Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah sudah mengijnjak ke tahun baru 1432H..dan beberapa hari lagi akan menjelma tahun baru masihi 2011...sekejap masa berlalu..siang malam silih berganti tanpa kita sedari dan Allah memberi peluang kepada hambaNYA untuk terus merasai nikmat yang cukup bernilai.."Bersyukur"..inilah perkataan yang perlu diucapkan dan diluahkan dalam setiap anugerah yang diberikan..(^_*)
Perjalanan sepanjang 1431H / 2010....
Tahun 1431H/ 2010 adalah tahun saya membina kerjaya..tahun bermulanya saya mengatur langkah untuk terus ke hadapan dan tahun saya bertatih mengenal erti kehidupan..Setelah 4 tahun berlumba-lumba mengutip ilmu, berebut-rebut ke bilik kuliah, meredah perjalanan dari selatan ke utara....dan akhirnya saya bersama sahabat-sahabat perjuangan berjaya mendaki dan sampai ke puncak kejayaan..Alhamdulillah...(^_^) ....tahun 1432H / 2010 memberi seribu kenangan yang perlu disimpan rapi..Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama-sama saya sekeluarga, anda dan seluruh umat Islam...
Impian dan cita-cita 1432H / 2011...
Tahun baru yang bakal menjelma...pasti ada yang bertanya apa impian untuk tahun baru ini? Biarlah ia tersimpan rapi dalam qalbu (hati), yang pasti, setiap hambaNYA mahukan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama, dan seluruh umat Islam...menyusuri setahun yang akan datang dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan Allah..maka tautan hati ini, biarlah menyintai Allah sepenuh jiwa moga ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki dalam melusuri benteng-benteng kehidupan..
'Ish 'Azizan Au Mut Syahidan - "Hidup Mulia atau Mati Syahid"..insyaAllah...moga saya dapat terus berbakti dalam setiap penulisan yang diukirkan...moga ada yang terbaik untuk diri, keluarga, agama, dan seluruh umat Islam...moga ukhwah ini bertaut hanya kerana Allah..
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam ukhwah buat semua. Apa khabar imanmu hari ini, duhai sahabat-sahabatku?..Mudah-mudahan iman kita berada dalam keadaan baik-baik saja, semaikan ia dengan zikrulllah, bertasbih (subhanaallah), bertahmid (alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu Akbar).
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa bertasbih/ mensucikan Allah (Subhanaallah) di belakang solat (fardu) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertahmid/memuji Allah (Alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir/membesarkan Allah (Allahu Akbar) tiga puluh tiga (33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan (99) kali. Kemudian mengucapkan (sekali) :
Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a'laa kulli syai'in qadir.
Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan"[H.R Muslim dan lain-lain]
Lamanya jari ni tidak menari-nari menulis walau sepotong ayat. Almaklum apabila tiba hujung tahun, maka cikgu-cikgi sibuk melunaskan kerja yang banyak dan perlu dihabiskan sebelum bercuti panjang. Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana perkembangan setakat ini menjadi seorang guru? Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah pelajar-pelajar saya baik-baik saja dan berdoa semoga seterusnya begitu. Tugasan? memang ada kalanya tak menang tangan dibuatnya tapi seorang guru perlu kuat dan tabah dan perlu sahut cabaran dan yang paling penting kesabaran perlu berada di tahap yang tinggi :-) . Untuk berjaya perlukan usaha...doa...dan akhir sekali tawakaltu 'alallah..
Cuti sekolah dah bermula, makanya buku-buku saya menyanyi-nyanyi merayu supaya dibaca oleh tuannnya ini hehehhe...yeayyy....aktiviti yang saya suka...(tersenyum-senyum) dan ada lagi satu aktiviti yang saya suka, mewarna, saya akan beli buku mewarna dan buat aktiviti mewarna bersama-sama adik-adik sepupu.
Hari ini saya terjumpa website ini http://www.pudgybunny.com/color.html, print saja kemudian boleh bergembira mewarna bersama adik-adik atau anak-anak :-) ...(hehehhe teruknya saya macam budak-budak kan?)..
Kalau diberi pilihan menonton televisyen dan baca buku, saya lebih suka membaca. Dah lama saya tak menonton tv. Kadang-kadang saya buka tv dalam 15 minit jer, tukar-tukar siaran, takde yang berkenan di hati dan akhirnya saya tutup..banyak sangat cerita atau rancangan yang tak membina. Adakalanya menonton kartun upin dan ipin atau spongebob lebih baik daripada menonton rancangan-rancangan lain, yang menyesakkan minda saya : -) Saya nantikan kehadiran stesyen televisyen yang berunsur islamik. Tidak lama lagi pada 1hb Disember 2010, rakyat Malaysia berpeluang menonton rancangan-rancangan terbaru yang bercorak Islam melalui Stesyen televisyen baru iaitu TV Al-Hirah.Siaran percuma yang bertemakan"Segalanya Bermula di Sini"itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dan ini website klik di siniTv Al-Hijrah
Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah
Liputan
Saluran UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang
CH 55
743.25
Terengganu
CH 41
631.25
Johor
CH 40
623.25
Sarawak
CH 37
599.25
Sabah
CH 37
599.25
Saya nantikan rancangan-rancangan yang membina rohani dan mendidik jiwa, rancangan motivasi buat anak-anak muda dan rancangan yang berunsur pendidikan untuk adik-adik comel :-) Masyarakat hari ini perlu dididik dengan santapan rohani untuk tatapan mereka. Kenapa?kerana banyak sangat rancangan hiburan hari ini yang menjadi ikutan anak-anak muda bahkan si kecil juga mudah terikut-ikut dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa dan terikut-ikut dengan budaya dan trend masa kini, baik dalam percakapan mahupun cara pemakaian mereka.
Tak salah kalau mahu berhibur tetapi jangan lupa pada syariat dan ajaran agama Allah iaitu agama Islam yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
Teringat saya pada lirik nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan:
"Berhibur tiada salahnya Kerna hiburan itu indah Hanya pabila salah memilihnya Membuat kita jadi bersalah"
Makanya pilihlah hiburan yang baik-baik saja yang membawa ke arah kebaikan dan yang membawa kita mengingati Allah S.W.T. sentiasa..:-) Didiklah anak-anak kita ke arah kebaikan, mudah-mudahan akan lahir anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ibu dan ayah..insyaAllah..(^_^)
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan periharalah kami daripada seksa neraka..AMINN..
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pada tanggal 30 April 1983 (Sabtu) bersamaan 17 Rejab 1403H, tepat 12.42 pagi, lahirlah seorang bayi comel :) hasil perkongsian hidup Ustaz Md Tahir dan Puan Khatijah, dan diberi nama Nurhuda (bermaksud cahaya petunjuk) yang merupakan puteri sulung bagi pasangan bahagia ini. :)
Dan hari ini 30 April 2010 (Jumaat) bersamaan 15 Jamadilawal 1431H, maka genaplah usia saya 27 tahun. Alhamdulillah bersyukur sangat kerana Allah memberi peluang merasai nikmat yang cukup banyak. Alhamdulilah banyak sangat ucapan yang diterima daripada keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru..terharu atas ingatan kalian yang sentiasa mendoakan diri ini. Doa kalian hadiah yg sangat bernilai~Semoga Allah saja membalasnya. Jazakallahu khairan khatira...:)
Terima kasih kepada bonda dan ayahanda tercinta yang mendidik saya hingga ke hari ini. Terima kasih juga kerana sehingga ke hari ini, saya tidak pernah merasa kurangnya kasih sayang malah saban hari semakin dekat dan erat kasih sayang yang diberikan, sentiasa mekar dengan cahaya-cahaya keimanan dan ketaqwaan yang diberikan walaupun sudah mencecah angka 27 :) ke mana saja pergi, mereka akan menemani saya, setiap detik dan waktu, malah saya lebih senang bersama-sama ayahanda dan bonda ke mana jua saya berada.
Teringat kata-kata bekas guru saya apabila dia mengetahui bahawa setiap hari ayahanda akan memandu dan menghantar saya pergi mengajar ke sekolah yang mengambil masa 45 minit perjalanan : katanya "Ustaz Tahir memang betul-betul jaga anak-anak perempuan dia..dari sekolah, universiti dan sampai kerja, ke mana saja menemani"....saya hanya tersenyum dan berkata " Alhamdulillah ..abah dan mak memang macam tu, agaknya sebab anak-anak perempuannya tak berumahtangga lagi hehehehe"
Terima kasih juga pada satu-satunya adik tercinta, anak kedua dan merangkap puteri bongsu dalam keluarga kerana dia adalah adik, sahabat, penasihat, pakar runding, teman saya di dunia dan akhirat hehehehe..:) semoga kita sama-sama menjadi muslimah dan anak yang solehah, penyejuk hati bonda dan ayahanda..:) Semoga kita sekeluarga akan bertemu dan disatukan di syurga firdaus yang kekal abadi..aminn..
" Ya Allah, berikanlah cinta-MU kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-MU mencintai aku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-MU" Semoga Allah memberkati setiap amal ibadah yg kulakukan, Semoga Allah memberi peluang untuk merasai kasih sayang Allah, Cinta dan kasih hanya pada Allah dan Rasulullah, Sesungguhnya hanya cinta pada Allah yang kekal abadi "
Semoga bertemu lagi di tahun hadapan - 30 April 2011..insyaAllah
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk 15 Jamadilawal 1431H /30 April 2010
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
InsyaAllah sementara masih menuggu tawaran posting, esok saya memulakan perjuangan di sekolah yang baru lagi , bertemu sahabat sejawatan yang baru dan adik-adik pelajar yang baru. ..moga Allah memudahkan setiap perjuangan dalam mendidik anak-anak bangsa..InsyaAllah di sekolah yang baru, pengalaman yang baru dan moga-moga saya dapat membantu anak-anak yang memerlukan, insyaAllah...Lagu " Satu Perjuangan"nyanyian kumpulan nasyid Brothers dan lagu"Sunnah Orang Berjuang" nyanyian kumpulan nasyid Nadamurni ini memberikan semangat untuk saya..insyaAllah..(teringat masa zaman belajar di kampus, lagu-lagu ini menjadi pembakar semangat kami untuk berjuang mencari ilmu untuk dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara dan juga untuk mendidik anak-anak bangsa). Semoga Allah memudahkan segalanya..insyaAllah...
Lagu: Satu Perjuangan(Brothers)
Syukur Pada Yang Esa Rahmat PemberianNya Persaudaraan, Keharmonian Jalinkan Kasih Sayang Hulurkanlah Bantuan Kepada Yang Memerlukannya Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya Mula Diri, Keluarga, Sahabat Masyarakat Dan Negara
Dengan Satu Perjuangan Satu Arah Tujuan Di Bawah Rahmat Yang Esa Kita Melangkah Seiringan Satu Perjuangan
Rintangan Pasti Melanda Jangan Undur Walau Selangkah Teruskan Perjuangan Hingga Ke Akhirnya Andai Kau Gugur Andai Kau Syahid Kau DiredhaiNya
Lagu :Sunnah Orang Berjuang (Nadamurni)
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah petang semalam menemani bonda dan ayahanda ke Bank Rakyat untuk membuat sedikit urusan di sana. Saya mengambil tempat di ruang menunggu yang disediakan. Keletihan sungguh semalam kerana seharian membetulkan projek-projek grafik para pelajar. Memang ia memerlukan idea yang banyak untuk membantu mereka menghasilkan yang terbaik. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Sambil menunggu, saya terpandang sebuah buku di satu ruangan bacaan. Apabila terpandang bahan bacaan terus sahaja dicapai dan menyelak helaian muka surat satu persatu.
Dan saya tertarik pada:
"Kisah Saidina Umar Al-Khattab r.a Dengan Pengembala Kambing"seperti yang diceritakan di dalam buku itu (aduhai sampai balik, saya lupa melihat tajuk buku itu, yang saya ingat hanya isinya sahaja he he he).
Begini kisahnya:Pada suatu hari, berjalanlah Saidina Umar Al-Khattab r.a ke padang pasir. Tiba-tiba Saidina Umar Al-Khattab r.a ternampak seorang Badwi sedang mengembala kambing. Saidina Umar Al-Khattab r.a mahu menduga pengembala kambing itu. Kemudian Saidina Umar Al-Khattab r.a mendekati pengembala itu dan menawarkan untuk membeli kambing-kambing tersebut.
Pemuda kulit hitam itu berkata:
"Saya tidak boleh jual kambing ini, kerana ia milik tuan saya"
Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata lagi:
"Kalau begitu berilah sedikit susu kambing tersebut kepadaku"
Pemuda itu menjawab:"Tidak boleh tuan"
Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata lagi:
"Usah khuatir, tuan kamu tidak nampak perbuatan kamu itu"
Pemuda itu membalas:
"Tetapi ada yang melihatnya iaitu Allah S.W.T, DIA melihat apa yang dikerjakan"
Begitu hebatnya iman pengembala kambing itu, hatinya suci dan bersih dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah S.W.T dan patuh setiap arahan yang diamanahkan.
Jagalah aqidah dan jauhkan daripada perbuatan khianat, berbohong, tidak amanah yang tidak akan membawa keberkatan dalam diri. Apabila aqidah kuat, maka insyaAllah amalan dan perlakuan akan baik. Banyak sangat masalah sosial melanda negara sehingga menyesak dada tatkala membaca akhbar-akhbar tempatan. Masalah buang anak, berzina, khalwat yang semakin meruncing. Rapuhnya akhlak mereka sehingga maruah digadaikan, bayi yang tidak berdosa dibuang.
Di mana sifat kemanusiaan, di manakah kasih sayang. Sedangkan seekor ayam sanggup mempertahankan anaknya daripada diganggu oleh musuh, inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang cukup cantik yang dijadikan oleh Allah. Membiarkan bayi yang tidak berdosa terkapai-kapai kesejukkan tanpa sehelai selimut dan hanya ditemani oleh sang lalat, sang semut dan plastik sampah membaluti badan yang tidak berdosa.
Saya tidak sanggup melihat gambar-gambar ini..sebak, sedih, marah, geram dan bercampur-baur perasaan saya ketika melihat wajah-wajah yang tidak berdosa diperlakukan sebegini. Ya Allah......
Tidakkah mereka sedari sebenarnya anak-anak itu menangis.....merintih dan memohon agar jangan biarkan mereka di situ. Dibiarkan seorang diri..
Rintihan si anak kecil yang tidak berdosa :
Ibu... Jangan biar aku di sini, ibu.. Ibu.. Tolonglah bawa aku pergi dari sini... Ibu... Berilah aku harapan untuk hidup, ibu.. Aku mahu menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat Ibu.. Kasihani lah aku..aku takut..aku takut apabila gelap menjelma... Aku berasa sejuk tanpa sehelai kain membaluti tubuhku.. Aku mahu merasai kasih sayangmu.. Aku mahu merasai nikmat hidup dunia walau ku tahu dunia ini penuh cabaran dan dugaan.. Aku mahu menjadi seperti anak-anak yang lain, dibelai, disayang, didakap oleh insan yang bernama ibu... Apa salah ku sehingga aku dibuang di tempat yang hina ini.. Apa salahku sehingga aku dibunuh begini.. Apa salahku ibu...
Ibu... Tidak adakah sekelumit rasa rindu dan kasihmu apabila menatap wajahku ini.. Ibu... Seandainya aku diberi peluang untuk hidup, seandainya aku boleh melafazakan kata-kata... Ingin saja ku ucapkan sayang padamu, ibu....
Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 46; yang bermaksud:
" Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia...."
Anak-anak adalah anugerah Allah yang cukup bernilai. Tidakkah mereka ketahui bahawa dosa yang dibuat itu akan menghantui diri mereka seumur hidup, akan timbul kekesalan dalam diri atas dosa yang dilakukan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama di kalangan remaja hari ini banyak mendorong penularan kes-kes sebegini dan berleluasanya masalah zina.
Takutlah kepada Allah di mana jua kita berada. Takutkan Allah ketika bersendirian ataupun ramai sebagai formula hidup dan insyaAllah itulah yang akan dapat menyelamatkan daripada kebinasaan iman. Saudara Mohd Al-Adib Samuri dalam artikelnya dalam majalah Solusi ada menyebut :
"Jenayah boleh dicegah dengan menanam rasa takut kepada Allah, bukan rasa takut kepada undang-undang manusia. Takut kepada Allah yang boleh bertindak dengan tindakan-NYA yang di luar jangkaan kita, baik di dunia dan di akhirat. Menanam rasa takut kepada Allah ketika ramai mahupun ketika bersendirian"
Nabi mewasiatkan kepada Muaz r.a ketika mengutuskan ke Yaman. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Wahai Muaz, takutlah Allah di mana jua kamu berada, dan takutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan memadamkannya, dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik"
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika sekiranya tidak melihatnya yakinlah bahwa Allah melihat segala perbuatan kamu itu"
Untuk peringatan diri ini jua..
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Akhirilah tahun 1430H dengan baik dan mulakanlah tahun 1431H dengan azam dan semangat yang baru demi kasih dan cinta kita kepada Allah S.W.T...Alhamdulillah ku bersyukur kepadaMU..Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama-samaku dalam mencari yang terbaik disisi Allah dan dalam mengejar "Nur", "Cahaya Petunjuk"
Syukur kepadaMU, Ya Allah kerana memberi pelbagai nikmat kepadaku sehingga ke hari ini, Ya Allah..bantulah diriku ini menjadi hambaMU yang benar-benar bersyukur dan ikhlas, bantulah diriku menjadi hambaMU yang taat perintahMU, bantulah diriku menjadi anak yag solehah,penyejuk hati ibu dan ayah, jauhkanlah diriku daripada terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan durjana, bantulah aku dan keluargaku dalam mencari yang terbaik di sisiMU,aku sentiasa menagih kasih sayangMU,Ya Allah..menagih kasih sayangMU yang tiada tolok bandingnya..temukanlah aku dengan cinta yang membawa aku cinta kepadaMU, Tuhan ku yang SATU..Sesungguhnya hanya cinta kepadaMU adalah cinta yang kekal dan abadi dan Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Berilah aku sekeluarga kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Aminn..
Doa Akhir Tahun dibawah ini, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Dan Doa Awal Tahun di bawah ini, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
InsyaAllah..sama-samalah kita beramal..
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah Maha Besar....Allah Maha Besar....Allah Maha Besar... Selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W... Salam sayang buat semua sahabat-sahabat....
Putaran masa begitu cepat hingga adakalanya kita terlupa...alhamdulillah...syukur pada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan merasai kasih sayang daripadaNYA..Semoga kita semua terus dapat merasai kasih sayang dan lindungan rahmat daripada Allah S.W.T. Semoga orang-orang yang kita sayang dan seluruh umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T
Sejak akhir-akhir ini, banyak sungguh tugasan..dan kemuncak tugasan ialah menanda kertas jawapan peperiksaan pelajar..macam-macam jawapan yang ditulis yang membuatkan saya tersenyum, pelik dan emmm macam-macam perasaan....realiti zaman sekarang, pelajar yang tidak suka belaja tapi lebih gemar perkara-perkara yang melalaikan..adakalanya guru adalah musuh mereka...wahhh..ini yang membuatkan saya sedih...:( bagaimana nak membentuk generasi akan datang....apabila emosi marah menguasai diri, cepat-cepat saya beristighfar supaya marah saya tidak berpanjangan...sedih juga apabila ada anak didik yang tidak mahu mendengar kata, tapi apa boleh buat, saya berusaha sedaya yang termampu dalam mendidik mereka dan sentiasa mendoakan mereka....
Keputusan praktikal akhir saya dah pun keluar beberapa minggu yang lalu...Alhamdulillah saya dapat A dan saya dapat tamatkan pengajian dengan PNGK yang cemerlang :)...Alhamdulillah...Inilah yang saya tunggu-tunggu untuk dikongsi bersama mak, abah dan keluarga..tak terucap dibibir dengan nikmat yang diberikan Allah dan doa mak,abah, keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengiringi. Saya percaya jika kita berusaha, yakin, sentiasa berdoa dan bertawakal, maka insyaAllah kejayaan milik kita. Saya berdoa semoga saya sentiasa menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Ikhlaskan diri dalam melakukan setiap perkara, moga-moga ia akan menjadi ibadah dan diberkati Allah.... Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah..kerana memberi saya peluang merasai nikmat ini...Inilah hadiah buat mak, abah dan keluarga yang tercinta..semoga impian dan cita-cita saya akan tercapai, saya akan terus berusaha untuk terus berjaya insyaAllah....emm...ke mana destinasi saya selepas ini..???...:) :)
Hobi membaca sejak dulu lagi masih tidak pudar. Dua buah buku telah saya khatamkan iaitu "Satu Bulan Tiga Bintang" dan "Janji Mifathul Raudhah". InsyaAllah ada sedikit masa nanti, akan dibuat ulasannya di sini..:)
Ini buku yang baru saya sentuh dan cuba untuk dikhatamkan..Buku yang sangat bagus daripada adik Hilal Asyraf, seorang penulis muda yang karyanya bagus sekali. Judul yang menarik "Langit Ilahi", semoga buku ini memberi motivasi buat saya dan mendapat panduan yang berguna. InsyaAllah saya cuba memotivasikan diri untuk membaca walau dalam kesibukan...:) Doakan saya.......
" Tegaklah Islam dalam diri kamu nescaya tertegak Islam dalam negara kamu"
(Imam Hassan Al-Hudaibi)
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semalam..dalam penat membantu makcik melayan tetamu, mata sempat lagi memandang kaca televisyen, apakah rancangan untuk hari ini. Sebenarnya saya bukanlah penggemar setia rancangan-rancangan di televisyen kerana banyak rancangan yang menyesak dada tatkala melihatnya. Saya lebih gemar membaca buku-buku yang masih tersedia untuk dihadamkan..;)..Walau bagaimanapun rancangan dokumentari 'Majalah 3' adalah antara rancangan yang bagus unuk tontonan dan semalam sekali lagi paparan 'Majalah 3' tidak mengecewakan. Majalah 3 memaparkan tragedi gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Saya menonton sambil linangan air mata, sedih dan banyak beristighfar atas dugaan Allah buat mereka.
Beribu-ribu mangsa meninggal dunia dan tertimbus di bawah timbunan bangunan. Menyayat hati sesiapa yang melihatnya..Dugaan Allah agar manusia sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan..Semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan Allah. Dugaan adalah tarbiyah daripadaNYA..
Sebagai hamba Allah yang cintanya hanya pada Allah, hendaklah sentiasa bersyukur, nikmat yang diberikan Allah kepada kita, yang menjauhkan kita daripada bencana. jauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki, sifat hati yang sentiasa memusnahkan diri manusia. Kita ambil iktibar dalam setiap perkara yang berlaku. Muhasabah diri dalam setiap perlakuan dan perbuatan kita. Sentiasalah berpegang pada agama Allah, Agama Islam, mudah-mudahan hidup kita akan diberkati Allah selamanya..insyaAllah..InnaAllaha Ma'ana
Firman Allah dalam surah Al-Nasr: ayat 1-3, yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan" "dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong" "maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan-mu dan mohonlah ampun kepada-NYA. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat"
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam sayang buat semua..lama sungguh saya tidak menulis apa-apa di sini.. Alhamdulillah tugas saya sudah selesai..saya sudah menamatkan latihan mengajar baru-baru ini..bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan..bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepada saya merasai nikmat dunia yang cukup bernilai..
Saya berdoa semoga dengan izin Allah, saya dapat menjadi pendidik yang terbaik buat insan-insan yang memerlukan. Semoga Allah mengizinkan saya untuk terus berbakti, semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dalam mendidik anak bangsa, semoga saya akan terus belajar dan belajar dalam mengejar dan menimba seberapa banyak ilmu.
Terima kasih kepada Kak Kin, Kak Wan dan Kak Sasha atas kiriman kad raya di bawah..semoga ukhwah terus berkekalan, insyaAllah..:)
Kad Raya daripada Kak Wan
Kad Raya daripada Kak Kin
Kad Raya daripada Kak Sasha
Saya tinggalkan dua rangkap pantun yang baru saya baca dalam sebuah buku:
Jadikan takwa sebagai jalan, Dalam hidup sepanjang zaman, Taat dan patuh dalam pimpinan, Selama Al-Quran jadi pegangan.
Ujian dahsyat terhadap iman, Hampir menggoncang asas pegangan, Di pagi petang, di kiri kanan, Iman di dada jangan lepaskan.
Jagalah iman, moga-moga Allah memberikan petunjuk dan hidayah selama-lamanya kepada kita semua..Aminn...
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tulisan saya kali ini mungkin berbaur kerisauan dalam diri akibat wabak yang kian merebak melanda dunia hari ini. Masakan tidak, sehingga ke hari ini, sudah meragut 32 nyawa dan ramai yang dikuarantin. Gelisah dalam diri memikirkan bilakah wabak ini akan berakhir...
Cuma saya agak terkilan, mengapa dan kenapa orang ramai masih tidak ada kesedaran tentang wabak ini, kenapa masih ramai yang berjalan di tempat awam tanpa memakai topeng? kenapa masih ada sekolah yang tidak mewajibkan pelajar-pelajar memakai penutup muka itu? aduhai...di manakah kesedaran mereka tentang bahayanya wabak ini..
Walau apa pun pada saya, ini adalah dugaan Allah S.W.T buat kita. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah sentiasa percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dalam ruang yang ada ini, kita muhasabah diri, melihat dalam segenap perlakuan kita selama ini. Allah menguji hambaNYA untuk melihat kekuatan iman dalam diri setiap hambaNYA. HambaNYA yang taat dan kuat saja yang dapat melalui segala ujian dan dugaan Allah.
Marilah kita perbanyakkan bersolat taubat, bersolat hajat dan melakukan amalan-amalan sunat, moga-moga ia dapat meningkatkan kekuatan iman kita kepada Allah S.W.T dan tabah dalam menghadapi dugaan-dugaan Allah. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T, moga-moga doa-doa kita itu diperkenankan Allah S.W.T.
Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu berfirman,"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"
Panjatkanlah doa semoga seluruh umat Islam selamat daripada apa jua bencana dan wabak durjana itu.
Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami, Lindungilah kami daripada segala bencana dan penyakit-penyakit yang berjangkit,Jadikanlah kami, hambaMU yang sentiasa taat dan tabah dalam menghadapi dugaan,Bantulah kami dalam memperbaiki amalan dan perlakuan kami, Bantulah kami dalam meningkatkan keimanan kepadaMU, Ya Allah, Bantulah kami dalam menjadi hambaMU yang taat dan patuh kepadaMU, Ya Allah.. Ya Rahman..Ya Rahim... Permudahkan kami dalam menghadapi dugaanMU, Ya Allah...
Mudah-mudahan Allah menjauhkan diri kita daripada penyakit yang merbahaya itu..
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah..itulah kalimah yang sentiasa meniti di bibir supaya kita masih lagi mengingati dan mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah. Cuma ada kalanya sebagai manusia, kita sentiasa leka dan alpa dengan keseronokkan dunia atau seronok mendengar bisikan-bisikan syaitan yang sememangnya mahu menyesatkan anak-anak adam.
Alhamdulillah..saya sudah pulih daripada demam..kerisauan melanda diri beberapa hari kebelakangan ini kerana penularan wabak yang menakutkan itu, mahu menyebut namanya saja, sudah gentar dalam diri. Marilah sama-sama kita berdoa, memohon daripada Allah S.W.T, moga-moga Allah melindungi kita semua daripada penyakit-penyakit yang merbahaya..Marilah kita sama-sama perbanyakkan solat hajat dan solat taubat, moga-moga kita tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan Allah S.W.T ini...
Saya ingin berkongsi sabda Rasulullah S.A.W. di bawah ini:
"Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu" Sahabat bertanya, " Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah: (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga zalim-menzalimi."
Renung-renungkan.................
SELAMAT BERAMAL DI BULAN SYAABAN...
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa di sini...ini bermakna sudah sebulan lebih juga saya menjalani praktikal di sekolah..mungkin ada sedikit kekangan masa yang membuatkan saya tidak dapat menulis apa-apa di sini..yang pasti rindu saya untuk menulis di sini tidak pernah luntur..:)
Cabaran di sekolah?..tipu kalau saya kata tidak ada cabaran. Cabaran menjadi guru sangat hebat, dengan sikap anak-anak remaja sekarang yang membuatkan saya sangat sedih...pertama kali masuk ke kelas, terkejut dengan sikap pelajar-pelajar yang kurang hormat pada guru, melawan cakap cikgu dan saya terfikir inikah generasi yang bakal memimpin negara...kenapa?Kerana kebanyakan anak-anak remaja sekarang suka terpengaruh dengan benda-benda yang menyeronokkan sehingga tiada langsung di hati mereka untuk menambahkan ilmu pengetahuan..Saya pernah bertanya kepada pelajar, " Apa tujuan kamu ke sekolah?", jawab mereka "Mahu eratkan silaturrahim cikgu" sambil mereka tersenyum-senyum...kenapa mereka berkata begitu kerana kebanyakan mereka ke sekolah untuk berjumpa teman lelaki atau teman wanita dan tugas utama sebagai pelajar ditinggalkan dan dilupakan. Aduhai...mengeluh panjang saya...
Ada juga yang paling suka menyanyi dalam kelas...ini lagi satu budaya..apabila saya tanya" Apakah cita-cita kamu?" jawab pelajar tersebut.."Menjadi penyanyi, cikgu"..Aduhai...pengaruh televisyen lagi hebat daripada pengaruh guru di sekolah...
Setiap kali masuk ke kelas, pasti saya akan bertanya "Siapa yang solat penuh semalam?" atau " siapa yang solat subuh sebelum ke sekolah?"..cuba bayangkan dalam satu kelas yang mempunyai 43 orang pelajar, hanya ada seorang atau dua orang sahaja yang solat penuh atau solat subuh..mengucap panjang saya..ada yang mengaku satu keluarga tak solat..astaghfirullah... Saya cuba untuk menasihati mereka, mendekati mereka..tetapi apabila tiba di rumah mereka lupa apa nasihat guru di sekolah dan esok berperangai seperti biasa...
Dan kebanyakan anak-anak remaja sekarang ini, memang kurang perhatian daripada ibu bapa..apabila guru berikan perhatian, cakap baik-baik, mereka mudah untuk mendengar kata tetapi adakalanya saya seakan hilang sabar dengan kerenah mereka cuma saya cuba mengawal kemarahan supaya ia tidak bertambah lebih buruk...
Saya selalu bertanya kepada pelajar-pelajar saya "Kamu tak mahu jadi anak yang baik?", " Kamu tak mahu ibu dan ayah kamu masuk syurga?" saya menyambung lagi, " Kamu tahu tak, doa anak-anak yang soleh akan membawa mak dan ayah ke syurga, kalau kamu jadi baik, mak dan ayah kamu pun akan gembira"....ada yang berkata,"Nak jadi baik cikgu", "Mestilah nak mak ayah masuk syurga"..
Ada juga pelajar yang mengaku dengan saya, dia menghisap rokok sejak darjah enam lagi..Pelajar perempuan tidak terkecuali, sama hebat perangainya dengan pelajar lelaki..pakaian yang ketat, berbaju kurung dan bertudung tapi tudung yang singkat sehingga boleh menampakkan tengkuk..mengucap panjang saya...
Apa yang boleh saya lakukan ialah membantu mereka selagi termampu..saya sentiasa berdoa semoaga mereka mencintai Allah sepenuh hati mereka, mencitai ilmu, menghormati ibu bapa, guru dan semoga mereka berbahagia di dunia dan akhirat..
" Dari Ibnu 'Amr, dari Nabi Muhammad S.A.W: " Keredhaan Allah S.W.T. terdapat pada keredhaan ayah dan bonda; dan kemurkaan-NYA terdapat pada kemurkaan ayah dan bonda" (HR. Thabarani)
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..