06 April, 2009

Di Hening Malam - Diwani


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...hari minggu baru ini, saya pulang ke kampung setelah hampir dua bulan tidak balik ke kampung..Seoronok sangat-sangat dapat balik kampung, macam-macam masakan ada, yang paling best apabila ke rumah atuk dan nenek..setiap beberapa minit, nenek akan panggil makan, pastu makan lagi pastu makan lagi hehehehe...setiap kali balik, pastinya mak dan nenek akan bawakan makanan yang saya suka..nenek gorengkan keropok belinjau, kesukaan saya..:)

Alhamdulillah...bersyukur semua tugasan sudah pun diselesaikan satu persatu termasuk tempat untuk praktikal dan rumah untuk dihuni selama beberapa bulan nanti..InsyaAllah muda2han segalanya dipermudahkan Allah S.W.T..25 Mei, sangat-sangat dinanti untuk bertemu anak-anak didik di sana..:) insyaAllah pengalaman selama saya di sana, akan menyusul di sini nanti..

Saya ingin berkongsi lirik dan lagu ini, suka sangat lagu ini, sangat syahdu..lagu ini menyeru setiap insan untuk bangun malam, bermunajat kepada Allah, memohon petunjuk daripadaNYA..semoga kita sama-sama dapat menghayati lirik dan lagu ini..:)


DI HENING MALAM
Kumpulan : Diwani
http://liriknasyid.com


Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dari-Nya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpin-Nya





Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
10 Rabiulakhir 1430H /6 April 2009

7 ulasan:

DAMAI berkata...

salam rindu buat seorang teman ^^

wah2...sukanya kamu dapat makan banyak ya ..hihihi ni yang buat Damai tak sabar nak balik ni ^^

kamu sudah hendak mula mengajar ya...selamat berjaya ya...semoga tabah selalu ^^

~~bilakah harinya usia kamu akan meningkat lagi??...sudah hampirkah? ^^ ~~

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Duhai Damai, teman di alam maya..:)

Sememangnya itu kesukaan saya, makan dan makan apatah lagi apabila makanan kegemaran saya..;)
InsyaAllah..Damai juga akan pulang ke Malaysia kan...sabar ya..;)

InsyaAllah saya mula mengajar 25 Mei ini, rasa takut dan gentar hendak berhadapan dgn anak2 didik..doakan semuanya berjalan lancar ya..:)

Wahh..nampaknya Damai ingin tahu bila usia saya meningkat?..:) tunggu saja hari terakhir dalam bulan april..??? 30hb April...:) insyaAllah mudah2han...:)
Ada kek utk saya?..hehehehe

Sasha berkata...

best kan balik kg?... memang gemuk kalau akak balik kg sekali-sekala... wah!! sure dah lapang dada & fikiran skang ni lepas balik dr kg... salah satu terapi yg paling berkesan utk relaxkan badan & minda... kembali bersemangatlah selepas ni...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kak Sasha..

Emm..memang best kak balik kg..rasa tenang jer bila balik kg...betul kak, sememangnya blik kg satu terapi bagi mereka yang sibuk dengan tugasan..Apabila lama tak balik, rasa tension jer, ingat kat kg hehehehe..

InsyaAllah...ini dah bersemangat semula untuk menghadapi peperiksaan untuk final semester ni dan seterusnya pergi praktikal di sekolah...:)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kin hashim berkata...

dah nka praktikal yer...dapat kat mana? selamat menjiwai watak seorang pendidik :).

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

kak kin hashim yang diingati..

InsyaAllah huda praktikal di sekolah di Melaka...doakan ya kak, moga2 dipermudahkan Allah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.