20 Oktober, 2008

Alhamdulillah..Kenduri kendara Yang Meriah..:)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Keluarga Bahagia- Mak Noi Sekeluarga..:)

Saya bersama-sama adik-adik comel..hehhe..
Gambar di atas- Bersama Keluarga Tercinta



Gambar sekitar majlis...:)

Alhamdulillah..bersyukur akhirnya dapat juga saya mencoretkan sedikit di sini...bersyukur Ya Allah akhirnya pada 18 Oktober, sabtu yang lalu, Majlis kesyukuran Mak Noi-adik bonda saya, berpindah ke rumah baru, dapat dilaksanakan dengan sempurna..seronok sangat2 dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain ditambah pula majlis dibuat dalam bulan syawal berserta dengan sambutan hari raya..:)

Sebahagian keluarga sebelah Pak Sam- suami Mak Noi..

Seronok apabila melihat kegembiraan terpancar pada wajah insan-insan yang saya sayangi khususnya mak noi dan keluarga, nenek, atok, bonda, ayahanda, maksu, dan adik2 saya yang comel..:) walau pun sedih juga, kami tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama dengan ahli kelurga yang tidak dapat hadir, mungkin ada hikmah di sebaliknya..:(
Antara hidangannya- nasi beriyani, ayam masak merah, daging masak kurma, pajeri nanas, aca, lepat loeh, nasi impit, kuih muih dan pencuci mulut..:)

Meriahnya adik-adik yang comel- sayangnya... :)

Tugas saya selaku penyambut tetamu- antara orang yang duduk di barisan hadapan menyambut hadirin yang hadir hehehehe...Majlis dimulakan dengan Marhaban oleh kaum bapa jam 10 pagi, kemudian jemputan hadir jam 11 hingga 4 petang, bacaan yasin oleh kaum ibu pada jam 2.30 petang..Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab hampir kesemua jemputan hadir ke majlis tersebut...

Doa saya kepada Mak Noi sekeluarga, semoga Mak Noi sekeluarga berbahagia ke akhir hayat dalam melayari alam rumahtangga di dalam bahtera' RUMAHKU SYURGAKU' AMINN...

TAHNIAH DARIPADA SAYA SEKELUARGA..:)

15 Oktober, 2008

Menggapai Impian..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Bersyukur Ya Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menggerakkan jari jemari di papan kekunci di laptop ini untuk melakar coretan di sini. Dalam setiap waktu nafas kita dihembuskan, perkataan syukur harus sentiasa diucapkan, syukur atas nikmatNYA, nikmat yang cukup luas diberikan Allah Azzawajjalla.

Hati tergerak untuk menabur idea di sini apabila membaca atikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal berkaitan dengan Sang Murabbi. Banyak yang dipelajari melalui artikel ini.

Teringat saya tatkala guru sewaktu saya darjah 3 bertanya apakah cita-cita saya. Saya dengan pantasnya menjawab:

"Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Menteri Perdagangan".

Entah kenapa waktu itu, saya sungguh teruja untuk menjadi Menteri Perdagangan, dan alasannya saya ingin menjadi seperti Tan Sri Rafidah Aziz-seorang wanita dapat menjadi menteri..he he he..Apabila sekolah menengah, saya mengambil aliran perakaunan dan menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang akauntan...:) Cita-cita saya bertukar-tukar hehe...

Tetapi sebenarnya bonda dan ayahanda saya inginkan anak sulungnya ini menjadi seorang guru tapi masa itu saya tak mahu sebab saya inginkan sesuatu yang lain, tak semestinya perempuan kena jadi cikgu :)..selepas SPM, alhamdulillah diberikan Allah rezeki dan saya memperolehi keputusan cemerlang..seperti biasa impian saya ingin menjejakkan kaki ke universiti..Bonda menyuarakan pandangan :
"Yuyu, masuk maktab perguruan jer la". (Yuyu- gelaran saya di rumah hehe )


Saya tak nak kerana cita-cita saya nak jadi akauntan..aduhai..masa tu, berbelah bagi hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu dan akhirnya saya berjanji dengan bonda, saya masuk universiti dalam diploma perakaunan dan selepas diploma, saya akan pilih ke profesion perguruan untuk ijazah..janji saya pada bonda dan ayahanda..

Selepas diploma, saya tunaikan janji saya, walaupun di hati ingin meneruskan ijazah dalam perakaunan..berat sungguh hati..tapi janji kena tunaikan..kerana saya yakin dalam setiap perkara yang direstui ayahanda dan bonda, ada hikmah yang tersurat yang kita sendiri tidak tahu, dalam setiap apa yang diingini oleh ibu bapa untuk anak-anaknya, adalah yang terbaik untuk anak-anak..

Bidang ini sudah sebati dalam diri saya warisan daripada ayahanda tapi saya ingin mencuba bidang yang lain, inilah yang saya fikirkan dahulu..

Tapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah menggerakkan hati ini..hari ini, saya rasakan inilah cita-cita untuk saya..seorang guru dan pendidik anak bangsa..

Dulu sewaktu saya sekolah menengah, apabila saya pergi ke kedai, selalu disapa oleh orang kedai "Cikgu, beli barang?" saya hanya tersenyum. Bonda kata, "Apa yang dikatakan tu doa, jadi cakaplah aminn"..Betul, ia sesuatu doa..dan akhirnya doa itu dimakbulkan..:)..

InsyaAllah..cita-cita saya hampir pasti..hanya beberapa langkah harus saya habiskan dalam menggapai impian..impian saya, impian ayahanda dan bonda, impian agama, bangsa dan negara...cuma sedikit kekuatan yang perlu dikumpulkan dalam diri, untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu untuk mendidik anak watan..

Cita-cita yang mulia..:) Buat semua guru-guru saya, terima kasih kerana mengajar saya..kalian amat bermakna dan contoh yang terbaik buat saya..;)

Buat ayahanda dan bonda..insyaAllah...saya berjanji akan buat yang terbaik dalam mengejar impian dan cita-cita dalam mendidik anak-anak bangsa..:)
Ya Allah...aku bersyukur atas nikmatMU..Ya Allah...

Novel:Memoir Seorang Guru
Karya: Azizi Abdullah

13 Oktober, 2008

Kad Raya Daripada Kak Zanie Dan Ibnu Rashidi

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Maaf pada kedua-dua sahabat dan sahabiyah saya ini iaitu Kak Zanie -org sedaerah saya-Pontian :) dan Ibnu Rashidi sebab baru sekarang letak kad raya pemberian keduanya..takpelah kan, kita masih dalam bulan syawal lagi..walau apapun terima kash tak terhingga kepada kedua-duanya...saya sangat menghargainya..tahun depan boleh dapat lagi kan he he he...insyaAllah..

12 Oktober, 2008

Ganjaran Puasa Enam

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Alhamdulillah..hari ini dapatlah saya menghabiskan puasa enam..:) syukur Ya Allah kerana masih dapat merasai nikmat berpuasa enam di bulan Syawal..
Mudah-mudahan Allah memberi kesempatan di panjang umur untuk tahun hadapan..insyaAllah..
Ingin sekali saya berkongsi artikel yang saya baca di Harian Metro- 10 Oktober 2008 yang lalu tentang ganjaran pausa enam..selamat membaca..; (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20081010114251/Article/indexv_html)

Ganjaran Puasa Enam
Susunan oleh : Idris Musa
idris@hmetro.com.my

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar. Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat. Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasaqada. Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapatsebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

P/S : Semoga kita memperolehi manfaat daripada artikel ini..

11 Oktober, 2008

Kek Coklat Kukus Teratak Indah.:)

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Hari ini, saya nak berkongsi resepi kek coklat kukus ni...gambar di bawah tu, kek saya buatkan untuk maksu masa hari lahirnya pada bulan Mei yang lepas, emm saya tak pandai hias kek.:(....dah lama tak kongsi resepi di sini..sudi-sudikanlah mencubanya. Senang dan sedap..insyaAllah..


KEK COKLAT KUKUS TERATAK INDAH

BAHAN-BAHAN :-
3 cawan tepung
3 1/4 gula kasar

8 biji telur

1 1/2 cawan koko

1 1/2 cawan minyak
1 cawan air suam
2 sudu kecil soda+ baking powder

Esen vanila

Sedikit garam

1 tin susu cair

CARA-CARA :-
Bahan A
-Gula dan telur pukul sampai sebati
-Masukkan Esen vanila
-Masukkan susu cair satu tin

-Masukkan garam

Bahan B
-Tepung diayak
-Coco diayak

-Campurkan tepung,coco,soda dan baking powder

Topping:
-Coklat masak
-Whipping Cream
(*Masak secara double boiler hingga berkilat dan sebati)

*Kemudian masukkan bahan B dalam bahan A diselang-seli dgn air suam.
*Kemudian masukkan minyak..

*Akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan dikukus....
* Untuk topping, coklat yang dimasak secara double boiling tadi disapukan di atas kek.
* Dan...Kek siap untuk dimakan..;) ;)

* Bahan-bahan ini untuk 2 adunan sekali..dapat buat dalam 2 loyang..:)

Selamat mencuba...sedap kek ni..insyaAllah...

10 Oktober, 2008

Mencintai-MU...Ya Allah...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s,

"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,

"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,

"Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2.
Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan
dari manusia.

3.
Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1.
Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2.
Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3.
Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4.
Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.
Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Peringatan untuk saya jua, insan yang lemah...

09 Oktober, 2008

Lebaran Yang Bermakna...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Maaf kepada sahabat dan sahabiyah di sini..hari ini baru saya berkesempatan mengemaskini blog ni. Menyiapkan tugasan yang perlu di utamakan.:)

Alhamdulillah..hari ni dah 9 hari kita meraikan syawal, rasa macam baru semalam saja kita meraikan 1 syawal cepatnya masa berlalu. Sekarang ramai yang dah mula berpuasa enam. Setahun sekali, marilah kita merebut peluang ini untuk berpuasa sunat enam hari di bulan syawal..:) Walau apa pun bagi saya setiap syawal yang berlalu amat bermakna. Dapat berjumpa sahabat-sahabat yang dah lama tak berjumpa. Seronok sangat dan dapat berjumpa sanak-saudara yang jauh di mata tapi dekat di hati dan yang best dapat buat biskut raya..:)

Biskut raya..sila lah jamu selera..;)

Kek Coklat Kukus :)

Biskut Almond Crispy :)

Alhamdulillah..dapatlah saya menyiapkan 5 biskut raya iaitu biskut almond crispy, biskut ais kirm, biskut makmur, biskut cornflakes butter dan biskut coklat chip dan kek coklat kukus..:)..seronok rasanya, ni lah yang termampu saya lakukan untuk hari lebaran kali ni..hany gambar biskut raya di atas saja yang sempat saya ambil gambarnya :)

Di hari raya :)

Saya bersama sahabat baik sekolah rendah - Ujie

Sahabat-sahabat lama yang bertandang ke rumah.. spaghetti tu sedap ;)

Salam Lebaran kepada semua..insyaAllah kita bersua lagi di lebaran tahun hadapan, insyaAllah..:)

Lebaran yang berlalu...
Pemergian yang akan kembali..
Kembali dengan sinar baru..
Sinar ukhwah yang bersemi selamanya..
Moga dapat bertemu kembali lebaran yang dinanti...:)

SELAMAT BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.