29 Oktober, 2008

Imtihan...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Cepat benar masa berlalu..jika dihitung, hanya beberapa hari saja lagi saya dan sahabat-sahabat akan menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini..dalam keadaan begini berbagai-bagai perasaan menyelubungi diri..hanya usaha, usaha, usaha, doa, doa dan doa dan tawakkal yang sentiasa dilakukan agar diri ini terus mendapat keyakinan dan petunjuk daripada Allah Azzawajalla...Semoga kalimah-kalimah Allah dan zikrullah menjadi peneman dan penenang kekalutan hati di kala ini..Moga ada ruang untuk saya terus merasai kasih sayang Allah S.W.T...

Bermula 3hb November ini hingga 20hb Novermber, perang peperiksaan bermula...Selama waktu ini, saya akan jarang menjenguk ke 'Teratak Indah'.

Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung di sini..doakan saya, moga dipermudahkan segalanya oleh Allah S.W.T dalam menghadapi peperangan minda ini...insyaAllah saya akan cuba sedaya yang termampu, moga ada jalan dan petunjuk oleh Allah S.W.T dalam memberi yang terbaik...insyaAllah..


KU BERDOA....

Ya Allah..
Berkatilah ilmu yang ku pelajari..

Permudahkan segalanya untukku dalam menghadapi peperiksaan ini..

Terangkan hatiku dalam meneruskan perjuangan dalam peperiksaan ini..

Mudah-mudahan ilmu ini, dapat aku digunakan untuk mendidik anak-anak bangsa..

Ya Allah..
Berilah aku kekuatan...berilah aku petunjuk dan hidayah MU...


Ya Allah...
Tambahkan kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik..

Ya Allah..
Tetapkanlah aku dalam agamaMU, yang suci dan bersih, Agama Islam..


Ya Allah..
HambaMU ini, benar-benar beriman kepadaMU, maka ampunilah dosa-dosaku
dan lindungi aku daripada azab api neraka..

Ya Allah..
Dengan kalimah syahadah, dengan kalimah syahadah...Ya Allah matikanlah aku dengan kemudahan yang baik...

Ya Allah..
Sesungguhnya kepadaMU saja hambaMU ini memohon pertolongan..
Dengarlah rintihan hambaMU ini..

Berilah hambaMU ini, kejayaan di dunia dan akhirat..

AMINN AMINN YA RABBAL A'LAMIN..

Kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan semoga berjaya.. "Ma'a Taufik Wanajjah Fil Imtihan"

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

all da best kak huda!!
:)

ROS berkata...

Assalamualaikum Huda,

Semoga Allah permudahkan. Ameen.

kin hashim berkata...

semoga dipermudahkan menjawab soalan2 tuh... :).

Ibnurashidi berkata...

Assalamualaikum..

Saya doakan semoga enti lulus exam dan najah dgn cemerlang Insya'Allah. Jgn lupa doa dan solat hajat. Lepas usaha tawakal alallah..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Assalamualaikum..


Kepada Kak Ita, athirah nadia, kak kin dan akhi ibnurashidi...

Terima kasih atas doa kalian...saya sangat2 menghargainya..moga segalanya dipermudahkan Allah...Aminn

iNsAn KerDiL berkata...

semoga berjayer....
do ur best ok.....

Tanpa Nama berkata...

utk manusia dpt amal agama dia kena usaha atas iman...sbb iman insy akan menolak kita melakukan amal..tanpa iman ilmu bak lautan pun kita tidak boleh amal dan amal yg kita lakukan hanyalah taufik dari allah kerana allah nak memuliakan kita sahaja insy.jadi utk usaha atas iman kita kena perbanyakan menyebut kalimah toiyibah dgn meyakini allah berkuasa apa2 yg ada dlm dunia ni x blh buat apa2 tanpa izin dari allah...maaf smga kita dpt amal dan sampaikan..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

tulisan ini dah lama dah..terima kasih kepada yang memberi pandangan ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.