebih kurang 2cm)
Sedikit halia (lebih kurang 2cm)
Sedikit kunyit hidup (lebih kurang 2cm)
Sedikit air asam
5 biji kacang bendi
Minyak
Air secukupnya
Serbuk perasa (jika guna)
Sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kesum

Cara-caranya:
1) Ikan parang disiang dan dibersihkan dengan air asam limau atau air asam jawa atau asam keping
2) Kisar cili kering, kunyit hidup, bawang merah, lengkuas, halia, bawang putih dan serai hingga lumat.
3) Panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik minyak & berminyak, hingga naik bau dan cili betul2 masak
4) Kecilkan api dan masukkan air secukupnya dan sedikit air asam jawa.
5) Setelah naik minyak, masukkan ikan parang, daun kesum, kacang bendi ,garam, sedikit gula & sedikit perasa.
SELAMAT MENCUBA..;)

02 Mac, 2008

Tujuh Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Meninggala Dunia..

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh
orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang
tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang
yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Carilah keredhaan Allah S.W.T....insyaAllah...

Resepi..Ikan Siakap 3 Rasa Teratak Indah



Bahan-bahan:

Ikan Siakap
Sedikit tepung ubi
Minyak

Bahan A:
1 labu bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai daun ketumbar

Bahan B:
5 ulas jeruk bawang putih
5 tangkai cili pad (potong halus)
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
100ml air


Cara-caranya:

Bersihkan ikan dan lumurkan dengan tepung ubi. Panaskan minyak & goreng hingga masak. Angkat dan asingkan.
Kemudian satukan bahan A & bahan B dalam kuali.
Gaulkan rata dan biarkan mendidih.
Akhir sekali, tuangkan kuah di atas ikan yang digorengkan tadi..
Selepas itu..bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga anda...

SELAMAT MENCUBA...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.