بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa di sini...ini bermakna sudah sebulan lebih juga saya menjalani praktikal di sekolah..mungkin ada sedikit kekangan masa yang membuatkan saya tidak dapat menulis apa-apa di sini..yang pasti rindu saya untuk menulis di sini tidak pernah luntur..:)
Cabaran di sekolah?..tipu kalau saya kata tidak ada cabaran. Cabaran menjadi guru sangat hebat, dengan sikap anak-anak remaja sekarang yang membuatkan saya sangat sedih...pertama kali masuk ke kelas, terkejut dengan sikap pelajar-pelajar yang kurang hormat pada guru, melawan cakap cikgu dan saya terfikir inikah generasi yang bakal memimpin negara...kenapa?Kerana kebanyakan anak-anak remaja sekarang suka terpengaruh dengan benda-benda yang menyeronokkan sehingga tiada langsung di hati mereka untuk menambahkan ilmu pengetahuan..Saya pernah bertanya kepada pelajar, " Apa tujuan kamu ke sekolah?", jawab mereka "Mahu eratkan silaturrahim cikgu" sambil mereka tersenyum-senyum...kenapa mereka berkata begitu kerana kebanyakan mereka ke sekolah untuk berjumpa teman lelaki atau teman wanita dan tugas utama sebagai pelajar ditinggalkan dan dilupakan. Aduhai...mengeluh panjang saya...

Ada juga yang paling suka menyanyi dalam kelas...ini lagi satu budaya..apabila saya tanya" Apakah cita-cita kamu?" jawab pelajar tersebut.."Menjadi penyanyi, cikgu"..Aduhai...pengaruh televisyen lagi hebat daripada pengaruh guru di sekolah...
Setiap kali masuk ke kelas, pasti saya akan bertanya "Siapa yang solat penuh semalam?" atau " siapa yang solat subuh sebelum ke sekolah?"..cuba bayangkan dalam satu kelas yang mempunyai 43 orang pelajar, hanya ada seorang atau dua orang sahaja yang solat penuh atau solat subuh..mengucap panjang saya..ada yang mengaku satu keluarga tak solat..astaghfirullah...
Saya cuba untuk menasihati mereka, mendekati mereka..tetapi apabila tiba di rumah mereka lupa apa nasihat guru di sekolah dan esok berperangai seperti biasa...
Dan kebanyakan anak-anak remaja sekarang ini, memang kurang perhatian daripada ibu bapa..apabila guru berikan perhatian, cakap baik-baik, mereka mudah untuk mendengar kata tetapi adakalanya saya seakan hilang sabar dengan kerenah mereka cuma saya cuba mengawal kemarahan supaya ia tidak bertambah lebih buruk...
Saya selalu bertanya kepada pelajar-pelajar saya "Kamu tak mahu jadi anak yang baik?", " Kamu tak mahu ibu dan ayah kamu masuk syurga?" saya menyambung lagi, " Kamu tahu tak, doa anak-anak yang soleh akan membawa mak dan ayah ke syurga, kalau kamu jadi baik, mak dan ayah kamu pun akan gembira"....ada yang berkata,"Nak jadi baik cikgu", "Mestilah nak mak ayah masuk syurga"..
Ada juga pelajar yang mengaku dengan saya, dia menghisap rokok sejak darjah enam lagi..Pelajar perempuan tidak terkecuali, sama hebat perangainya dengan pelajar lelaki..pakaian yang ketat, berbaju kurung dan bertudung tapi tudung yang singkat sehingga boleh menampakkan tengkuk..mengucap panjang saya...
Apa yang boleh saya lakukan ialah membantu mereka selagi termampu..saya sentiasa berdoa semoaga mereka mencintai Allah sepenuh hati mereka, mencitai ilmu, menghormati ibu bapa, guru dan semoga mereka berbahagia di dunia dan akhirat..

" Dari Ibnu 'Amr, dari Nabi Muhammad S.A.W: " Keredhaan Allah S.W.T. terdapat pada keredhaan ayah dan bonda; dan kemurkaan-NYA terdapat pada kemurkaan ayah dan bonda"
(HR. Thabarani)
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
(HR. Thabarani)
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Nurhuda_cahayapetunjuk
26 Rejab 1430H /19 Julai 2009
12 ulasan:
Betul apa yang Huda katakan, anak-anak sekarang ramai yang hilang pedoman..banyak sangat pengaruh..pengaruh luar dan pengaruh dalam rumah sendiri..Kak tirana jadi ibu..tahu sangat bagaimana susahnya nak membentuk anak-anak kerana terlampau banyak pengaruh yang negatif sekarang ini..Kadang2 mengeluh panjang...Buat yang terbaik selebihnya bertawakkan saja pada Allah..minta Dia pelihara anak-anak supaya jangan jadi tak senonoh.
takut kekadang melihat anak-anak zaman sekarang..kita bagi didikkan di rumah tetapi pengaruh di luar lagi hebat..mereka seolah-olah tahu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk..
kalau di sekolah, cikgu dilawan..sepatah kita cakap sepuluh patah mereka jwb..risau sangat..yang mampu buat yang terbaik dan sentiasa berdoa...
Assalamualaikum,
Tertarik untuk berkongsi pandangan dengan Huda. Murid-murid kita ni masa mereka lebih banyak di rumah. Mengikut pemerhatian, pucanya boleh dikatakan daripada ibu bapa. Lihat, ada yang mengaku satu keluarga tidak menunaikan solat.
Macam mana anak nak jadi baik jika roh Islam tiada dalam rumah? Nauzubillah. Kita doakan mereka di samping tak jemu mengajak mereka ke arah kebaikan. Cumanya ia akan mengambil masa yang lama.
Marilah kita sama-sama menjadi penyebar hidayah dan bukan penyebar dhalalah!
Selamat berpraktikum Cikgu Huda! (",)
AdH
waalaikummussalam..
Terima kasih sudi berkongsi pandangan di sini..
Betul tu, pelajar-pelajar banyak habiskan masa di rumah..mereka kurang dididik dengan ilmu-ilmu agama, sinar agama kurang diterangi di rumah..
Guru hanya di sekolah..aduhai kadang kala saya tak tahu macam mana nak dikatakan...apa yang penting, sebagai guru, kita cuba yang terbaik...
usaha, doa bebanyak agar murid-murid diberikan hidayah olehNya.Then,,tawakal,
pak ali
insyaAllah..terima kasih pak ali atas nasihat itu..mudah2han saya terus diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T
bersabarlah.. kehidupan kini telah di pengaruhi oleh teknologi, keadaan inilah yang menyukarkan pendidik seperti kita untuk membetulkan kegunaan teknologi supaya tidak menyimpang..
Tanpa Nama
Saya setuju wahai tanpa nama..
teknologi yang terlalu pesat membuatkan sukar untuk warga pendidik mendidik anak bangsa..pengaruh teknologi lebih hebat daripada pengaruh seorang guru..adakalanya diri ini seakan takut untuk berhadapan hari-hari yang mendatang sebagai seorang pendidik tapi kekuatan dan semangat mendidik anak bangsa yang menyebabkan diri ini sentiasa kuat dalam apa jua keadaan...semoga sama-sama kita dapat mendukung falsafah pendidikan untuk membina negara bangsa..
salamu'alaykum..
ukhty huda..
benar..
ank2 remaja zmn ini bkn mcm dlu..
akhlaq makin luntur..
asuhan hnya dserahkn bulat2 pd GURU..
bknkah IBU BAPA lah GURU yg plg awal ptt mndidik ank2nya?
bknkah ibu bapa jg yg sptutnya mnjadi guru trbaik sblm diasah lg dgn ilmu oleh guru d skolah..
sygnya..
harini..
rmaja hlg akhlaq..
ibu bpa hlg arah..
ble anak wat slh..
guru dpersalah..
mcm ne ank2 leh trdidik..
hancus la..kalo dtegur slh..
dibiar sudh tentu akn lingkup..
mcm ne la..
pape pn..
tahniah krna mnjd seorg pendidik yg trnyata sgt mncabar~
=)
Assalamualaikum...
Itulah realitinya...
Entah apa yang bakal terjadi 5 tahun lagi.
زهرة حلوة
Akak pun selalu juga terfikir..kenapa anak-anak remaja sekarang teruk sangat perangainya..ibu bapa yang terlalu taksub mengejar keduniaan sehingga anak-anak terabai...anak-anak pula langsung tidak memikirkan pengorbanan ibu bapa..ada juga di rumah cukup baik tapi di sekolah dialah segalanya..
Ada pelajar yang memang mengaku yang dia kurang kasih sayang daripada ibu bapa..tu la remaja-remaja ni selalu memerlukan perhatian dan sokongan, teman untuk mereka bercerita dan tempat yang paling baik ialah kepada ibu bapa..
Doakanlah akak terus kuat dan tabah dalam mendidik anak bangsa..:)
Faridrashidi.Com
Assalamualaikum..
5 tahun lagi..? takut saya hendak gambarkan keadaan ketika itu, semoga semuanya dalam keadaan baik...:(
Catat Ulasan