14 April, 2009

Tentang Mereka..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tentang mereka...entri kali ini khas untuk adik-adik sepupu..;)..Gambar di atas, adalah si cilik, Nurul Izzati (6 tahun) dan Nurul Najihah (4 tahun)...gambar diambil sewaktu sambutan Maulidurrasul di Masjid Jamek Dato' Haji Nooh Gadot, Serkat, Pontian, Johor...Kedua-dua cilik ini, memasuki pertandingan mewarna..Dan Nurul Izzati mendapat tempat kedua dan si adik, Nurul Najihah hanya sagu hati saja..:)..Gambar di bawah, gambar Nurul Izzati sewaktu mengambil hadiah daripada Dato' Haji Nooh Gadot..:) Wahh...bertuahnya dapat bersalam dengan Mufti Johor..:) Tahniah Izzati..;)

28hb ini pula, Nurul Izzati bakal memasuki pertandingan menghafaz surah Al-Fatihah dan surah tiga Qul- Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Surah An-Nas..
Menurut bonda, setiap hari ayahanda saya, akan melatih si cilik ini...:)
Alhamdulillah...bukan saja si kakak boleh menghafaz, malah si adik juga sangat lancar dalam hafazannya..tajwid juga sangat mantop..hehehehe...teruja dan bersyukur saya tatkala mendengar bacaan kedua-duanya di talian telefon...begitu bersemangat...:) dan janji saya pada mereka dalam perbualan di telefon, "nanti Kak Yuyu belikan hadiah"..:)

Nurul Izzati menerima hadiah drpd Dato' As-Sheikh Haji Nooh Gadot (Mufti Negeri Johor)


Bersama ibu dan abah si cilik ini..

Gambar di bawah ini pula, sepupu saya, Ahmad Zhafran, baru-baru ini, dia mendapat 9A (8A1 da 1A2) dlm SPM dan sekarang melanjutkan pelajaran di UTP..Saya doakan semoga beliau menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..Aminn..

Segak berbaju melayu, Ahmad Zhafran..:)

Dan gambar yang terakhir..kedua-duanya ini berkongsi hari lahir yang sama iaitu 20hb Januari..Nursyuhada (23 tahun) Nurul Najihah (4 tahun)..Kembar tapi lahir dalam tahun lain-lain..;)..Nursyuhada kini sedang menuntut dalam Ijazah Pendidikan (TESL) di IPKB-UiTM. Semoga kalian berdua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah..;)

Kembar Tahun Lain-lain..Nursyuhada dan Nurul Najihah..;)

Buat adik-adik sepupu..
Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat..
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..;)
Doakan Kak Yuyu cepat-cepat bekerja dan habis belajar, nanti boleh belanja ais krim untuk kamu semua hehehe..insyaAllah..;)

p/s; adik-adik sepupu yang lain, gambar kalian akan menyusul nanti..insyaAllah...:)


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
18 Rabiulakhir 1430H /14 April 2009

10 ulasan:

Sasha berkata...

MasyaAllah! Hebat-hebat sepupu Huda... tentunya Huda pun lebih hebat & mantap dr adik2 sepupu... memberi contoh utk mereka jd seperti Huda... Harap anak2 akak & anak2 sedara akak pun sepandai mereka. Semoga semuanya membesar dengan baik & sentiasa mendapat perlindungan dr Allah s.w.t

p/s: tumpang bangga tgk kejayaan mereka.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Jazakallahhu khairan kasira..

Alhamdulillah kak..bersyukur kerana adik sendiri dan semua adik sepupu sangat mencintai ilmu dan agama..

Huda pun manusia biasa byk yang perlu dipelajari apatah lagi dalam mengejar cita-cita menjadi pendidik ini, byk lagi ilmu yang perlu digali..dan insyaAllah moga huda dapat menuntut ilmu hingga ke liang lahad dan hingga ke akhirnya..doakan ya kak..:)

Terima kasihh tak terhingga atas doa2 akak itu..semoga anak-anak akak menjadi anak-anak yang soleha dan solehah dan moga2 mereka juga mencintai ilmu sehingga ke akhirnya..:)

Farhah berkata...

kak huda kembar tahun lain2 ? camne tuh?

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Farhah..

hehehe..keliru ya..begini...Nurul Syuhada lahir pada 20 Januari 1986 manakala Nurul Najihah 20 Januari 2006..hanya berkongsi tarikh lahir tahun lain2...jadi akak selalu panggil kedua-duanya kembar tapi lahir di tahun yang lain hehehehehe...:)

Ibnurashidi berkata...

Salam...

dengan rasminya saya menjemput tuan blog dan pembaca bertandang ke rumah baru saya..

http://www.faridrashidi.com

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Ibnurashidi

waalaikummussalam..insyaAllah..saya akan segera menerima jemputan itu ke rumah baru anda..;)

Cahaya Pejuang berkata...

salam
kak uyu...salah eja nama Ada..huhu :(
bukan Nurul Syuhada..
itu macam Nurul Syuhada Nurul Ain pengacara tu jer..keke =P
meh2 nak betulkn..Nursyuhada. hehe~

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

cahaya Pejuang

Mohon ampun heheheh...nama anda telah dibetulkan..maaf ya..;)

kin hashim berkata...

alhamdulillah...sejuk hati mak dan ayah mereka... :).

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

kin hashim

alhamdulillah..mudah2han kak, mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.