09 April, 2009

Aduhai Pemuda Pemudi Islam...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Keratan kartun di atas sudah lama dalam simpanan saya. Tersenyum saya melihat tindakan guru itu. Hilang kesabaran guru dek kenakalan anak-anak murid. Banyakkan bersabar dengan kerenah anak-anak murid di zaman ini. Ada kalanya saya buntu, apakah pendekatan yang harus digunakan. Tindakan mereka di luar jangkaan, ada kala sukar ditafsir. Dan yang pasti banyak sangat pengaruh daripada luar yang mempengaruhi mereka. Aduhai...

Yang lebih membimbangkan ialah kes buli-membuli. Pelajar senior membuli pelajar junior. Saban hari, banyak sungguh kes buli berlaku. Apabila membaca laporan akhbar berkenaan isu buli, geram saya. Remaja-remaja hilang pertimbangan dan hanya mengikut kehendak hati. Yang lebih menyedihkan ada juga guru-guru diugut dan diancam oleh para pelajar. Aduhai...

Berbalik pada isu buli ini, membuatkan ramai ibu bapa bimbang hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah terutamanya sekolah yang berasrama kerana takut anak-anak mereka dibuli oleh pelajar senior. Ada yang menggunakan seterika, pukul dengan kayu dan bermacam-macam lagi sehingga mereka ini tiada sifat perikemanusiaan langsung. Aduhai...

Dalam hal ini, saya berpendapat pihak sekolah harus atasi masalah ini dengan sebaiknya. Tidak hanya sekadar mendiamkan diri dan hanya menjadikan ia sebagai kes dalaman yang hanya diselesaikan oleh pihak sekolah. Pada pandangan saya, pelajar-pelajar yang melakukan buli ini, harus dikenakan tindakan yang sewajarnya. Banyak laporan akhbar menyatakan bahawa terdapat kes-kes buli yang disorokkan oleh pihak sekolah. Saya berpendapat pihak ibu bapa dan sekolah harus berganding bahu dalam mengatasi hal ini. Tindakan tegas harus diambil supaya para pembuli ini gentar, takut dan insaf atas perbuatan mereka. Ibu bapa juga harus memantau anak-anak mereka supaya anak-anak mendapat kawalan yang sewajarnya. Masalah ini harus diatasi segera sebelum ia menjadi barah, merebak dan merebak dalam masyarkat.


Duhai adik-adik, pemuda-pemudi Islam..
Jagalah peribadimu dengan akhlak mulia supaya kamu dapat memimpin manusia lain menuju jalan kebenaran...
Jadilah khalifah Allah yang takut dan gentar atas dosa-dosa yang dilakukan..
Jagalah sifat amarahmu yang mendatangi hatimu, gunakanlah akal fikiran dalam membuat pertimbangan...
Jagalah mata dan hatimu, jangan biarkan mata melihat perkara yang mengotori hati...
Jagalah iman supaya ia dapat membimbingmu ke arah kebenaran..
Jadilah pemuda pemudi Islam yang sejati yang mampu menegakkan syiar-syiar Islam....
Semoga kalian menjadi harapan agama, bangsa dan negara..


Firman Allah dalam surah Al-Hasyr :ayat 18, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Nurhuda_cahayapetunjuk
13 Rabiulakhir 1430H /9 April 2009

12 ulasan:

Cahaya Pejuang berkata...

salam kak uyu~
Hmm..adakalanya sikap menjaga air muka oleh pihak sekolah dan ibu bapa melebihi sikap prihatin. Kdg2, kita lbh suka menuding jari terhadap seseorang dari menilik diri sendiri.
Hakikatnya mmg pljr2 ni nakal..tp harus juga diingat, siapa mencorakkan mereka? Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Dalam pengalaman bekerja sbg fasilitator utk kem motivasi, adakalanya ibu bapa malu utk dtg menjemput anak2 mrk yg bermasalah yg dimasukkan ke kem. Wajarkah?? Sedangkan tindakan sebegini hanya akan membuatkan anak2 tersebut merasa lbh terhina dan tersisih yg mana menjurus kpd tindakan mrk yg lbh teruk. Sudahlah mereka disisih msyrkt, kawan2, phk sekolah, dan ibu bapa pn nk join skl? huhu~
Jadilah manusia yg mendidik dan terdidik.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam Duhai Adik Cahaya Pejuang..:)

Kak yuyu setuju pendapat kamu itu..sepatutnya ibu bapa membimbing mereka bukan menyisih mereka..jika dikaji sedalam-dalamnya, pertanyaan ini menerjah minda? kenapa remaja-remaja ini jadi begitu, melakukan perkara-perkara itu? jawapan yang akan kita perolehi ialah mereka inginkan perhatian daripada ibu bapa, mereka inginkan kasih sayang ...

Di mana ibu dan bapa tika diperlukan, mereka dibiarkan tanpa bimbingan dan belaian..remaja-remaja ini juga tidak harus disalahkan 100%, kerana kita harus lihat sebab mereka bertindak sedemikian...aduhai...sedih apabila mengenangkan remaja-remaja ini yang terumbang-ambing tanpa kasih sayang dan belaian..Pada umur sebegitu, perhatian sangat diperlukan..

Terima kasih atas pendapat kamu itu..marilah sama-sama berdoa semoga remaja-remaja ini dapat menjadi remaja yang cemerlang di dunia dan akhirat dan menjadi pewaris agama, bangsa dan negara di masa hadapan

kin hashim berkata...

Persekitaran membentuk jiwa dan keperibadian anak2. Betul didikan ibu bapa sahaja, tidak menjamin anak2 akan jadi baik akhlaknya. Tak mungkin selamanya anak2 akan bersama ibu bapa. Tiba masanya anak perlu berada di dunia luar. Tidak perlu menunggu umur dewasa, umur ke sekolah sdh membawa anak2 ke dalam masyarakat, di luar daripada lingkungan keluarga. Ketika itulah anak2 mula mengalami konflik bilamana didikan di luar bertentangan dgn nilai2 murni yg diterapkan ibu bapa. Tanggungjawab siapa? Tentulah mereka yg berkuasa ~ pemimpin masyarakat. Ibu bapa tak punya kuasa sejauh itu untuk mengawal masyarakt. Nah, di kala itulah tanggungjawab kita individu masyarakat untuk memilih pemimpin yg sebaik2nya!

MDFarid berkata...

salam...

Tiba-tiba saya rasa mahu menulis hal ini...

Sasha berkata...

Salam Huda...

Akak pun dalam situasi yg sama. Takut nak hantar anak ke sekolah especially sekolah kerajaan. Biarlah akak keluarkan sedikit duit utk menghantar anak2 ke sekolah integrasi yg byk ada sekarang ni... Lebih terjamin keselamatan & pendidikan anak2... InsyaAllah... sbb keadaan sekolah yg percuma sekarang ni di tahap yg sgt teruk/mmbimbangkan.

Melawis berkata...

Salam...ana rasa semua pihak tidak perlu menunding jari antara satu sama lain.Seelok-eloknya sama-sam duduk semeja mencari jalan penyelesaiannya.

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Kak kin hashim

terima kasih atas pandangan akak yg sangat bernas..cuma dalam hal ini, mudah2han pemimpin-pemimpin dapat berganding bahu dalam memajukan negara sekaligus dapat bersama-sama menangani masalah sosial yang semakin meruncing...kerjasama yang erat antara rakyat dan para pemimpin adalah amat diperlukan untuk membentuk negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua sudut...insyaAllah

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

MDFarid..

Silakan ya akhie...saya tunggu entri seterusnya daripada akhie tentang isu ini..;)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam kak sasha

Memang benar kak, ada kalanya ibu bapa fobia apabila mendengar berita-berita tentang isu ini...pada huda, di mana anak-anak belaja cabaran dan dugaannya berbeza-beza..sebagai ibu bapa, kita hendakalah sentiasa panjatkan doa, moga2 anak-anak sentiasa di bawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah...semoga anak-anak sentiasa berada dalam keselamatan yang baik di dunia dan akhirat...

terima kasih kak atas kmen ini..;)

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Waalaikummussalam Melawis..

Saya sangat bersetuju dengan pendapat itu...Pada saya, kita akan membuang masa dengan hanya menuding jari tanpa bertindak..duduk semeja dan berbincang dan bekerjasama antara satu sama lain itu adalah yang paling baik..dari pihak yang tertinggi hinggalah yang paling bawah berbincang dan menyelesaikan masalah ini..jangan biarkan masalah ini menjadi semakin parah tanpa ada jalan penyelesaiannnya..

InsyaAllah mudah-mudahan...masalah ini dapat diatasi dengan biak..

Terima kasih atas pandangan anda..:)

suara emas berkata...

salam kak huda..teruskanlah memblogkan diri anda..ha2..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

waalaikummussalam..

suara emas (zafran)

selamat datang ke sini..terima kasih tinggal jejak di sini..hehehe..

Jemput datang lagi..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

YA ALLAH...

YA ALLAH...

INDAHNYA....


I made this widget at MyFlashFetish.com.