08 Mei, 2009

Coretan Yang Tetinggal

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

CORETAN 1:

Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T, dapat merasai nikmat-nikmat di dunia ini..Maaf kepada sahabat-sahabat dan para pengunjung di sini kerana lebih kurang 3 minggu jari jemari saya tidak digerakkan untuk melakar sesuatu di sini..Alhamdulillah saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir pasa 8hb, syukur semuanya berjalan dengan lancar, doakan saya berjaya di dalam imtihan..maka selepas ini, saya akan mula mengorak langkah ke alam praktikal di sebuah sekolah di Melaka..moga-moga Allah mempermudahkan semuanya untuk saya dan sahabat-sahabat lain yang sama-sama bakal menjalani praktikal 25 Mei ini...insyaallah..


CORETAN 2:

Pada 30hb April yang lalu, saya menyambut hari lahir yang ke 26 tahun :) Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya peluang yang untuk terus beribadah kepadaNYA, merasai nikmat yang diberikan sehingga ke hari ini. semoga Allah memberkati hidup kepada saya sekeluarga di dunia dan akhirat..aminn
Terima kasih tak terhingga kepada semua sahabat yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya dengan mengirimkan sms, email, pesanan di friendster dan di shout box. Alhamdulillah moga ukhwah yang dibina dengan berteraskan ikhlas kerana Allah akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..alhamdulillah saya sudah menjejaki usia 26 tahun.:)

Bersama-sama sahabat-sahabat karib..

CORETAN 3:

Pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Allah. Sedih juga apabila berpisah dengan sahabat-sahabat karib di sini kerana masing-masing akan bakal menjalani praktikal dan seterusnya bakal memulakan kerjaya sebagai pendidik. Ini semester terakhir kami bersama-sama dan telah pun berakhir. Perpisahan dengan sahabat-sahabat rapat seperti Umi Nadiah, Umi Azuha, Khairun Shahida dan Siti Nor Rozlaini amat menyedihkan saya. Mereka inilah sahabat, mereka inilah teman, mereka inilah pendengar yang setia, merekalah inilah sahabat saya di dunia dan akhirat. Di sinilah saya mengenali mereka. Terasa baru semalam kami berkenalan. Masalah, suka dan duka dikongsi bersama, dugaan ditempuhi bersama dan cuba untuk mencari penyelesaian bersama-sama. InsyaAllah selagi nafas berdegup, saya tak akan melupakan mereka. Allah menemukan kami di sini, tempat sama-sama mencari ilmu untuk menjadi pendidik yang cemerlang yang bakal mendidik anak-anak bangsa..Tangisan mengakhiri perjumpaan kami tempoh hari. Semoga segala kenangan akan tersimpan kemas dalam ingatan kami. Saya berdoa semoga ikatan ukhwah yang dibina dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah akan berkekalan hingga ke akhirnya..

Buat kamu sang teman..
Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat..
Semoga kita terus tabah dalam mendidik anak bangsa...
Semoga Allah sentiasa bersama kita semua..
Semoga kasih sayang Allah terus bersama kita..Aminn..


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
18 J'awal 1430H /8 Mei 2009

2 ulasan:

kin hashim berkata...

Dah habis exam? tahniah...semoga berjaya dengan warna2 yg berterbangan... :).

juga, selamat ulangtahun. semoga diberkati atas usia yg telah berlalu dan juga usia yg akan dtg...amiin..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

kin hashim

Aminn..terima kaish atas doa-doa akak itu, semoga Allah memakbulkannnya..

Alhamdulillah huda baru jer habis exam kak, dan sekarang menghitung hari untuk praktikal di sekolah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.