01 April, 2009

Makna Air Mata Insan


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Subhanaallah...mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita semua..nikmat yang cukup banyak untuk hamba-hambaNYA...

InsyaAllah..saya ingin berkongsi satu artikel yang diperolehi daripada Akhbar Harian Metro Online..untuk melihat artikel sepenuhnya bolehlah klik di sini

TAZKIRAH REMAJA: MAKNA AIR MATA INSAN
Oleh: MOHD ZAWAWI YUSOH

Pernahkah anda menangis?
Jika menangis, apakah puncanya dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.
Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
  • Menangis kerana rasa takut
  • Menangis kerana cinta
  • Menangis kerana gembira
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan
  • Menangis kerana terlalu sedih
  • Menangis kerana terasa hina dan lemah
  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
  • Menangis orang munafik- pura-pura menangis
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi S.A.W dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya:

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seseorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada seseuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-NYA sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

  • Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
  • Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
  • Aku tida tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah S.A.W dalam sabda yang bermaksud:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu:
  1. Apabila dahinya berpeluh
  2. Air matanya berlinang
  3. Hidungnya keluar cecair
Simpanlah air mata tangisna itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dariapda Allah S.W.T

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannnya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis , membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-NYA.


p/s: Membaca artikel ini, hati saya tersentuh..banyak air mata dihabiskan begitu sahaja..sememangnya saya cukup mudah mengalirkan air mata terutama jika ia melibatkan keluarga, orang-orang yang saya sayang atau dalam apa jua keadaan yang membuatkan saya sedih sehingga pernah suatu ketika dahulu, seorang sahabat mengatakan saya seperti pelakon airmata kerana sangat mudah mengalirkan air mata. Saya berdoa semoga air mata yang mengalir dapat menjadi penebus dosa-dosa saya, hamba Allah yang lemah..Semoga kita mendapat manfaat daripada artikel ini...:)


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
5 Rabiulakhir 1430H /1 April 2009

6 ulasan:

Ibnurashidi berkata...

Assalamualaikum...

Saya merasakan semua wanita mudah mengalirkan airmata berbanding lelaki. Lelaki terkadang mahu menangis tetapi airmata segan mahu keluar. Menangis dalam hati sahaja.

Semoga airmata taubat dan takutkan Allah selalu kita praktikkan.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana untuk mengalirkan air mata ye..sy yg pompuan pon susah nk menangis. adakah sbb hati sy yg keras?

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Ibnurashidi

waalaikummussalam..

Sememangnya wanita mudah menitiskan air mata, itu memang sifat semula jadi buat wanita yang diciptakan Allah..

Mudah2han airmata yang mengalir penebus dosa-dosa lalu..moga Allah sentiasa memberkati kita semua...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Tanpa Nama

Air mata mengalir bukan dipaksa tetapi ia mengalir tanpa disedari daripada hati dan naluri kita..semuanya adalah anugerah Allah..

Saya pernah juga dengar seperti yang anda katakan.."tidak mudah menangis disebabkan hati yang keras"...saya susah ingin merungkaikan jawapannnya kerana segalanya hanya Allah yang mengetahui..perbanyakkanlah berdoa semoga kita dilembutkan hati dan dapat mengeluarkan airmata taubat dan sentiasa merintih dan memohon keampunan kepada Allah...

Marilah kita memohon keampunan daripada Allah S.W.T..sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang..

Sakinah berkata...

Assalamualaikum.

Saya memang mudah sangat mengalirkan airmata.

Walaupun amat mudah menangis tapi tiba masa ada waktu rasa ingin sangat nangis tapi tak dapat mengalirkan airmata. Hati ingin nangis tapi tetap tak dapat menangis.

Kadang2 nak kata

"Aku ingin bertaubat namun aku tak mampu"

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

SAKINAH

waalaikummussalam..

airmata bukan boleh dipaksa, ia lahir dari hati yang ikhlas dan ada kala ia mengalir tanpa kita sedari..maka segalanya adalah dengan izin Allah..sentiasa berdoa semoga Allah memakbulkan segala doa dan taubat kita..

salam perkenalan buat kamu..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.