24 Jun, 2010

Hikmah Yang Sangat Berharga

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat di Teratak Indah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Semoga kasih sayang Allah S.W.T sentiasa memayungi setiap perjalanan kehidupan seharian. Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Pemurah, hanya dengan amalan yang sedikit yang dilakukan dengan penuh rasa keikhlasan, khusyuk dan penuh rasa rendah diri kepada Allah S.W.T, Allah memberikan berbagai ganjaran untuk hambaNYA. Maka dengan itu, duhai sahabat, bersyukurlah atas nikmat Allah yang cukup bernilai. Marilah setiap saat kita mengingati Allah Azzawajalla, Pencipta seluruh alam.

Buat semua..marilah kita baca kisah ini..buat renungan kita bersama..:)

Tajuk: Hikmah Yang Sangat Berharga

Pada suatu hari, ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab :

"Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat.

Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang daripada menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Sejak daripada hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Tiada harapan selain ALLAH S.W.T,
Tiada idola selain NABI MUHAMMAD S.A.W,
Tiada kata seindah AL-QURAN,
Tiada jalan selurus SUNNAH,
Tiada perjuangan selain ISLAM
Menuju syurga firdausi yang kekal abadi

CINTA KU HANYA PADAMU, YA ALLAH...........


p/s: Gambar di ambil di sini

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
11 Rejab 1431H /24 Jun 2010

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.