Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sebuah kisah untuk kita jadikan teladan..
Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dimaki oleh seorang pemuda. Peristiwa itu disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. yang kebetulan berada tidak jauh dari situ. Saidina Abu Bakar mendiamkan diri walaupun dicerca dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat, manakala Rasulullah S.A.W hanya tersenyum melihat perbuatan pemuda yang sedang marah itu. Lama kelamaan Saidina Abu Bakar tidak dapat bertahan lagi lalu membalas cercaan yang dilemparkan kepadanya. Melihatkan kelakuan itu Saidina Abu Bakar itu, Rasulullah S.A.W segera berlalu dari situ.
Saidina Abu Bakar yang menyedari Rasulullah S.A.W beredar segera berlari mendapatkan Baginda. Beliau bertanya kepada Rasulullah:
"Ya Rasulullah, ketika aku dimaki hamun tadi, kulihat kau hanya diam dan tersenyum. Sebaliknya sebaik sahaja aku membalas makian pemuda itu, kau segera berlalu pergi. Mengapa Ya Rasulullah?
Rasulullah S.A.W pun menjawab pertanyaan Saidina Abu Bakar:
"Wahai Abu Bakar, ketika kau mendiamkan diri sedangkan kau dimaki hamun dengan teruk oleh pemuda itu tadi, kulihat malaikat turun dari langit, berdiri di sisimu dan membalas cemuhan si pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja kau membalas perbuatan pemuda itu, dua malaikat tersebut terus beredar dari sisimu dan tempat mereka segera pula digantikan oleh syaitan laknatullah!" Wallahualam..
"Kawallah emosi kita terutama dalam mengawal sifat marah kerana marah itu adalah bisikan kejahatan yang dilakukan oleh syaitan bertujuan menyesatkan manusia."
Renung-renungkan.....
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Nurhuda_cahayapetunjuk
18 Rabiulakhir 1430H /14 April 2009
18 ulasan:
akak suka cerita ni... bole buat kite lebih byk bersabar...
Ikut hati..mati..ikut rasa binasa..ikut nafsu lesu... berhati-hati dengan emosi sendiri...
salam..huda..kisah yang pendek n simple but impak yang besar bagi diri nie...insya Allah moga terpahat kat otak nie....
kak sasha..
insyaAllah..sama2lah kita ambil iktibar ceita ni ya..
Kak Tirana..
Emosi yang tidak dikawal dengan baik akan merosakkan diri..semoga sama2 kita dapat mendidik hati, jiwa dan emosi ke arah yang terbaik...
insyaAllah kak..
waalaikummussalam..
wahai ikb yang diingati..:)
insyaAllah kisah ini juga memberikan kesedaran kepada huda betapa pentingnya emosi itu dijaga dan dididik dengan baik..sama2 kita mendapat pengajaran drpd kisah ini,,:)
slm. ya Allah, da lama yan x mlawat umah akak ni. asif ya kak. yan x nyempat nk ronda2 smua blog..huhu~ trima ksh ats perkongsian rgkas tp sgt brmakna ni... yan ska jgk ksh ni... =)
munadhia
waalaikummussalam..
tak mengapa..kalau ada masa, boleh yan ke sini..sebuah ukhwah itu kekal selamanya walaupun hanya di alam maya..:)
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Anak Pendang Sekeluarga
waalaikummussalam..
terima kasih ziarah ke mari..insyaAllah saya akan berkunjung ke blog anda..:)
Assalamualaikum,
Suatu kisah pengajaran yang baik untuk diambil manfaat.
waalaikummussalam
Akhi Farid Rashidi
insyaAllah mudah2han kita mendapat pengajaran drpd kisah ini..;)
"roda diibaratkan kita...sentiasalah lakukan amalan yang meningkatkan iman..supaya sentiasa dan cepat2 berada diatas..bila ia hampir jatuh..manusia sering kali tersasar...dan lupa/alpa" nasihat untuk saya sendiri dan semua...setelah baca entry nih..
bagus cerita ni! mari kita banyakkan bersabar
LUKISAN PENA
sama-samalah kita ambil pengajaran drpd kisah ini..;)
wan wma
kesabaran itu separuh daripada keimanan..;)
... ada yg tersirat disebalik kisah ini... jadikan Al Quran dan Muhammad Rasulullah SAW sepenuhnya cara hidup
Catat Ulasan