05 Jun, 2009

Kisah itu..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin yang lalu, saya sempat menziarahi "Johor Book Fair 2009" di Danga City Mall, Johor Bahru..Sempat menziarahi gerai-gerai buku tersebut dan sememangnya apabila ke gerai buku, pasti ada yang dibawa pulang..:) Buku-buku yang dibeli ini adalah buku yang sememangnya ada dalam senarai saya..:)

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak kedai buku online kerana saya telah selamat menerima kiriman buku daripada mereka, sungguh cepat servisnya..:) Ini merupakan kali pertama saya membeli buku secara online melalui Beli Buku Online,One-Stop Book Center dan akhirnya saya berjaya memiliki buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna melalui kedai buku online tersebut..:)

1. Travelog Seorang Da'i karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed
2. Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna karya Mohammad Lili Nur Aulia
3. Laskar Pelangi karya Andrea Hirata
4. Bidadari-bidadari Syurga karya Tere-Liye
5. Semulia Hati Guru karya Talib Samat, Latifah Mahfod & Ashadi Zain

Saya tinggalkan sahabat-sahabat di sini dengan satu kisah:

KISAH NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.

"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.
"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah," jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.

"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Nurhuda_cahayapetunjuk
11 J'akhir 1430H /5 Jun 2009

8 ulasan:

TUKANGSERU berkata...

ui, besty buku2 itu,,, tp ndak berani lagi la tempa online,, tukut2 ndak sampe hehe

Tini Gishamsuddin berkata...

hmm mcm mane nk bli buku through online ek??

err sory..saya tini kawannya nisah..iguess u noe her..juz travel on n i found ur blog..salam ukhuwah yang ukht..

(^_^)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

TUKANGSERU

Saya pun baru sekali guna perkhidmatan beli buku online ni..:)
Awak cubalah buka website di bawah..servisnya cepat..:)

http://bukuonline2u.blogspot.com/

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

tiNi

Assalamualaiku Tini..

Salam ukhwah drpd saya..:)

utk beli buku secara online saya gunakan perkhidmatan melalui website ini:-

http://bukuonline2u.blogspot.com/

Cepat dan mudah saja..ukhti bolehlah cuba2 tinjau blog ini..:)

Farid Rashidi berkata...

Assalamualaikum,

Saya mahu juga beli buku yang berada di Malaysia. Namun memikirkan perkhidmatan pos Mesir yang agak kacau bilau maka terpaksa batalkan niat dulu.

Tanpa Nama berkata...

Memang bagus bila dapat berzikir... tenang rasanya...

Rul berkata...

travelog Daie...best tak buku ni?

AdH berkata...

Cinta di Rumah Hasan al-Banna sangat menyentuh perasaan :) Saya selalu juga hadiahkan kpd kawan-kawan. Baguskan peribadi tokoh ini. Elok dijadikan contoh buat kita. Dah habis baca?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.