29 Ogos, 2008

Ramadhan Yang Ditunggu..Marhaban Ya Ramadhan...

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulilah bersyukur kepadaMU Ya Allah kerana menghidupkanku sehingga ke hari ini, agar dapat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..Ramadhan yang dinanti penuh dengan barkah dan kerahmatan.

"Bulan Ramadhan, bulan di mana awalnya rahmat, ditengahnya magfirah dan diakhirnya pembebasan daripada api neraka"

"Ramadhan bulan dirindui Nabi, pemergiannya ditangisi Nabi, menantikan malam erbaik daripada 1000 bulan, memang keikhlasan ibadah amalan terbaik buat kita"

Kedatangan Ramadhan memang dinanti saya...Rindu di hati dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan untuk kita sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan, ketenangan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.Kesempatan yang terlalu bernilai yang harus direbut saya dan semua umat Islam di muka bumi ini. Kecintaan pada Allah S.W.T yang membuatkan kita terus beramal dan menjalani ibadah dengan sempurna di mana ada ruang-ruang kosong yang harus diisi dengan ketaqwaan dan sayangnya kita pada Allah Azzawajalla..

Ketangisan penyesalan dalam diri harus disusuli dengan setiap amalan yang menjadikan kita orang-orang yang soleh dan solehah dan menjadi muda-mudi Islam, yang disulami dengan akhlak yang mulia...

Ramadhan datang lagi...mampukah kita menyambutnya dengan sempurna dan dipenuhi dengan amalan soleh...


Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Betapa ruginya kita jika tidak merebut peluang ini, peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk kita beramal dengan sempurna, ganjaran pahala yang berganda untuk setiap amalan baik..Betapa bersyukurnya aku Ya Allah atas nikmat yang diberikan..betapa bersyukurnya aku menjadi hambaMU...Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda..satu ibadah wajib di bulan Ramadhan menyamai 70 ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan, amaaln-amalan sunat nilainya sama dengan ibadah wajib. dan ini tidak termasuk amal-amal kebajikan yang dilakukan..Ya Allah..sungguh banyak ganjaran diberikan di bulan mulia ini..

Ramadhan bulan ibadah...bulan mulia, bulan pengampunan daripada Allah, bulan penyucian diri dan setiap kebajikan diberikan pahala..begitu besarnya nilai bulam Ramadhan dan setiap umat Islam harus merebut peluang yang terbentang luas ini...

Rindu rasanya hati ini untuk bersolat tarawih beramai-ramai..teringat saya pada Ramadhan yang lepas, tatkala bersolat tarawih pada hari pertama, menitis airmata ketika imam membaca alunan merdu ayat-ayat Al-Quran di dalam solat ....tapi sedihnya Ramadhan yang datang ini, kemerduan pada suara itu tidak kedengaran lagi, Imam tersebut telah kembali ke Rahmatullah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh...

Marhaban Ya Ramadhan..penuhkan dengan solat terawih dengan hati yang ikhlas...

Sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).

InsyaAllah..dari masa ke semasa, saya akan berkongsi di sini fadhilat bersolat tarawih pada setiap malam..

Akhir sekali..saya berdoa agar diri ini diberikan kekuatan, diberikan keteguhan iman oleh Allah S.W.T untuk saya dapat mengerjakan amal ibadah di bulan puasa dengan baik..insyaAllah saya berdoa moga-moga dipermudahkan dalam urusan merebut peluang dan ganjaran di bulan mulia ini. Dengan penuh keikhlasan diri, betapa diri ini masih banyak kelemahan diri, betapa diri ini insan lemah yang tidak lari daripada melakukan kesalahan..

Ya Allah..ampunilah aku, ibu bapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan sleuruh umat Islam...
Ya Allah..jadikanlah aku, hambaMU yang bersyukur
Ya Allah...permudahkanlah segalanya untukku dalam mencari keberkatan dan keredhaanMU di bulan mulia ini dan bulan-bulan seterusnya..
Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh MU..
Ya Allah..betapa aku insan yang lemah yang memerlukan petunjuk dan hidayah daripadaMU..
Ya Allah..moga-moga aku sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaMU...AMINN..

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah Azzawajalla dan yang buruk itu daripada kelemahan diri ini..
Coretan ini untuk ingatan diri ini jua...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.