11 Oktober, 2009

Gempa Bumi, di Padang, Sumatera Barat


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semalam..dalam penat membantu makcik melayan tetamu, mata sempat lagi memandang kaca televisyen, apakah rancangan untuk hari ini. Sebenarnya saya bukanlah penggemar setia rancangan-rancangan di televisyen kerana banyak rancangan yang menyesak dada tatkala melihatnya. Saya lebih gemar membaca buku-buku yang masih tersedia untuk dihadamkan..;)..Walau bagaimanapun rancangan dokumentari 'Majalah 3' adalah antara rancangan yang bagus unuk tontonan dan semalam sekali lagi paparan 'Majalah 3' tidak mengecewakan. Majalah 3 memaparkan tragedi gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Saya menonton sambil linangan air mata, sedih dan banyak beristighfar atas dugaan Allah buat mereka.

Beribu-ribu mangsa meninggal dunia dan tertimbus di bawah timbunan bangunan. Menyayat hati sesiapa yang melihatnya..Dugaan Allah agar manusia sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan..Semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan Allah. Dugaan adalah tarbiyah daripadaNYA..


Sebagai hamba Allah yang cintanya hanya pada Allah, hendaklah sentiasa bersyukur, nikmat yang diberikan Allah kepada kita, yang menjauhkan kita daripada bencana. jauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki, sifat hati yang sentiasa memusnahkan diri manusia. Kita ambil iktibar dalam setiap perkara yang berlaku. Muhasabah diri dalam setiap perlakuan dan perbuatan kita. Sentiasalah berpegang pada agama Allah, Agama Islam, mudah-mudahan hidup kita akan diberkati Allah selamanya..insyaAllah..InnaAllaha Ma'ana

Firman Allah dalam surah Al-Nasr: ayat 1-3, yang bermaksud:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan"
"dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong"
"maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan-mu dan mohonlah ampun kepada-NYA. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat"

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
22 Syawal 1430H /11 Oktober 2009

2 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum huda.

melihat musibah yang berlaku di negara jiran kita, kakchik terfikir... betapa banyak Allah kurniakan nikmat kepada kita tapi terlalu sedikit kita mensyukurinya. sekali nikmat ditarik, jika kita tahu itu ujianNya maka insyaallah kita akan semakin dekat denganNya. tapi jika kita alpa, na'uzubillah, kita mungkin menjadi sebahagian dari statiskit hambaNya yang lalai. sama-samalah kita mendekatkan diri kepadaNya dan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di mana saja.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam kak chik..

inilah ujian Allah...supaya kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan setiap anugerah yang diberikan...Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmat Allah..aminn..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.