30 November, 2008

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata,

"Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabilasuaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,

"Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,

"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku Align Centermemberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

p/s Renung-renungkan kisah ini, moga ada ruang untuk kita timbang-timbangkan diri dan menilai diri kita, insyaAllah...:)

28 November, 2008

Koleksi Buku Terbaru..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Semalam saya menerima bungkusan daripa
da Ukhti Ummu Hani Abu Hassan..bungkusan buku-buku hasil karya Ukhti Ummu Hani dan ayahanda beliau, Cikgu Abu Hassan Morad. Saya memohon jasa baik Ukhti Ummu Hani untuk membeli buku-buku tersebut terus daripada beliau sendiri..

Dan Alhamdulillah.. terujanya saya sambil tersenyum girang menerima bungkusan tersebut..Syukran jazilan pada Ukhti Ummu H
ani atas kiriman ini dan yang paling menarik saya dapat hadiah istimewa buku kumpulan cerpan karya Anis "Cinta Jamuna"....:)

Koleksi terbaru karya Ukhti Ummu Hani dan Cikgu Abu Hassan :

1) Baromkeh matamu di mataku (karya Ummu Hani)
2) Ladang Hati Mustika (karya Ummu Hani)
3) Cinta Madina (karya Abu Hassan)
4) Cinta Jamuna (karya Anis)

Tak sabar untuk menghadam satu persatu buku-buku ini...tetapi kena tunggu saya habis membaca buku-buku telah menanti lama untuk diselami..:)..insyaAllah...

26 November, 2008

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, Hasil Karya Prof Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah..diizinkan Allah, saya dapat menghabiskan buku pertama yang saya baca selepas habis imtihan..

Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok
Hasil karya : Prof Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim


Saya sangat teruja apabila menerima kiriman buku ini. Sememangnya, buku Prof ini sangat ditunggu-tunggu setelah buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman telah saya hadam dengan titisan air mata...

Ternyata karya Prof kali ini tidak menghampakan malah ia memberi kesan yang cukup mendalam kepada pembacanya. Saya menitiskan airmata setiap kali membaca bab2, dan bait-bait doa yang diucapkan oleh Prof di dalam bukunya ini. Apabila membaca buku ini, saya seakan berdakwah pada diri saya sendiri. Melihat sejauh mana amal yang telah dilakukan. Malah saya rasakan buku ini perlu diulang pembacaannnya. Tulisan daripada seorang yang berjawatan tinggi tetapi jahil ilmu Al-Quran dan akhirnya dapat berubah dan merasakan dirinya begitu dekat dengan Allah. Allah memberi petunjuk dan hidayah, moga dia diberi kekuatan untuk terus beramal dalam merebut syurga Allah Azzawajalla. Tulisan yang tulus dan ihklas untuk berdakwah kepada diri sendiri dan ingin berkongsi kenikmatan beramal bersama-sama dengan insan-insan yang lain.

Ajakan ikhlas beliau kepada beramal, dalam menyempurnakan puasa sunat isnin dan khamis, bersolat jemaah di masjid, bersolat dhuha dan bersolat sepertiga malam sememangnya sesuatu yang cukup istimewa.

Bersolat dhuha dan bertahajjud...memang benar, kita akan berasa kenikmatannya apabila selalu mengamalkannya, ketenangan akan dapat dirasai, ia akan menjadi mudah apabila sentiasa melakukannya..saya juga berdoa, moga-moga sentiasa diberikan Allah ruang untuk terus mengamalkannya...

Apabila membaca buku ini, saya teringat kata-kata seseorang sewaktu saya menonton sebuah rancangan di televisyen"Apabila seseorang itu dahulunya jahil, tetapi akhirnya dia berubah, mungkin ada sesuatu yang baik baginya yang telah dilakukan dan Allah memberikan dia hidayah untuk dia berubah, supaya segala amal yang dilakukan diberkati". Mungkin benar kata-kata ini, yang harus kita dalami sedalam-dalamnya.

Saya tersentuh betapa orang yang tidak pandai ilmu Al-Quran dan ilmu agama tetapi Allah memberikan hidayah kepadanya dan dia merasakan kenikmatan beramal. Bagaimana kita??, yang diberikan Allah nikmat mengenal huruf Al-Quran sejak kecil tetapi amalan yang kita lakukan, jauh ketinggalan...Ya Allah, ini benar-benar mengingatkan diri saya yang selalu alpa dan leka..Moga-moga ada ruang diberikan Allah untuk kita, dalam terus beramal dan mencari yang terbaik untuk diri dan keluarga..Maka semuanya dilakukan kerana kecintaan kita yang teramat sangat kepada Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Pengampun..

Allah Maha Agong, Maha Mengetahui segala-galanya...

Dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud:
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-NYA; tidak ada yang mengetahui selain DIA. DIA mengetahui apa yang di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-NYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"
(Surah Al-An'am : ayat 59)

Saya berdoa semoga dakwah Prof melalui penulisan buku-buku sebegini diberkati Allah dan diberikan Allah petunjuk dan hidayah dan kekuatan dalam terus beramal.

Saya juga berdoa semoga saya sentiasa bersyukur atas nikmat yang begitu luas yang diberikan Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi peluang kepada saya, keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam dalam terus melakukan amal soleh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T..Semoga Allah memberi kita semua kekuatan, petunjuk dan hidayah...insyaAllah..

Ya Allah....
Tetapkanlah hati kami pada agamaMU yang suci dan murni iaitu Agama Islam..
Ya Allah....
Dengan kalimah syahadah..dengan kalimah syahadah..dengan kalimah syahdah....matikanlah kami dengan kematian yang baik...
AMINN...

25 November, 2008

Kejujuran Seorang Saudagar Permata

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Di tengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu,
"Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab,
"Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham saja.
Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.

"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi.

Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu.
Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya,
"Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?"
Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahwa dia dipihak yang benar.

Kata saudagar Yunus lagi,
"Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda,
"Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga."
(Diriwayat lima imam kecuali Imam Nasa'i)

p/s Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada semua. Dalam menjalankan perniagaan kejujuran diutamakan barulah segala rezeki yang diperolehi diberkati oleh Allah S.W.T dan berbahagia di dunia dan akhirat..insyaAllah...

Award Daripada Kak Zanie


Align CenterBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Syukran jazilan pada Kak Zanie sebab bagi award ni pada huda..:)..
Saya sangat menghargainya...Semoga ukhwah fillah ini terus berkekalan..insyaAllah...:)

23 November, 2008

Masa Yang Tinggal..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Lamanya tak mencoretkan sesuatu di sini..alhamdulillah imtihan pun dah berakhir dan sekarang saya di kg, menghabis cuti sebulan bersama keluarga tercinta..

Gambar kat bawah ni, wajah-wajah sahaba-sahabat selepas selesai imtihan...seribu persoalan ada ceria, lega dan yang penting lepas ini, kena berdoa banyak-banyak, mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita dan mudah-mudahan najjah fil imtihan...insyaAllah..:)

InsyaAllah waktu-waktu cuti begini akan saya habiskan bersama-sama keluarga...dan aktiviti membaca saya..banyak buku-buku di rak yang masih belum disentuh kerana kesuntukkan masa mendahulukan perkara yang utama, mentelaah buku pelajaran...insyaAllah..cuti-cuti begini dihabiskan bersama-sama buku-buku kesayangan saya dan up date blog, sedikit ilmu dikongsi bersama-sama sahabat-sahabat disini...insyaAllah..:)

Masa itu emas...gunakanlah ia sebaik mungkin moga-moga dapat manfaat daripada masa yang tidak disia-siakan..insyaAllah..

20 November, 2008

Puteriku Siti Hajar - Permata hati Ayah Dalam Kenangan..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum..kepada semua sahabat-sahabat...saya selitkan di sini sebuah catatan yang saya baca ketika melayari blog-blog rakan-rakan,...kisah ini membuatkan saya menitiskan airmata, sedih dan berfikir, bagaimanakah nasib kita pula kelak. Walaupun tidak mengenali allahyarham tetapi naluri saya merasakan sungguh istimewa insan ini di hati teman-teman seperjuangannya dan di hati ahli-ahli keluarganya yang sangat menyayanginya. Coretan ini telah ditulis oleh seorang bapa yang terasa begitu kehilangan dengan pemergian puteri sulungnya yang tercinta tetapi sentiasa redha dan kuat menghadapi dugaan Allah...semoga cerita ini dapat dijadikan panduan yang amat berguna kepada kita semua..insyaAllah...
Hayatilah ia dengan sebaik-baiknya...


AL-FATIHAH
untuk SITI HAJAR BINTI IZHAM..saya berdoa semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan para syuhada' dan anbia', golongan soleh dan solehah..aminn....



Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah Dalam Kenangan

Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……

Tanggal Isnin 8 September 2008, di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan solat sunat Tarawih, puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….

Kakak, begitulah ia membahasakan dirinya, tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja jamaah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui, ia hanya kecil, mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati, homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya, kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……


Lebihkurang 1 minggu yang lepas, Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja, suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan, musim demamlah katakan …..


Hari Isnin, ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi, isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja,” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk, terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius,” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah, Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?”,ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal, sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.


Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa, Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok, siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh, katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.


Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih, tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!”, jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya, selepas aku ke masjid, Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..


Aku periksa nadinya, cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya, tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR, dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi, pergi selama-lamanya …..


Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan, doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti, yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..


Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua, sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi, jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi, dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……


Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang, pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui Allah rabbuljalil.


Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..


Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….

SUMBER : http://untukmu-sahabat.blogspot.com

p/s: Daripada Allah kita datang, dan kepadaNYA jua kita kembali...

06 November, 2008

Berpisah Roh Daripada Jasad..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Subhanaallah..cantik sungguh pemandangan di atas di kala senja..senja ini mengingatkan saya kebesaran Allah S.W.T..Allah Maha Pencipta, Maha Penyayang, Maha Mengetahui segala-galanya...setiap insan akan pergi meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini..berpisahnya roh daripada jasad..berhadapan dengan sakaratul maut...
Ya Allah dengan kalimah Syahadah..Ya Allah. dengan kalimah Syahadah..Ya Allah matikanlah kami dengan kemudahan yang baik...

Kepada sahabat-sahabat sekalian..renung-renungkan kisah ini...moga-moga ada ruang untuk kita berfikir, menilai dan mengambilnya sebagai panduan....insyaAllah..


Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya,

"Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.

Nabi S.A.W bersabda,

"Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata,

"Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya."

Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,

"Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?"

Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?"

Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!,"

Jawab Aisyah r.a :

"Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi:
"Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"

Jawab Aisyah r.a :

"Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"

Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W :

"Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.

Maka berkata roh,

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,

"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"

Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh:

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,

"Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,

"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"
(Surah Al-Imran : Ayat 8)

"(Iaitu) orang-orang berdoa, Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka"
(Surah Al-Imran : Ayat 16)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.