28 Ogos, 2008

Konvokesyen Adik..

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..


Di kesempatan ini, saya coretkan catatan sempena konvokesyen adik saya, Cik Yati tu..adik saya juga belaja di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini..tapi walaupun dia adik tapi dia habis belaja dulu sebab dia masuk UPSI guna tiket matrikulasi ..saya pula masuk ke sini menggunakan tiket diploma..walau apa2pun mcm bonda kata "Jgn risau jalannya tetap sama, untuk menjadi pendidik..


p/s sesi bergambar dengan Maksu kami..:)



Seronoknya tengok adik konvo, walau saya penat...tugas saya dan maksu pada hari tu adalah menjadi tukang ambil gambar dan maksu ambil video..takpelah..layan jer adik ni, bukan selalu konvokesyen ni, lagipun setelah 4 tahun berjuang...dan inilah hasil..ALHAMDULLILLAH...dan masa saya insyaAllah akan tiba nanti...


p/s:bonda peluk adik sambil menangis.:)

Seronok tengok bonda dan ayahanda gembira pada hari tu, paling sedih bila lepas sesi adik terima ijazah, di luar dewan bonda peluk adik sambil menangis...mungkin bonda terlalu gembira dan inilah hadiah terbaik buat mereka berdua..saat2 begini terkenang saya masa konvokesyen diploma di UiTM dulu...:)

Apa-apa pun nasihat saya pada adik..

Jadilah anak yang solehah, sentiasa doakan bonda dan ayahanda...

Restu dan doa bonda dan ayahanda adalah yang utama..

Jadi wanita solehah yang berakhlaq mulia, penyejuk hati bonda dan ayahanda..

Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan diberkati Allah selalu, dan berbahagia di dunia dan akhirat...::)

24 Ogos, 2008

Syukran Kak Whitetulip..

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

ALHAMDULILLAH...bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi berkesempatan mencoret sedikit di dalam blog ini...Terima kasih banyak-banyak pada Kak Whitetulip atas award untuk blog saya ini...
Saya sangat menghargainya...:)

Ukhwah itu sangat indah,
Biarlah ia bersemi selamanya...
Biarkan ia segar disulami dengan keikhlasan hati,
Yang pasti selalulah berdoa,
Moga-moga ukhwah yang dibina sentiasa diberkati Allah S.W.T..
Sentiasalah bersyukur..kerana ada insan-insan yang menyayangi kita..
Sentiasalah bersyukur...moga-moga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita..:)

20 Ogos, 2008

Minum Arak Punca Segala Kejahatan


BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Alhamdulillah..saya masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mencoretkan sesuatu di sini..dek kerana sibuk dengan tugasan, lama blog saya tidak di up date..namun di kesempatan ini, ingin saya berkongsi satu kisah di sini.. moga-moga kita dapat manfaatnya..insyaAllah..

Dosa manakah yang paling dahsyat dan bahaya, meminum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman yang memabukkan iaitu arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Khalifah Ustman meneruskan khutbahnya, pada zaman dahulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana terlalu jatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Lelaki tersebut merasakan minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lalu lelaki soleh itu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah arak, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua..tingkatkanlah keimanan kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan iman yang kukuh akan dapat menghindar segala kejahatan..insyaAllah...

Ya Allah..Peliharalah hamba-Mu ini dari kejahatan dan kemaksiatan..
Ya Allah..tetapkanlah iman ku, jadikanlah aku, hamba-Mu yang solehah..AMINN..

14 Ogos, 2008

Jutaan Terima Kasih...INSAN KERDIL...


BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Terima kasih tak terhingga kepada Insan Kerdil Blogspot atas tag teddy bear yang comel ni...Saya sangat2 menghargainya...semoga sama2 kita dapat berkongsi ilmu di sini..dan semoga ukhwah ini akan terus kekal, bak bunga yang terus mekar, harum, suci dan murni...insyaAllah...

08 Ogos, 2008

Senyumlah Dulu Ya..

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan..teringat saya pada sesuatu yang dikongsi oleh pensyarah untuk subjek Reka Bentuk dan Instruksional Teknologi iaitu Encik Ismail bin Raof..Subjek ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar pendidikan di universiti pendidikan ini. Skopnya adalah bagaimana kita nak apliksi multimedia atau teknologi dalam pengajaran..

Emm..Encik Ismail ni seorang yang berpengalaman..suka tersenyum dan beliau nampak awet muda kerana dia sentiasa berfikiran positif…susun kata-katanya sentiasa teratur apabila menyampaikan kuliah kepada kami..

Encik Ismail berkongsi info baru-baru ini kepada kami..sangat menarik…
Beliau berkata suatu ketika duu, beliau pernah menghadiri seminar komunikasi. Penceramah seminar tersebut bertanya kepada peserta seminar tersebut
“ Apakah yang dilakukan apabila kite mendengar deringan telefon?”……semasa bercerita, Encik Ismail bertanya soalan yang sama kepada kami semua...ada yang berkata “ Angkat telefon lah Encik,ada yang kata..”Kita tengok siapa yang telefon dan macam2 lagi...

Tetapi sebenarnya, apabila kita mendengar deringan telefon, apa yang kita lakukan ialah SENYUM dahulu, kemudian baru angkat telefon..kami sekelas tersenyum dan riuh mendengar jawapan Encik Ismail..Beliau berkata, apabila kita mengangkat telefon dengan senyuman, maka kita akan selesa hendak bercakap, dan jika kita sedang marah tetapi apabila mendengar deringan telefon, kite tersenyum dan secara tidak langsung, perasaan marah itu ditinggalkan dan tidak terikut-ikut di dalam perbualan dengan orang lain. Dengan kata mudah jangan jadikan orang lain mangsa atas kemarahan kite terhadap orang lain…Saya fikir ia sesuatu yang baik dan menarik untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita…

Pada saya, ia diibaratkan seperti suatu disiplin diri yang perlu dilakukan selalu supaya ia menjadi biasa..emm…oleh itu, sebelum mengangkat telefon, pastikan anda tersenyum…

Di bawah ini, saya serta lirik lagu SENYUM...mari kita menyanyi bersama-sama..:)

“SENYUMAN ITU SUATU SEDEKAH”

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

05 Ogos, 2008

Bulan Sya'aban, Bulan Yang Dikasihi Rasulullah S.A.W.


BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Bulan Sya'aban sudah pun menjelma..saya terbaca artikel ni di http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01313.html
Saya ingin kongsi bersama-sama sahabat-sahabat di sini..sama-samalah kita hayati bersama..;)..mudah2han dapat memberi input yang berguna kepada kita..insyaAllah..

Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi S.A.W.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah S.A.W.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.


Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.


Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi S.A.W.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.


Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an. Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu) Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.) Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N
BERAMALLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH S.W.T AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDHAAN ALLAH S.W.T..INSYAALLAH.....

02 Ogos, 2008

Renungan Bersama

BISSMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

" Ta Sin. Inilah ayat-ayat Al-Quran, dan kitab yang jelas"
( Surah An-Naml : ayat 1)


" Petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman"

(Surah An-Naml : ayat 2)


"(Iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat, dan menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat"
(Surah An-Naml : ayat 3)

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, Kami jadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka (yang buruk), sehingga mereka bergelimang dalam kesesatan"
(Surah An-Naml : ayat 4)

"Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat siksaan buruk (di dunia) dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling rugi"

(Surah An-Naml : ayat 5)


"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar telah diberi Al-Quran dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Maha Mengetahui"
(Surah An-Naml : ayat 6)

Sesungguhnya terjemahan ayat-ayat Al-Quran di atas memberi panduan kepada kita supaya tunaikanlah apa yang disuruh oleh Allah S.W.T dan tinggalkanlah laranganNya...Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T...dan sesungguhnya Al-Quran panduan hidup yang terbaik.. Sekadar renungan untuk diri sendiri..insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.