31 Ogos, 2008
Fadhilat Solat Tarawih (2)
Fadhilat Solat Tarawih
Malam Pertama : Keluar Dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia bari dilahirkan, mendapat kemapunannya daripada Allah S.W.T.
SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH...REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..:)
Mari Beramal...:)
29 Ogos, 2008
Ramadhan Yang Ditunggu..Marhaban Ya Ramadhan...

Betapa ruginya kita jika tidak merebut peluang ini, peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk kita beramal dengan sempurna, ganjaran pahala yang berganda untuk setiap amalan baik..Betapa bersyukurnya aku Ya Allah atas nikmat yang diberikan..betapa bersyukurnya aku menjadi hambaMU...Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda..satu ibadah wajib di bulan Ramadhan menyamai 70 ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan, amaaln-amalan sunat nilainya sama dengan ibadah wajib. dan ini tidak termasuk amal-amal kebajikan yang dilakukan..Ya Allah..sungguh banyak ganjaran diberikan di bulan mulia ini..
28 Ogos, 2008
Rela Dimasukkan Ke Dalam Neraka..
Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di SyurgaNYA?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.
Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".
Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.
Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka ,
Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurga-Ku yang paling tinggi".
Konvokesyen Adik..
Di kesempatan ini, saya coretkan catatan sempena konvokesyen adik saya, Cik Yati tu..adik saya juga belaja di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini..tapi walaupun dia adik tapi dia habis belaja dulu sebab dia masuk UPSI guna tiket matrikulasi ..saya pula masuk ke sini menggunakan tiket diploma..walau apa2pun mcm bonda kata "Jgn risau jalannya tetap sama, untuk menjadi pendidik..
p/s:bonda peluk adik sambil menangis.:)
Seronok tengok bonda dan ayahanda gembira pada hari tu, paling sedih bila lepas sesi adik terima ijazah, di luar dewan bonda peluk adik sambil menangis...mungkin bonda terlalu gembira dan inilah hadiah terbaik buat mereka berdua..saat2 begini terkenang saya masa konvokesyen diploma di UiTM dulu...:)
Apa-apa pun nasihat saya pada adik..
Jadilah anak yang solehah, sentiasa doakan bonda dan ayahanda...
Restu dan doa bonda dan ayahanda adalah yang utama..
Jadi wanita solehah yang berakhlaq mulia, penyejuk hati bonda dan ayahanda..
Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan diberkati Allah selalu, dan berbahagia di dunia dan akhirat...::)
24 Ogos, 2008
Syukran Kak Whitetulip..
Saya sangat menghargainya...:)
20 Ogos, 2008
Minum Arak Punca Segala Kejahatan

Alhamdulillah..saya masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mencoretkan sesuatu di sini..dek kerana sibuk dengan tugasan, lama blog saya tidak di up date..namun di kesempatan ini, ingin saya berkongsi satu kisah di sini.. moga-moga kita dapat manfaatnya..insyaAllah..
Dosa manakah yang paling dahsyat dan bahaya, meminum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman yang memabukkan iaitu arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Khalifah Ustman meneruskan khutbahnya, pada zaman dahulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana terlalu jatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Lelaki tersebut merasakan minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lalu lelaki soleh itu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah arak, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua..tingkatkanlah keimanan kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan iman yang kukuh akan dapat menghindar segala kejahatan..insyaAllah...
Ya Allah..tetapkanlah iman ku, jadikanlah aku, hamba-Mu yang solehah..AMINN..
14 Ogos, 2008
Jutaan Terima Kasih...INSAN KERDIL...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
08 Ogos, 2008
Senyumlah Dulu Ya..

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan..teringat saya pada sesuatu yang dikongsi oleh pensyarah untuk subjek Reka Bentuk dan Instruksional Teknologi iaitu Encik Ismail bin Raof..Subjek ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar pendidikan di universiti pendidikan ini. Skopnya adalah bagaimana kita nak apliksi multimedia atau teknologi dalam pengajaran..
Emm..Encik Ismail ni seorang yang berpengalaman..suka tersenyum dan beliau nampak awet muda kerana dia sentiasa berfikiran positif…susun kata-katanya sentiasa teratur apabila menyampaikan kuliah kepada kami..
Encik Ismail berkongsi info baru-baru ini kepada kami..sangat menarik…
Beliau berkata suatu ketika duu, beliau pernah menghadiri seminar komunikasi. Penceramah seminar tersebut bertanya kepada peserta seminar tersebut
“ Apakah yang dilakukan apabila kite mendengar deringan telefon?”……semasa bercerita, Encik Ismail bertanya soalan yang sama kepada kami semua...ada yang berkata “ Angkat telefon lah Encik,ada yang kata..”Kita tengok siapa yang telefon dan macam2 lagi...
Pada saya, ia diibaratkan seperti suatu disiplin diri yang perlu dilakukan selalu supaya ia menjadi biasa..emm…oleh itu, sebelum mengangkat telefon, pastikan anda tersenyum…
Di bawah ini, saya serta lirik lagu SENYUM...mari kita menyanyi bersama-sama..:)
“SENYUMAN ITU SUATU SEDEKAH”
Senyum seindah suria
05 Ogos, 2008
Bulan Sya'aban, Bulan Yang Dikasihi Rasulullah S.A.W.

Bulan Sya'aban sudah pun menjelma..saya terbaca artikel ni di http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01313.html
Sabda Rasulullah S.A.W.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
Sabda Nabi S.A.W.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an. Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu) Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.) Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
BERAMALLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH S.W.T AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDHAAN ALLAH S.W.T..INSYAALLAH.....
02 Ogos, 2008
Renungan Bersama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
( Surah An-Naml : ayat 1)
" Petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman"
(Surah An-Naml : ayat 2)
"(Iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat, dan menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat"
(Surah An-Naml : ayat 3)
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, Kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelimang dalam kesesatan"
(Surah An-Naml : ayat 4)
"Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat siksaan buruk (di dunia) dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling rugi"
(Surah An-Naml : ayat 5)
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar telah diberi Al-Quran dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Maha Mengetahui"
(Surah An-Naml : ayat 6)
YA ALLAH...
