Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada
orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada
perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
· Bacalah Al-Qur'an
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada
orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada
perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Nurhuda_cahayapetunjuk
1 Rabiulawal 1430H / 26 Februari 2009
1 Rabiulawal 1430H / 26 Februari 2009
9 ulasan:
salam huda ^^
nak memulakan sesuatu amalan itu pun sudah susah,apatah lagi hendak menjaga dan istiqamah melakukannya...hanya Allah tempat dipohon segala kekuatan...
jaga diri ya ustazah ^^
waalaikummussalam..
betul betul...:)
Huda setuju sangat2 apa yg Dr Damai cakapkan tu..;)
Bukan senang nak kekalkan dalam beramal..byk ujian dan cabarannya..namun insyaAllah jika hati ikhlas melakukannnya, mudah2han Allah sentiasa bagi kita ruang untuk terus melakukan yang terbaik di sisi Allah..:)
terima kasih Dr Damai..:)
Ops, bakal cikgu rupanyer.
Ok jugak blog cikgu ni.. Teruskan usaha, Cikgu Huda.
Makaseh singgah di blog saya.
Jazakallahhu khairan kasira...
Cikgu Izzuddin Ali..bertandanglah ke Teratak Indah lagi..:)
salam Huda,
sungguh sejuk membaca postingan yang indah ini. insya Allah hati gundah menjadi tenang setelah membaca ini semua
jazakillah ya ustadzah
Salam...
Peringatan yang baik. Teruskan mengingat kerana saya juga manusia yang sering lupa.
waalaikummussalam
bunda yulia..
syukran bunda kerana ziarah ke Teratak Indah..tulisan ini sekadar untuk peringatan diri dan juga sahabar-sahabat di sini..moga2 sama2 kita dapat merasai setiap detik2 nikmat yang Allah berikan untuk kita kongsi bersama...
Salam ukhwah daripada Malaysia..;)
waalaikummussalam..
Ibnurashidi..
InsyaAllah...selagi diizinkan Allah, saya akan terus menulis di sini, untuk berkongsi bersama-sama sahabat2 di sini...semoga Allah memberkati kita semua dalam mencari keredhaan Allah S.W.T..;)
Syukran kerana selalu ke sini..:)
Catat Ulasan