20 Mei, 2009

Bersihkan Hatimu Dengan Berzikir

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Firman Allah S.W.T maksudnya,
".........Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut(mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah. Maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar"
(Surah Al-Ahzab: ayat 35)

Dari Rasulullah S.A.W,
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subhanaallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pkok tamar di dalam syurga"
(H.R. Muslim)

Mereka yang berzikir akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa. Zikir akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah. Mereka yang berzikir akan dapat mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah S.W.T serta dimurahkan rezeki.

Individu yang berzikir akan dapat merasakan betapa besar, agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Insan yang berzikir akan segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila mereka di dalam kesusahan dan keduakaan. Insan yang berzikir juga akan mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian para malaikat.

Mereka yang berzikir akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya. Insan yang berzikir akan mendapat NUR (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga titian sirat nanti. Insan yang berzikir akan membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

Zikir dapat menjadi pendinding dan juga prisai daripada neraka jahanam.
Zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu segala kebaikan.
Zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
Zikir dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya.
Zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran dan juga penyakit.
Zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.
Zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafiknya.

Orang yang berzikir akan sentiasa diingati Allah seperti di dalam firman-NYA,
"Ingatlah kamu kepadaKU maka Aku akan mengingatimu"


Semoga yang baik itu datangnya
daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya
daripada kelemahan diri ini jua..







25 J'awal 1430H/20 Mei 2009

8 ulasan:

kakchik berkata...

Terima kasih huda. Memang kakchik ni kadang2 lalai dari berzikir walhal tahu yang amalan ni banyak ganjarannya dan menjauhkan kelalaian. Satu tazkirah ni.

wnorhaslina berkata...

Salam.

Same here. Thanks Huda. Akak letak your link in my blog supaya boleh selalu melawat ke sini dan dapat banyak ilmu lagi. :)

Farid Rashidi berkata...

Salam,

La tansa zikrullah.. :)

BalQis berkata...

Terima kasih berkongsi, ya Huda...

Salam perkenalan dari saya!

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

kakchik

Sama-sama kak..moga2 tazkirah ini memberi kita peluang untuk menghayati setiap ciptaan Allah..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

wnorhaslina

waalaikummussalam

insyaAllah terima kasih kat akak juga kerana sudi menziarahi blog huda ni..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Farid Rashidi

Basahkan lidah kita dengan zikrullah..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

BalQis

salam ukhwah drpd saya buat kamu..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.