20 Februari, 2009

Pelajar Malas Bawa Buku.!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sudah seminggu lamanya saya tidak menulis apa-apa di sini, sekadar melawat tanpa meninggalkan apa-apa kesan di sini..alasannnya sama, terlalu sibuk dengan tugasan dan mini tesis yang perlu disiapkan..:)..maafkan saya..moga Allah permudahkan segalanya...:)
Alhamdulillah hari ini, ada sedikit ruang masa yang diberikan Allah, bolehlah saya menulis di sini..Sebenarnya sudah hampir dua minggu saya ingin menulis tentang isu ini, tetapi kesuntukan masa..

Isu apa ya?..Begini..8hb Februari yang lalu, saya terbaca di akhbar tempatan berkenaan isu 'Trend pelajar sekolah enggan bawa buku teks ke sekolah'.

Malah berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh pelajar yang ditermu ramah berkenaan bawa buku teks ke sekolah..saya mendapati perkara ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-pelajar bandar tetapi juga pelajar-pelajar luar bandar. Mereka juga tidak kurang hebatnya. Sambil membaca artikel tersebut, macam-macam perasaan saya..sedih, marah dan terlalu kecewa dengan sikap pelajar-pelajar di zaman ini.

Cuba kita bayangkan, bagaimana mereka ini hendak belajar di sekolah jika hanya membawa beg kosong tanpa sebarang buku ke sekolah..bagaimana budaya ilmu yang mereka terapkan. Pada saya, ini bukan sahaja satu trend tetapi satu sikap yang akan menjadi barah dalam remaja dan pelajar yang bakal menjadi pewaris bangsa..Astaghfirullah...apa sudah jadi...

Saya dapat lihat perbezaan pelajar-pelajar dahulu dengan pelajar sekarang. Saya ingat lagi masa saya bersekolah rendah dan menengah, sanggup memikul buku di dalam beg supaya tidak ketinggalan apabila guru mengajar, walaupun saya rasa berat memikul buku tapi dalam hati , saya berkata insyaAllah Allah mempermudahkan kepada saya dalam menuntut ilmu. Zaman sekarang, alasan mereka, buku terlalu berat, sakit bahu memikul buku, guru mengajar bosan dan berbagai-bagai alasan dan akhirnya mereka hidup dalam pelbagai alasan dan akan merugikan diri sendiri. Pada saya, bosan macam mana sekalipun guru itu mengajar, guru patut dihormati, barulah kita memperolehi keberkatan dalam menuntut ilmu.



Adakah pelajar-pelajar sekarang terlalu manja? di mana budaya ilmu mereka? di mana sikap kepimpinan mereka? inilah yang sering saya fikirkan..Yang menyedihkan saya, jika pelajar-pelajar yang tidak membawa buku ini, dimarahi oleh guru, maka kemudian guru pula dipersalahkan oleh ibu bapa kerana memarahi anak-anak mereka yang tidak membawa buku..apa sudah jadi?..bagaimana guru ingin membetulkan kelemahan pelajar jika ibu bapa tidak memberi sebarang tindakan terhadap anak-anak mereka..

Bagaimana mereka ingin menjadi cemerlang sedangkan sehelai kertas dan sebatang pensil atau pen pun tidak dibawa ke sekolah..bagaimana guru ingin membantu mereka sedangkan mereka sendiri tidak mahu berusaha ke arah kejayaan..malah ibu bapa seolah-olah tidak mengendahkan mereka..pada saya, semuanya bermula di rumah, jika anak-anak dididik dengan sebaiknya maka perkara ini tidak berlaku..ibu bapa terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak-anak...dididikan agama tidak dititik beratkan maka bagaimana ingin melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia..dalam laporan akhbar itu juga menyebut, seorang guru memarahi pelajar yang tidak membawa buku teks, apa yang pelajar tersebut lakukan ialah merenung tajam ke arah guru tersebut dan menyebab guru tersebut berasa takut..macam-macam kes didedahkan di dalam akhbar seperti pelajar memukul guru, mana hormatnya mereka kepada guru..

Saya pernah menasihati adik sepupu yang baru berpindah, bersekolah di kampung, jangan sekali-kali tinggal buku di bawah meja dan pulang ke rumah tanpa membawa buku teks. Jika semua buku ditinggalkan, macam mana hendak mengulang kaji pelajaran di rumah? Saya merasakan budaya ilmu kurang diterapkan kepada pelajar-pelajar. Aduhai...


Saya teringat abah pernah bercerita kepada saya dan adik bagaimana susahnya abah menuntut ilmu. Abah berkata abah mencari duit sendiri untuk ke sekolah dengan menjaja jagung rebus, membuat gula melaka dengan memanjat pokok kelapa yang tinggi. Sewaktu musim buah-buahan terutama musim buah durian, abah akan belajar di pondok durian yang hanya diterangi oleh cahaya pelita. Maka pada ketika itu, abah akan membawa semua kitab-kitabnya sewaktu bersekolah arab ke pondok duriannya untuk mengulang kaji pelajaran. Apa yang menyedihkan, pada suatu hari, pondok durian abah terbakar, dan habis kesemua kitab-kitab abah..abah sangat sedih, dan kerana terlalu sayangkan kitab-kitabnya yang dipenuhi ilmu, maka abah ambil abu-abu kitab tersebut masukkan dalam air dan minum...sampai begitu sekali cintanya dan sayangnya abah pada kitab-kitabnya yang banyak berjasa.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha abah mencintai ilmu dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, abah menjadi pelajar terbaik sekolah-sekolah arab kerajaan Johor ketika itu. Pada saya, ini suatu kisah yang perlu dikongsi bersama, betapa sukarnya pelajar-pelajar zaman dahulu menuntut ilmu, dengan menggunakan duit sendiri ke sekolah..Pada zaman ini, pelajar-pelajar mewah dan dibekalkan dengan buku yang secukupnya tetapi masih lagi tidak membawa buku ke sekolah dengan pelbagai alasan.


Saya tinggalkan sahabat-sahabat di sini dengan persoalan : Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Tepuk dada tanyalah iman..

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
23 Safar 1430H / 19 Februari 2009

12 ulasan:

MalayConfinementLady berkata...

huda...
mcm tu la budak2 skrg,
dh byk dipeseongkan oleh perkara2 lain...
prnn guru utk bentuk kembali budaya cinta ilmu...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

tu la Miim...

banyak2 sangat anasir2 luar yang dibawa masuk sampaikan budaya ilmu tu kurang diterapkan...

Peranan guru?..saya setuju tetapi pada huda peranan ibu bapa di rumah juga amat penting, betul tak, miim?..:)

DAMAI berkata...

salam huda sayang....

tidak dinafikan walaupun makin ramai pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang,berbelas2 A1 dalam tangan,masih ramai juga sebenarnya yang mengeja nama sendiri juga tidak tahu...

damai juga seperti kamu dulu...bahkan tulang belakang damai ini juga sekarang agak bongkok kerana berat membawa buku2 ke sekolah dulu...namun,alhamdulillah dengan berkat Allah dan doa ibu dan guru2,kini damai sudah hampir mencapai kejayaan...alhamdulillah...

mari kita sama2 berdoa huda agar generasi sekarang bangkit sedar akan kepentingan ilmu dalam meniti arus kehidupan ini...

jangan sedih2 ya ustazah huda ^^

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

Wahai Damai yang jauh di rantauan..:)

Itulah yang dibimbangkan Damai, masih ramai yang tidak tahu menilai ilmu..masih ramai yang hanyut dengan keseronokkan tanpa mahu bersusah payah menuntut ilmu..

Tidakkan mereka ketahui bahawa menuntut ilmu per banyak pengorbanan, kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya..aduhai...

InsyaAllah..sama-sama kita berdoa semoga generasi di zaman ini, mencintai dan menyanjungi ilmu..penuhilah ilmu di dada dan indahkanlah diri dengan akhlaq mulia...:)

Terima kasih Doktor Nurul Maya binti Sharip (Doktor Damai)..:)

Ibnurashidi berkata...

salam...

Bagi saya, ada dua perkara perlu dilihat di sini.

1.Mungkin faktor buku yang berat dan banyak menjadi sebab pelajar itu begitu. Pernah suatu ketika, isu buku teks berat menjadi isu panas. Mungkin ada benarnya, kerana buku-buku teks yang berat dan tebal itu biasanya wajib dibawa oleh pelajar. Jika tidak, tentu cikgu akan mendenda dan marah.

2.Sistem pendidikan dijadikan perniagaan. Yang menjadi mangsa, pelajar, ibu bapa dan guru itu sendiri. Buku teks dan semua perkara menjadi pernigaan. Bila begitu, keberkatan hilang dan luput. Akhirnya, semangat belajar akan hilang. Guru tidak ikhlas dan kesannya ilmu tidak berkembang. Itu pentingnya keberkatan dalam hidup. Ulama-ulama' dahulu menuntut ilmu dalam keberkataan.

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Persahabatan dari Abu Luqman

fusarium solani berkata...

Salam,
Masalah:-
1.Pelajar tidak diterapkan dengan budaya untuk berilmu mesti berusaha dengan bersungguh (hasilan generasi hedonisme)
2.Sekolah bukan lagi tempat yang seronok
3.Kelam hati

Penyelesaian:-
1.Sedari kecil mak ayah pelajar mesti terapkan bahawa mahu berilmu mesti menjunjung kitab (bukan hp dan psp, mahupun facebook).
2.Sekolah berorientasikan peperiksaan perlu disemak.
3. HAsil yang masuk ke perut anak-fikirlah

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam..

Ibnurashidi...

1) Mungkin ada betulnya faktor buku yang tebal merupakan faktor pelajar terbeban untuk bawa buku ke sekolah mungkin kajian secara terperinci pada buku teks harus diberi penekanan tapi bagaimana pula kes pelajar tidak bawa buku langsung ke sekolah..adakah faktor buku berat juga alasannnya..bagaimana belajar jika buku pun tidak dibawa..:)

2) Buku teks dijadikan barang perniagaan...saya rasa ini juga patut dikaji dan dilihat secara menyeluruh. Ada sesetengah pihak yang mengaut keuntungan. Cuba bayangkan bagaimana jika dalam tempoh 5 tahun, buku teks ditukar kepada buku teks yang baru..bukankah itu juga membebankan...apa2 pun keberkatan itu penting dalam menuntut ilmu..

Syukran ya akhie atas komentar ini...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam..

ABU LUQMAN..

Salam Persahabatan dan salam ukhwah drpd saya..syukran kerana singgah dan meninggalkan jejak di Teratak Indah..:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam..

fusarium solani

1)Ya benar tu, kurangnya terapan budaya ilmu terutama di rumah menjadi antara penyebab utama kurangnya minat pelajar-pelajar untuk menimba ilmu..cuba bayangkan masih ramai lagi pelajar-pelajar yang tidak membaca dan mengenal huruf apabila menginjak ke sekolah menengah..aduhai ibu bapa..bantulah anak-anak..didiklah mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna..

2)Sekolah berorientasi peperiksaan..ini juga mungkin patut diberi perhatian...pada saya bukan sahaja diterapkan peperiksaan tetapi perlu diterapkan pembangunan sahsiah supaya generasi akan datang mempunyai akhlak-akhlak terpuji dan disenangi semua golongan..

3)Keberkatan dalam necari rezeki itu juga penting..kerana ia menjadi darah daging seterusnya membantu melahirkan anak-anak yang solehah yang mempunyai hati-hati yang suci..:)

Syukran atas pendapat anda..;)

Brahim Nyior berkata...

Salam Huda,

Cabaran buat guru hari ini, bukan sekadar pelajar yang kurang bdisiplin, tetapi sesetengahnya menganggap sekolah tempat yang sia-sia.

Remaja hari ini bagai hilang punca, panduan dalam hidup.

Besar tanggungjawab guru.

Jangan mudah putus asa...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam cikgu Izzuddin..

Saya setuju remaja sekarang hanya pergi sekolah sebagai satu tuntutan daripada ibu bapa. Mereka melihatnya bukan drpd sudut kesedaran dan untuk menuntut tetapi hanya sekdar untuk bertemu kawan2..

aduhai..inilah realiti hidup seorang guru yang penuh tanggungjawab untuk mendidik insan2 sebegini...moga-moga semua guru diberi kekuatan dalam mendidik anak bangsa menjadi pewaris negara pada masa hadapan....insyaAllah..

Syukran atas komen cikgu izzuddin ini..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.