Imam Al-Ghazali ada mencatatkan 5 cara untuk mengikis sikap takabbur dalam diri iaitu :
1) Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding kita.
2) Apabila bersua dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beramal berbanding kita.
3) Apabila bersua dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu mereka tahu tetapi kita belum mengetahuinya.
4) Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan kita berilmu.
5) Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk agama Islam. Maka semua dosa yang telah dilakukannya sebelum Islam akan diampunkan Allah S.W.T sedangkan kita yang sedia Islam sejak lahir, terus menerus melakukan dosa. Banyak mana pahala dan dosa tidak mampu kita pastikan.
Nasihat untuk diri ini....
15 April, 2008
13 April, 2008
8 Kalimah Pusaka
Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: "Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah daripada pusaka Nabi sebagai pedoman hidup"..Kalimah itu ialah:
1. Apabila engkau sedang solat jagalah baik-baik fikiranmu
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu
(perkataanmu).
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah
perangaimu.
5. Ingatlah selalu akan Allah.
6. Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapi
kematian.
7. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
8. Lupakanlah kesalahan orang lain terhadapmu.
Renung-renung dan timbang-timbanglah...moga-moga 8 kalimah pusaka ini dapat menjadi pedoman dalam hidup kita..insyaAllah..
1. Apabila engkau sedang solat jagalah baik-baik fikiranmu
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu
(perkataanmu).
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah
perangaimu.
5. Ingatlah selalu akan Allah.
6. Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapi
kematian.
7. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
8. Lupakanlah kesalahan orang lain terhadapmu.
Renung-renung dan timbang-timbanglah...moga-moga 8 kalimah pusaka ini dapat menjadi pedoman dalam hidup kita..insyaAllah..
12 April, 2008
Nasi Ayam Oh....Nasi Ayam....
11 April, 2008
Tersentuh Hati Ini...
Baru-baru ni, masa kelas Business Communication. Kelas terakhir untuk semester ni, lecturer saya ada bercerita satu kisah yang agak menyentuh perasaan...timbul rasa kasihan yang amat sangat..Lecturer saya memulakan cerita..ada seorang pelajar di sebuah sekolah, budak tersebut selalu datang lambat ke sekolah dan menyebabkan dia selalu dirotan oleh guru disiplin...Apabila ditanya, beliau tidak menjawab. Hari berikutnya begitu juga, dia dirotan oleh guru tersebut. Dan apabila ditanya seperti biasa dia tidak mahu berkata-kata apa-apa....Begitulah hari-hari berikutnya..sehinggakan cikgu tersebut berasa pelik, kenapa dia tidak menjawab sebab kenapa dia datang lewat dan sanggup dirotan..
Pada suatu hari, guru tersebut pergi ke rumah pelajar tersebut tetapi bersembunyi di sebalik semak di situ. Hari tersebut hari persekolahan. Jam menunjukkan pukul 1 ptg, sepatutnya budak tersebut sudah keluar rumah untuk ke sekolah tetapi dia tidak muncul...
Tiba-tiba guru tersebut ternampak ada seorang budak, berlari-lari pulang ke rumah tersebut dengan berpakaian sekolah dan yang pasti budak tersebut bukan pelajar terbabit...Selang beberapa minit, kelihatan pelajar tersebut keluar dan terus berlari ke sekolah...
Guru tersebut sungguh pelik dan pergi ke rumah pelajar terbabit untuk mendapat kepastian...Apa yang menyedihkan rupa-rupanya pelajar tersebut mempunyai hanya SEPASANG BAJU SEKOLAH yang dikongsi bersama adiknya. Adiknya akan pakai baju pada waktu persekolahan sebelah pagi, maka sebelah petang pelajar tersebut pula akan memakai baju yang sama...Kerana kemiskinan, mereka terpaksa berkongsi sepasang baju ke sekolah..dan sebab itulah dia lewat ke sekolah...
Tersentuh hati saya apabila mendengar cerita ini,hampir menitiskan airmata...sedihh...betapa ada anak-anak yang masih memerlukan pertolongan...sebagai seorang bakal guru, saya merasakan tanggungjawab sungguh berat, guru bukan saja seorang pendidik bahkan seorang yang boleh memberi motivasi, peka akan kebajikan pelajar...
Untuk remaja hari ini, ingatlah bahawa kita diberi kemewahan oleh ibu dan bapa, apabila inginkan sesuatu, kita akan dapat..cuba kita fikir, ada insan yang masih memerlukan pertolongan kita....
Cuba kita renung-renungkan kisah ini...semoga cerita ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita...mudah-mudahan Allah memberkati kita di dunia dan akhirat...AMINN....
Saudara mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan
Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya." Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya.
Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."
Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?" Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan.
Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...sempena hari Jumaat yang mulia ini, akhirnya saya dah boleh post semula di blog ni...
Selama lebih kurang 8 hari, saya tak boleh post apa2 di blog ni...locked by admin...sedih masa tu...
Tapi akhirnya..doa saya dimakbulkan...dapat kembali menulis di sini..InsyaAllah..kita dapat manfaat bersama di sini...
Selama lebih kurang 8 hari, saya tak boleh post apa2 di blog ni...locked by admin...sedih masa tu...
Tapi akhirnya..doa saya dimakbulkan...dapat kembali menulis di sini..InsyaAllah..kita dapat manfaat bersama di sini...
03 April, 2008
Selamat Hari Lahir Akak...
Ini Kak Hasz atau nama glamour Kak Kenanga hehehe...
Hari ni 3 April 2008, hari lahir Kak Hasz..
Selamat Hari Lahir buat Akak yang ke 40 tahun..:)
Semoga panjang umur dan murah rezeki..Semoga Allah memberi kekuatan kepada akak untuk terus menghadapi cabaran hidup.
Semoga berbahagia di dunia dan akhirat bersama-sama keluarga yang tercinta...
Kak Hasz saya ni, seorang yang baik hati, cantik dan sangat pandai memasak dan seorang ibu dan isteri yang sangat penyayang...yang paling best,akak sangat pandai buat biskut dan kek...sesiapa yang rasa biskut dan keknya pasti nak lagi heheheh.....
Doa huda..semoga ikatan ukhwah yang kita bina akan terus kekal hingga ke akhirnya..:)
Huda doakan agar akak menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali, insyaAllah..AMINN...
Jaga diri dan jaga iman..moga2 kita beroleh tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T....insyaAllah...
Langgan:
Catatan (Atom)
YA ALLAH...


