15 Oktober, 2008

Menggapai Impian..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Bersyukur Ya Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menggerakkan jari jemari di papan kekunci di laptop ini untuk melakar coretan di sini. Dalam setiap waktu nafas kita dihembuskan, perkataan syukur harus sentiasa diucapkan, syukur atas nikmatNYA, nikmat yang cukup luas diberikan Allah Azzawajjalla.

Hati tergerak untuk menabur idea di sini apabila membaca atikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal berkaitan dengan Sang Murabbi. Banyak yang dipelajari melalui artikel ini.

Teringat saya tatkala guru sewaktu saya darjah 3 bertanya apakah cita-cita saya. Saya dengan pantasnya menjawab:

"Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Menteri Perdagangan".

Entah kenapa waktu itu, saya sungguh teruja untuk menjadi Menteri Perdagangan, dan alasannya saya ingin menjadi seperti Tan Sri Rafidah Aziz-seorang wanita dapat menjadi menteri..he he he..Apabila sekolah menengah, saya mengambil aliran perakaunan dan menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang akauntan...:) Cita-cita saya bertukar-tukar hehe...

Tetapi sebenarnya bonda dan ayahanda saya inginkan anak sulungnya ini menjadi seorang guru tapi masa itu saya tak mahu sebab saya inginkan sesuatu yang lain, tak semestinya perempuan kena jadi cikgu :)..selepas SPM, alhamdulillah diberikan Allah rezeki dan saya memperolehi keputusan cemerlang..seperti biasa impian saya ingin menjejakkan kaki ke universiti..Bonda menyuarakan pandangan :
"Yuyu, masuk maktab perguruan jer la". (Yuyu- gelaran saya di rumah hehe )


Saya tak nak kerana cita-cita saya nak jadi akauntan..aduhai..masa tu, berbelah bagi hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu dan akhirnya saya berjanji dengan bonda, saya masuk universiti dalam diploma perakaunan dan selepas diploma, saya akan pilih ke profesion perguruan untuk ijazah..janji saya pada bonda dan ayahanda..

Selepas diploma, saya tunaikan janji saya, walaupun di hati ingin meneruskan ijazah dalam perakaunan..berat sungguh hati..tapi janji kena tunaikan..kerana saya yakin dalam setiap perkara yang direstui ayahanda dan bonda, ada hikmah yang tersurat yang kita sendiri tidak tahu, dalam setiap apa yang diingini oleh ibu bapa untuk anak-anaknya, adalah yang terbaik untuk anak-anak..

Bidang ini sudah sebati dalam diri saya warisan daripada ayahanda tapi saya ingin mencuba bidang yang lain, inilah yang saya fikirkan dahulu..

Tapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah menggerakkan hati ini..hari ini, saya rasakan inilah cita-cita untuk saya..seorang guru dan pendidik anak bangsa..

Dulu sewaktu saya sekolah menengah, apabila saya pergi ke kedai, selalu disapa oleh orang kedai "Cikgu, beli barang?" saya hanya tersenyum. Bonda kata, "Apa yang dikatakan tu doa, jadi cakaplah aminn"..Betul, ia sesuatu doa..dan akhirnya doa itu dimakbulkan..:)..

InsyaAllah..cita-cita saya hampir pasti..hanya beberapa langkah harus saya habiskan dalam menggapai impian..impian saya, impian ayahanda dan bonda, impian agama, bangsa dan negara...cuma sedikit kekuatan yang perlu dikumpulkan dalam diri, untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu untuk mendidik anak watan..

Cita-cita yang mulia..:) Buat semua guru-guru saya, terima kasih kerana mengajar saya..kalian amat bermakna dan contoh yang terbaik buat saya..;)

Buat ayahanda dan bonda..insyaAllah...saya berjanji akan buat yang terbaik dalam mengejar impian dan cita-cita dalam mendidik anak-anak bangsa..:)
Ya Allah...aku bersyukur atas nikmatMU..Ya Allah...

Novel:Memoir Seorang Guru
Karya: Azizi Abdullah

6 ulasan:

fusarium solani berkata...

Salam singgah,

Guru itu umpama lilin yang membakar dirinya untuk kemudahan orang lain. Ini metafora paling umum namun paling tepat. Syabas!

Selamat menggapai impian.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Terima kasih fusarium solani kerana berkunjung ke mari..

Guru umpama lilin yang menerangi yang lain, membantu supaya tidak berada dalam kegelapan..doakan saya mampu menjadi lilin yang bisa menerangi hati2 anak-anak bangsa..insyaAllah..:)

aShaBuLz berkata...

hehehe....cayalah!! sokong sumer cikgu2 d dunia!! mari mendidik!! tanpa guru tidak kan lahir menteri perdagangan dan akauntan..hihi..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

terima kasih ashabulz kerana berkunjung ke mari..

Semoga guru2 diberikan kekuatan untuk menangkis cabaran dalam mendidik anak bangsa..insyaAllah..:)

Ibnurashidi berkata...

Bertepatan dengan entri baru yang dikomen enti.

Semoga liku-liku hidup sebagai seorang guru dilalui dengan ketabahan dan kesabaran. Gunakan konsep 'makan dalam' kepada anak murid.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kepada Ibnurashidi

InsyaAllah akhie..moga2 Allah beri saya kekuatan dalam mendidik insan-insan ini..moga ada ruang dalam diri saya untuk terus berbakti pada agama, bangsa dan negara insyaAllah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.